NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, February 29, 2012

SEPETANG BERSAMA MEREKA...

Assalamualaikum readers...

Lately ni aku agak busy sebab nak pindah rumah so, macam macam kerja kena buat. Apa apa pun, baru baru ni aku balik ke Tanjung Pelepas. Sedihnya tengok tempat aku membesar yang akan aku tinggalkan tak lama lagi. ='(

Thanks to my dear sister from another mother - NUR INDAH kerana menemani petang terakhirku di sini bersama dengan Mia dan Cik Ayun. Sayang kamu ketat ketat akak. =)

Layanlah gambar kitorang yang comel comel ni...




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, February 24, 2012

LONE RANGER...

Assalamualaikum, selamat berpagi pagian...

Hari ni Cik Pinklover nak balik ke JB tanah air tersayang, of course lah sayang sebab dah lebih 6 tahun menetap di sana. Macam macam memori telah tercipta. Sedihnya nak tinggalkan Tanjung Pelepas. ='(
Next entry aku akan cerita tentang tanah air tersayang aku tu, okey!

Hari ni aku nak story pasal semalam. Tanggal 23 February 2012 dengan rasminya aku bukan lagi warga Kolej Universiti Linton. Sebab? Kerana semalam aku dah check out semuanya dari kolej. Sijil BTEC EDEXCEL pun aku dah collect so, hopefully lepas ni dah tak ada apa apa lagi urusan dengan pihak kolej. =)

Semalam juga first time aku merasa naik tren elektrik baru tu - ETS dari KL Sentral ke Seremban. Overall aku sangat berpuas hati double triple dengan tren ni. Bayangkan, selalunya nak sampai Batang Benar dari KL Sentral tu dalam 45 minit-1 jam tapi semalam hanya 30 minit aku dah sampai Batang Benar. Memang lajulah tren ni, 120km/h 'driver' aku tu bawa semalam. Dengar cerita tren ni berkelajuan 160km/h sebab tu boleh sampai Ipoh in less than 2 hours from KL. Alhamdulillah, ada juga peningkatan dalam pengangkutan awam di Malaysia ni.

Lepas balik dari Negeri Sembilan tu, aku terus gerak ke HTAR, Klang. And masa dekat jejantas HTAR tu, aku rasa aku terserempak dengan musuh utama aku tu -NDA. Semalam badan aku memang sakit sakit tanda nak demam, bila nampak pula muka betina tu, makin sakit mata dan hati aku ni. Terus naik blood pressure aku semalam. Sampai dekat office mummy, aku dah macam nak pitam. Memang bala betul tengok muka betina tu, rasa nak tolak jer dia jatuh dari tangga semalam. YES! I am cruel! Aku kejam pun sebab orang kejam dengan aku. Ada masanya aku boleh bersabar tapi bila orang dok kata macam macam pasal aku, kutuk kutuk aku, memang aku angin. Kalau muka kau tu lawa, cantik sangat, aku tak hairanlah weyhh! Dekat dunia ni bolehlah kau nak burukkan nama kau, kau tunggulah dekat akhirat nanti balasan Allah. Aku tak nak bermusuh, berdendam dengan orang lain tapi orang suka sangat nak jadi musuh aku. So, bukan salah aku okey! 

Lepas aku dah pindah Port Klang nanti, aku minta sangat sangat JANGAN TUNJUK MUKA KAU DENGAN LAKI KESAYANGAN KAU TU DEPAN MATA AKU sebab aku tak yakin yang aku akan bersabar. Manalah tahu kot kot aku TERtampar korangkan. Sorry to say lah, aku memang tak boleh terima apa yang korang dah buat dekat aku. 

Apa apa pun, aku nak balik JB dah ni. And dekat JB tu pun janganlah ada yang nak cari pasal dengan aku yer. Cukuplah dulu korang sakitkan hati aku, sekarang ni korang dah happy, dah bertunang dah pun. Aku ni bukan perampas sebab aku tak suka nak mencuri hak orang, nak mengambil hak orang sebab aku pun boleh cari hak aku sendiri. 



Gambar masa kitorang gathering, makan makan dekat  Manhattan Fish Market, Mid Valley last Sunday


Aku masih menanti pemilik tulang rusuk kanan yang diciptakan untukku, so hanya Allah Yang Maha Mengetahui. =) 

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, February 22, 2012

KALAULAH...

Assalamualaikum and hi readers!

Tanggal 22.02.2012 genaplah sudah usia adik aku 21 tahun, semoga Allah merahmati, memanjangkan usiamu, memudahkan segala urusanmu, berjaya di dunia dan di akhirat. I just wanna tell you that I miss you, gonna cry when I think of you. Take care there. I LOVE YOU SIS!!! =')

By the way, bulan February memang best. Tapi, aku rasa masa sangat singkat bulan ni. Aku rasa aku tak sempat nak buat macam macam benda lagi, tahu tahu sudah nak hujung bulan. Oh, cepatnya masa ni jalan jalan ek.

Kalaulah February ada 31 hari macam January, mesti aku sempat settle macam macam kerja yang tergendala.
Kalaulah jarum jam tu slow motion sikit, mesti aku tak risau.
Kalaulah masa tak mencemburui aku, mesti aku tak susah hati macam ni.

OH, KALAULAH ADA DORAEMON, bolehlah aku pinjam pintu masa dia tu. Sangatlah desperate dengan masa sekarang ni. Banyak plan aku tak settle lagi, sempatkah aku siapkan semuanya?


  1. Ambil sijil dan settlekan check out di kolej.
  2. Pergi MARA minta pengurangan bayaran.
  3. Cat rumah baru.
  4. Balik JB kemas barang.
  5. Pindah to Port Klang.
  6. Reunion planning and meeting.
  7. WORKING!!!

Boleh ke aku settlekan semua ni by the end of March? Sebab February memang dah tak sempat and tersangatlah suntuk. Hopefully aku boleh. Fuh!! Please give your cooperation to me, being responsible, helpful, and understanding so that I can manage all these thing properly. I wonder I can gain enough energy and please...jangan sakit sakit okey my body! =)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, February 20, 2012

FEBRUARY BABIES...

Assalamualaikum...

Sebenarnya lately ni aku malas nak update blog ni sebab, no reason. Hahaha! Ada reason lah tapi personal matter, so lantaklah tak ada kaitan pun dengan diari aku ni. By the way, happy birthday February babies! We are still young no matter what happen. LOL =)


Okey let make it short. Semalam, bersamaan 19 February 2012, I've met up my darlings in Mid Valley Megamall and we've spend some times together-chatting, eating, laughing, and for sure- jadi model untuk Aha, suka sangat bergambar ni kan. Lepas ni Aha will be back to China. Tak tahu lagi bila akan jumpa lagi. So, dah semua ada sekali, lets meet and celebrate February Babies. 


Ni for me, I've also met my old friend from primary school. Dah 10 tahun tak jumpa ini budak, bila dah jumpa, rupa rupanya dia bukan budak lagi, dah boleh jadi bapak budak. LOL! He's taller than you but still, my only MAS is taller than all my ex. Suddenly, nak nangis, rindu dekat Pahang boy tu. Kalau muka aku tak malu, dah lama dah aku pergi Maran tu. ='(


Okey, lets continue. Lepas dah jumpa, makan makan, borak borak, hug, kiss and everything, masing masing buat hal masing masing. Aku dengan my old friend jalan jalan dulu dalam mall tu tapi tak lama lepas tu kami gerak balik. Actually aku kesian dekat dia. Sebab malam nanti dia kena kerja, dah lah muka dia macam bosan saja lepak dengan geng geng aku tadi. Sorry friend, ini yang first and last okey, after this I won't make you suffer anymore. =P


Okey, gambar gambar akan menyusul di kemudia hari. Harus menunggu cik photographer mengedit semuanya dulu. Till then, babai. Take care, sekarang macam macam penyakit ada so jagalah kesihatan anda. Jangan jadi macam aku ni, sakit sokmo, tak tahu bila nak okey. ='(


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, February 12, 2012

NO SMOKING...

Assalamualaikum readers...

>>Betul tak apa yang aku kata ni? Kalau betul cer komen sikit.<<



Perempuan benci lelaki merokok.

Kalau lelaki tu tak merokok memang sangat sweet.

Tapi apa gunanya dapat pakwe yang tak merokok tapi KAKI PEREMPUAN & PENIPU!

So, terima saja pemberian Allah dengan hati terbuka. Yang merokok tu boleh berhenti merokok jika kita sama sama membantunya dan menanamkan azam yang kuat TAK NAK MEROKOK! =)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, February 11, 2012

CUCI MATA-EL LUVART...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak promote bisnes akak kesayangan - Kak Nazli...
Dia sangat rajin dan kreatif. Tak macam aku ni, malas sikit. =)
Apa apa pun, korang boleh 'LIKE' page FB dia - El Luvart and kalau nak order atau tengok tengok dulu pun boleh. Harga dijamin berpatutan. =)
Jom jom, jalan jalan cuci mata...

Ini untuk key chain, necklace, earing. (PIXELS)



Ini pula untuk Bangles (BUTTONS)




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, February 10, 2012

TUHAN BERI AKU CINTA...

Tuhan berikanlah aku cinta,
Untuk temaniku dalam sepi,
Tangkap aku dalam terangMu,
Biarkanlah aku punya cinta...





Dari Hati Nuraniku,fara,,

Thursday, February 9, 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA...

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah.

Sempena dengan cuti Maulud Nabi dan Thaipusam yang lepas, aku dan family ku telah menghabiskan masa cuti dengan jalan jalan cuti cuti Malaysia. Actually plan nak balik JB, tapi last minute bertukar kepada balik kampung - Tahun Melawat Perak 2012 kan, harussslah balik sana. =)

4 February - Hari ni birthday Si Gedik, petangnya kami gerak balik Teluk Intan dan sampai di sana lepas Maghrib. Sampai saja terus terjah Pasar Malam, beli makanan untuk makan di kampung nanti. Bermalam di Kampung Gajah sebab dah lewat malam sampai sana.



5 February - Bangun pagi dan gerak ke Teluk Intan ambil daddy di Hotel Anson. Aku dengan Si Gedik lepak lepak dekat Pasar Tani and Pasar Minggu cari apa yang patut. Tak sangka pula ada perarakan Maulud Nabi dekat Dataran Menara Condong tu, so tengok tengok kejap orang berkumpul dekat sana. Lepas breakfast and shopping apa yang patut, gerak ke Kampung Sungai Tukang Sidin sebab hari ni nak lunch dengan Paksu and Maksu. 

Lepas lunch kami gerak ke Sitiawan and Lumut. Baru berapa bulan tak datang sini, macam macam dah berubah. Tengok rumah dekat Sitiawan, then gerak ke Lumut untuk shopping lagi. Sampai kampung around 10 p.m. Sangat penat seharian berjalan.





6 February -  Bangun pagi get ready nak ke Ipoh ke rumah Achik sebab cousin aku kahwin hari ni. Sampai Ipoh pergi shopping dulu then baru pergi rumah Achik. Lepas selesai acara around 4 p.m., gerak ke Cameron Highlands konvoi 3 buah kereta. Sampai dekat atas around 5 p.m. jalan jalan shopping lagi. Banyak juga duit aku habis kali ni. Semuanya gara gara rambang mata. Sangat selesa berada di atas ni sebab suasana sejuk dan nyaman. Nak berwudhuk pun rasa tak sanggup sebab air sesejuk air dalam fridge tu. Bulan July I'll come here again. =)



Gerak turun ke bawah, jalan jammed di Tanah Rata sebab ada Pasar Malam. Gila best dan panjang Pasar Malam dekat sini. Nasib baik tak berhenti, kalau tak melayang lagi duit aku. Rambang mata tengok barang barang yang dijual dekat sana, bestnyeee kalau dapat tidur 2, 3 malam dekat sini. Tapi kena balik kampung semula sebab datang sehelai sepinggang saja. Sampai Tapah around 10 p.m. pekena Mee Rebus Tapah, marvelous!! Sampai kampung around 12 a.m. dalam kepenatan.

7 February - Bangun pagi ke Kampung Gajah. Jumpa family semua di sana, gerak ke Chikus kutip buah rambai dan balik ke kampung. Lunch ramai ramai di kampung before gerak balik Shah Alam.


Sangat padat jadual aktiviti aku apabila pulang ke kampung. Tiada sedikit pun masa lapang untuk dibuang. Itulah yang menyebabkan aku suka sangat berjalan, tak suka duduk diam. Wajib jalan jalan tiap kali balik Perak. Jalan jalan melawat sanak saudara dan shopping. =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, February 3, 2012

IMPIAN DAN HARAPAN 2012...

Assalamualaikum...

Bersempena 03021012 pada usia 22 tahun ini, aku dah sediakan wishes aku untuk tahun ni:


  1. Tukar IC baru. HARUSSSLAH sebab dah pindah Selangor.
  2. Cari kerja sementara atau tetap lepas pindah rumah baru.
  3. Beli MyVi idaman kalbu umpama Spongebob kuning yang manja tu.
  4. Buat passport before June/July.
  5. Melancong bersama sisters.
  6. Nak buat amal banyak banyak umpama esok aku akan mati.
  7. Nak tambah banyak kawan dan buang musuh.
  8. Tak nak couple couple lagi, nak terus nikah saja.(statement GEDIK!)

I'll try my best to be a good daughter, sister for my family. I'll try my best to be a good follower for my prophet - Muhammad S.A.W. and a good servant of Allah. I'm not looking to be a perfect one because nobody's perfect and ONLY ALLAH is perfect. So, don't try to find a perfect partner if you're not perfect too, appreciate what you already have before Allah take him/her away from you. I've learnt to love and appreciate what I have now, and I don't want to lose him. I pray to Allah everyday and night to have him for my future and the day hereafter. I want to live forever with him in Your Jannah. Insya Allah.


-okbai-

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, February 2, 2012

HARI TERKAHIR 21 TAHUN...

Hari ni, aku masih 21 tahun 11 bulan 29 hari.


Esok, angka akan berubah menjadi 22 tahun pula.
Dan orang pertama yang sudah wish birthday aku adalah Encik Suhaimee yang dah macam abang merangkap 'pakcik' aku. HAHAHAA!!
Sorry lar bro, tapi memang macam pakcik pakcik pun sebab dah tua. =P
Dia ni muka ada ala ala NURSHAHRUL IDLAN TALHA, sebab tu suka perasan kalau aku panggil dia Mat Yo.
Dengan dia ni memang aku boleh tahan, dia cakaplah apa pun, aku tak akan ambil hati.
Dan dia pun banyak nasihatkan aku, tegur apa yang perlu aku buat.
Terima kasih Encik Suhaimee. Tak sangka dah dekat 4 tahun kita berkawan ya.
Disebabkan awak orang Melaka, memang kepala awak boleh masuk air macam kepala saya juga.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

JANGAN UNDANG BALA ALLAH...

Assalamualaikum...

Kejadian pada malam hari Selasa, 31 Januari 2012.
Sempena penutup bulan January, HTAR, Klang telah mengadakan forum perdana yang bertajuk "Jangan Undang Bala Allah".


Sangat tersentap, insaf dan takut dengar ceramah daripada ustaz ustaz yang memang hebat dan famous ini.
Ahli panel terdiri daripada Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Pengacara Rancangan Imam Muda), Ustaz Halim Din, dan  Ustaz Haslin Baharin (Penceramah di TV3).
Memang mantap dan best ceramah mereka ni. Masa dua jam sangat tidak mencukupi. Kalau boleh, aku nak diorang berceramah selama 5 jam sebab banyak benda yang masih tak terungkap.
Banyak ilmu dan pengajaran yang aku dapat daripada mereka.
Terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan aku peluang untuk membersihkan hati aku.

CONCLUSION: Sebagai seorang Muslim, kita wajib menjaga Agama, Nyawa, Harta, Nasab dan Akal. So, sebelum melakukan sesuatu, fikirkan agama yakni takut dengan Allah. Sekiranya kita menjaga Allah nescaya Allah pun akan jaga kita. 

Sempena Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1433H bersamaan 5 February 2012, aku nak celebrate birthday Nabi Muhammad S.A.W. dan juga birthday aku di JB nanti.
Aku nak sambut maulud nabi dan birthday aku tahun ni kerana Allah, kerana Islam.
Syukur kerana aku berpeluang untuk menikmati hidup pada usia 22 tahun.
Terima kasih Ya Allah. =')

.:: Baju kurung ni telah berusia 10 tahun. Masa Darjah 6 kot aku buat baju ni ::.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, February 1, 2012

WELCOME TO FEBRUARY...

Assalamualaikum...



Hey readers! Welcome to February! Month of happiness, joyful, and grateful for me, for her, for him, for you and for us - those who celebrate their birthday on February only. =)

And for your info, this year, February has 29 days - its a leap year guys! Which is coming only once in four years time. Hopefully, 2012 will give us prosperity, happiness and a good health.  



Dari Hati Nuraniku,
fara,,