NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, April 29, 2012

PESTA LAUT...

Assalamualaikum Cinta.

Pesta Laut sudah lama aku tinggalkan sejal Sitiawan aku tinggalkan 14 tahun lalu. Kini, 2012 aku kembali semula ke Pesta Laut Lumut menggamit kenangan di waktu kecilku. Ya Allah, sungguh aku rindukan pakcik-pakcik aku. Dahulu, bersama-sama dengan mereka kami ke Pesta Laut ni, 1 happy family.









Kini, semuanya hanya tinggal kenangan. Sedih hatiku tatkala melihat nisan yang terpacak di atas kubur mereka. Gugur air mataku. Ternyata aku masih tidak dapat menerima kehilangan mereka. Semadilah pakcik-pakcik ku dengan aman di sana. ='(

By the way, aku ke Lumut bukan untuk suka-suka tapi aku ke sana kerana melawat rumah yang telah 14 tahun aku tinggalkan. Sangat usang dan semak keadaannya. Dan aku juga sempat menanam jagung, kalau menjadi alhamdulillah dapat merasa nanti. Kalau tak menjadi kena beli jagung dekat pasar saja. =)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, April 27, 2012

CERITA SEMALAM...

Assalamualaikum. 

Ini kisah semalam.
Aku tiada harta untuk disumbangkan.
Aku tiada wang untuk didermakan.
Tapi aku ada organ dan darah untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Ini baru kali kelima aku menderma darah.
Insyaallah, aku ingin menjadi penderma tetap hingga hujung nyawa.
Sesiapa yang berdarah AB boleh share darah dengan aku. =)




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, April 25, 2012

AKU MAAFKAN KAMU...

JOM BACA DAN FAHAMI~


BOY: Awak...maafkan saya...
GIRL: Ya, kenapa awak minta maaf?
BOY: Sebab saya dah tinggalkan awak. Saya dah sakitkan hati awak. Saya korbankan cinta awak demi cinta orang yang lukakan hati saya dulu. Maafkan saya, please...
GIRL: =)
BOY: Kenapa awak senyum? Kenapa diam je? Awak maafkan saya?
GIRL: Ya, saya maafkan awak. 
BOY: Betul?
GIRL: Betul, dah lama dah saya maafkan awak. Tapi....
BOY: Tapi apa?
GIRL: Tapi...tidak mungkin saya menerima awak lagi sebab semalam awak tinggalkan saya tanpa kasihan, tanpa mempedulikan saya, tanpa menghargai hati saya demi orang yang awak cintai. Dulu, saya pernah ubati luka awak, saya rawat awak, saya beri cinta dan kasih sayang saya untuk awak sampailah awak sembuh. Lepas tu, awak dah kembali ceria, tapi VIRUS itu datang lagi. Awak buang ubat awak, awak rela diserang VIRUS itu lagi. Sekarang, awak sakit lagi dan hari ni awak mula memerlukan ubat itu. Awak ingat tak, awak dah buang ubat tu dan tak mungkin awak akan menjumpai ubat yang sama. Carilah ubat lain kerana tak mustahil jika awak sembuh lagi dengan ubat yang sama, awak akan buang lagi ubat tu. =')
BOY: Awak....
GIRL: Itulah namanya...TAKDIR CINTA~





Dari Hati Nuraniku,
fara,,



AKU TAK MAHU...

Lagu ni sangat sesuai dan sepadan untuk aku. Menggambarkan nasib diriku ketika ini. ='(
Terima kasih Suria.fm kerana selalu on lagu ni. Syahdu jer rasa hati.



Aku tak mahu percayakan cinta lagi
kerana kali ini hati sungguh pedih dilukai
Aku tak mahu jatuh cinta lagi
kerana apa guna berteman bila hati dirundung sedih,
Begitu lama ku kekal setia
hari  jadi minggu bulan jadi tahun
Begitu lama disiakan saja
pabila cintanya mula berpaling arah...



 



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, April 24, 2012

CINTA BARU...

Assalamualaikum readers.

Aku tak nak sedih-sedih lagilah. Dah penat menangis, meratap so let's move on.
Mari berkenalan dengan cinta hati baruku.






Hah!! Terkejut tak? Walau apa jadi sekalipun, DIA tetap dalam hati aku sampai bila-bila. Dah lama aku idam kan DIA, berdoalah semoga daddy belikan tak lama lagi. =)

Tanda-tanda awal dah ada. Daddy dah offer DIA malam tadi tapi bersyarat.
Sangat berat uhhh syaratnya. Nak tahu apa syaratnya?

"Yong kena kerja and bayar bulan-bulan duit kereta. Bukan abah tak boleh bayar tapi abah nak yong berdikari, kerja and bayar sendiri".


OH NOOO!! Kena kerja jugalah nampak gayanya. Tak kisahlah asalkan dapat BUMBLEBEE si jantung hati ku ini. Tunggu tau sayang, I'll make sure you'll be mine!!!  =)




*Nak kerja dekat Taska saja, jadi pengasuh jaga baby. Lebih seronok daripada menjaga orang dewasa~



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, April 19, 2012

THE BAD SIDE OF ME...

Assalamualaikum...

Okey, nak move on. Penat sudah aku beremo dan berendam dengan air mata. Masa untuk bersuka ria pula. Tapi hari ni aku nak story a part of me. Yang pastinya the bad side of me. Ini pun salah satu faktor yang menjadikan aku cepat emo. Dan kerana itulah juga, aku clash dengan M.A.S. dan Jiji. 



CEMBURU.
  • Yes, I am. Aku sangat cepat cemburu. Kenapa? Sebab aku sayangkan orang tu and tak nak kehilangan dia. Selalunya kes ni dalam bercintalahkan. Disebabkan ini jugalah aku putus cinta. Inilah perangai buruk yang susah nak buang dari dulu lagi. Aku try jadi seorang yang open-minded tapi boleh tahan 2-3 hari saja, lepas tu confirm aku akan jealousy balik. Yang peliknya, semasa berkawan, aku tak ada pula nak cemburu dan disebabkan itu, M.A.S. couple dengan aku kerana aku open-minded. Tapi lepas dah couple, on the spot jadi kuat cemburu. Memang tak boleh dibuang ke sifat ni?? Tapi kalau dah tak ada perasaan cemburu, apa guna bercinta right?? =(

CEPAT MARAH.
  • Aku memang cepat sangat melenting, senang cakap, aku bukan seorang yang penyabar pada sesuatu perkara. Ini telah terbukti dalam family pun, cepat sangat aku ni marahkan seseorang tapi yang bagusnya aku cepat sejuk. Kalau dalam percintaan, aku selalu marah kalau boyfriend aku tu tak tahu nak mesej atau pun call aku. At least just to inform me yang dia ada di mana, that's all. Tapi, orang lelaki ni anggap kita mengongkong dia pula, pada hal orang perempuan ni nak tahu saja. Lepas dah tahu tu, tak adanya aku nak call kau ke, kacau kau lepak dengan member-member kau. Aku pun tak suka dikongkong so aku faham. Tapi, masa itu sajalah aku marah-marah dia, lepas 2, 3 jam, aku okey dah. Boleh mesej-mesej siap minta maaf dekat dia, padahal bukan salah aku pun. =(


CENGENG.
  • Hahahaaa!! Nampak saja tough tapi the truth is aku cengeng, sangat mudah menangis. Pantang kena marah, kena tegur sikit, meleleh dah air mata tapi aku tak tunjuk depan orang. Aku masuk bilik atau toilet, aku nangis puas-puas. Selalunya time nak tidurlah aku selalu bertemankan air mata. Bangun saja dari tidur esoknya, mesti mata dah bengkak, sangat buruk. Masa itu mulalah menempek bedak tebal-tebal. Padan muka, lembik sangat. Tapi dengan menangis aku boleh melepaskan rasa marah dan geram aku tanpa orang tahu. Dan dapat menghilangkan stress aku selain keluar shopping-shopping and jalan-jalan. Mr. A, aku cengeng bah. Kenapa kamu kata aku garang pula? Adoii... =P



Ini baru 3C, ada lagi rasanya the bad side of me ni. Nantilah aku fikirkan lagi. Sampai di sini saja, adios!!


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, April 10, 2012

SEBULAN TELAH BERLALU...

Assalamualaikum readers...

Sejak dua tiga menjak ni, aku tersangatlah malas nak mengupdate blog. Tak tahulah kenapa, sedangkan masa free sentiasa ada. Sampaikan aku terlupa dah sebulan aku menetap semula di Port Klang ni. Tak sangka aku akan kembali ke sini semula setelah berhijrah ke Kuantan dan Johor Bahru. 

Apa apa pun banyak sangat perbezaan Port Klang dan JB. JB tetap dalam ingatan dan hati aku sampai bila bila. Semua yang ada di sana sangat cukup sempurna berbanding apa yang ada di sini. Dekat JB, walaupun Tanjung Pelepas tu jauh dari bandar tapi semua yang ada di sana sangat seronok. Dalam kawasan kuarters ada kolam renang, dewan, taman permainan, "muzium mini", "zoo mini", padang bola, padang takraw dan futsal, trek jogging dan berbasikal dan ada kapal+laut. Sangat nyaman dan indah duduk di sana.





Dekat Port Klang ni memanglah mudah bergerak, dekat dengan bandar, kedai, komuter, sekolah tapi kuarters sangat tak best! Sorry to say, dalam hati aku masih JB yang bertakhta. Dekat sini hanya ada dewan, taman permainan, padang yang kecil untuk semua aktiviti sukan (futsal, bola, badminton, takraw). Jauh beza sangat kehidupan dulu dan kini. 

Apa apa pun, aku akan cuba menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Hijrah itu semestinya untuk sesuatu yang baik di masa hadapan. Semoga Allah memudahkan segala urusan aku di sini. Amiinnnn~

ESOK CUTI SEMPENA HARI PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA  YANG DIPERTUAN AGONG DI ISTANA NEGARA, JALAN DUTA, KUALA LUMPUR.




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, April 8, 2012

8 APRIL...

Tanggal 8 April setiap tahun aku tak akan pernah lupa.
Perginya dia yang aku sayang.
Perginya tak kembali.
Perginya meninggalkan aku 1 kenangan yang hanya aku saja memahaminya.
11 tahun sudah dia pergi meninggalkan aku.

Damailah di sana Pak Cho. Al-Fatihah... ='(


8 April juga, genaplah usia Maksu aku 37 tahun.
Selamat ulangtahun kelahiran Maksu. Semoga tahun ini lebih bermakna buat Maksu. =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, April 7, 2012

DINNER...

Assalamualaikum readers...

Selamat berhujung minggu. Weekend ni aku stay dekat rumah saja, tak jenjalan mana-mana pun sebab mummy kerja, si gedik final exam, daddy mengajar. So, terperap saja di rumahku syurgaku ini. Entah kenapa, asyik membuta saja aku hari ni. Siap buat kerja rumah, aku tidur. Lepas Zohor pun aku tidur. Aku pun pelik dah dengan waktu tidur aku ni.

Mungkin ada kaitan dengan event malam tadi kot. Yelah, malam tadi ada dinner dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Klang Executive Club, Bukit Raja. Tunggu event tu settle, dekat pukul 1 pagi baru sampai rumah. Sangat penat tapi kekenyangan. Sebab tu hari ni aku jadi ular yang kekenyangan. =)





Alhamdulillah, murah rezeki duduk dekat sini. Allah masih buka pintu rezeki untuk aku, dan masih memanjangkan usiaku. Thanks Allah =)  


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, April 5, 2012

7 PETALA CINTA...

Assalamualaikum Cinta. 
Waalaikumussalam Rindu. 
Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara.
Insya Allah.
Ya Allah, peluklah hati ini disaat aku mulai rasa gelisah dalam penantian penuh kesabaran ini, rindu ini kerana Mu Ya Ilahi.
Cinta bukan melemahkan tapi menguatkan, cinta juga bukan menyedihkan tapi menggembirakan.
Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta...



Fuyooo!! Cik Pinklover dah start jiwa jiwang. Ini semua gara-gara Filem 7 Petala Cinta. Bestnya kalau dapat tengok cerita ni masa mula-mula keluar dulu. Tapi nak buat macam mana, orang single, mana boleh keluar sorang-sorang, nanti kena culik. So, kenalah tunggu ada yang sudi menemankan. Apa-apa pun, kalaulah kaim lelaki memahami hati wanita, mesti bahagia hidup wanita tu. Kalaulah lelaki tengok, faham dan hayati dialog-dialog dalam filem ni, mesti hubungan akan bertambah erat dan kekal bahagia. Ouuchhh!! Jiwang lagi ni. Sejak dua menjak ni, Cik Pinklover agak jiwang, dalam hati dia ada taman tapi tak tahulah sampai bila bungan-bunga dalam taman dia akan subur mekar mewangi. Kerana jodoh adalah rahsia Allah. Anytime Dia boleh tarik kebahagiaan yang diberi. 

Last but not least, LIVE YOUR LIFE FREELY AND HAPPILY!! =D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, April 3, 2012

ISU GEJALA SOSIAL: REMAJA LARI DARI RUMAH...

Assalamualaikum readers...

Hari ni cuaca mendung saja. Boleh dikatakan 1 Malaysia dilanda hujan dan berdoalah semoga tiada tempat yang banjir. Alhamdulillah Allah masih beri hujan di tempat kita, hujan itu rahmat dari Allah okey kawan-kawan. So, janganlah kita mengeluh kerana hujan. Bersyukur dengan nikmat Allah itu lebih baik.

Lately ni kan, banyak sangat kes remaja lari dari rumah. Aku pun tak faham dengan pemikiran remaja sekarang ni. Apa yang best sangat lari dari rumah tu? Ada tu sampaikan sanggup merancang penipuan kononnya diri diculik, padahal lari ikut pakwe dengan rela hati.

Aduyaiii...mana perginya akal korang? Kata remaja zaman sekarang ni semuanya dah celik IT, advance dalam teknologi tapi tak sangka masih cetek dalam hukum hakam agama. Apa yang korang dapat ek kalau lari dari rumah? Pada pandangan aku, lebih baik duduk rumah dengan family daripada lari ikut lelaki tak tentu pasal. Sebabnya, kalau korang duduk dengan family, confirm aku berani potong kukulah, makan, minum, pakaian korang semuanya terjaga. Tak payah nak mengemis mencari sesuap nasi, tak payah nak menjual body semata-mata nak beli barang yang korang nak, dan tak payah nak tidur di kaki lima.

Aku yang dah mencecah 22 TAHUN 2 BULAN ni pun tak pernah fikir nak lari dari rumah. Marah atau gaduh macam mana pun dengan family, dua, tiga jam nanti okey balik. Minta maaf dan semuanya okey. Tak pernah pula aku fikir nak lari dari rumah, ikut pakwe, hidup bersama dengan dia, WTFish...kalau setakat nak keluar jumpa pakwe, takkanlah parents tak bagi. Asalkan tak melanggar hukum-hakam mesti diorang bagi green light punya. Then, tak perlu susah-susah nak lari dari rumah.

Selama 22 tahun aku hidup, family aku memanglah protective tapi taklah sampai over protective. Setakat ni, ke mana saja aku nak pergi, parents aku bagi saja asalkan jaga diri and tahu batas-batas. Tapi aku tak tahulah macam mana dengan parents korangkan? Maybe masih ada yang berfikiran konservatif dan disebabkan itu remaja pun mula memberontak. 



CONCLUSION: Sendiri jaga, sendiri tanggung, sendiri terima akibatnya. Fikir-fikirkan masa depan korang sebabnya SPM pun tak lepas lagi so, tak payah nak gatal-gatal fikir nak lari dari rumah~



Dari Hati Nuraniku,
fara,,