Sejak dua tiga menjak ni, aku tersangatlah malas nak mengupdate blog. Tak tahulah kenapa, sedangkan masa free sentiasa ada. Sampaikan aku terlupa dah sebulan aku menetap semula di Port Klang ni. Tak sangka aku akan kembali ke sini semula setelah berhijrah ke Kuantan dan Johor Bahru.
Apa apa pun banyak sangat perbezaan Port Klang dan JB. JB tetap dalam ingatan dan hati aku sampai bila bila. Semua yang ada di sana sangat cukup sempurna berbanding apa yang ada di sini. Dekat JB, walaupun Tanjung Pelepas tu jauh dari bandar tapi semua yang ada di sana sangat seronok. Dalam kawasan kuarters ada kolam renang, dewan, taman permainan, "muzium mini", "zoo mini", padang bola, padang takraw dan futsal, trek jogging dan berbasikal dan ada kapal+laut. Sangat nyaman dan indah duduk di sana.
Dekat Port Klang ni memanglah mudah bergerak, dekat dengan bandar, kedai, komuter, sekolah tapi kuarters sangat tak best! Sorry to say, dalam hati aku masih JB yang bertakhta. Dekat sini hanya ada dewan, taman permainan, padang yang kecil untuk semua aktiviti sukan (futsal, bola, badminton, takraw). Jauh beza sangat kehidupan dulu dan kini.
Apa apa pun, aku akan cuba menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Hijrah itu semestinya untuk sesuatu yang baik di masa hadapan. Semoga Allah memudahkan segala urusan aku di sini. Amiinnnn~
ESOK CUTI SEMPENA HARI PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DI ISTANA NEGARA, JALAN DUTA, KUALA LUMPUR.
fara,,
No comments:
Post a Comment