NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, April 3, 2012

ISU GEJALA SOSIAL: REMAJA LARI DARI RUMAH...

Assalamualaikum readers...

Hari ni cuaca mendung saja. Boleh dikatakan 1 Malaysia dilanda hujan dan berdoalah semoga tiada tempat yang banjir. Alhamdulillah Allah masih beri hujan di tempat kita, hujan itu rahmat dari Allah okey kawan-kawan. So, janganlah kita mengeluh kerana hujan. Bersyukur dengan nikmat Allah itu lebih baik.

Lately ni kan, banyak sangat kes remaja lari dari rumah. Aku pun tak faham dengan pemikiran remaja sekarang ni. Apa yang best sangat lari dari rumah tu? Ada tu sampaikan sanggup merancang penipuan kononnya diri diculik, padahal lari ikut pakwe dengan rela hati.

Aduyaiii...mana perginya akal korang? Kata remaja zaman sekarang ni semuanya dah celik IT, advance dalam teknologi tapi tak sangka masih cetek dalam hukum hakam agama. Apa yang korang dapat ek kalau lari dari rumah? Pada pandangan aku, lebih baik duduk rumah dengan family daripada lari ikut lelaki tak tentu pasal. Sebabnya, kalau korang duduk dengan family, confirm aku berani potong kukulah, makan, minum, pakaian korang semuanya terjaga. Tak payah nak mengemis mencari sesuap nasi, tak payah nak menjual body semata-mata nak beli barang yang korang nak, dan tak payah nak tidur di kaki lima.

Aku yang dah mencecah 22 TAHUN 2 BULAN ni pun tak pernah fikir nak lari dari rumah. Marah atau gaduh macam mana pun dengan family, dua, tiga jam nanti okey balik. Minta maaf dan semuanya okey. Tak pernah pula aku fikir nak lari dari rumah, ikut pakwe, hidup bersama dengan dia, WTFish...kalau setakat nak keluar jumpa pakwe, takkanlah parents tak bagi. Asalkan tak melanggar hukum-hakam mesti diorang bagi green light punya. Then, tak perlu susah-susah nak lari dari rumah.

Selama 22 tahun aku hidup, family aku memanglah protective tapi taklah sampai over protective. Setakat ni, ke mana saja aku nak pergi, parents aku bagi saja asalkan jaga diri and tahu batas-batas. Tapi aku tak tahulah macam mana dengan parents korangkan? Maybe masih ada yang berfikiran konservatif dan disebabkan itu remaja pun mula memberontak. 



CONCLUSION: Sendiri jaga, sendiri tanggung, sendiri terima akibatnya. Fikir-fikirkan masa depan korang sebabnya SPM pun tak lepas lagi so, tak payah nak gatal-gatal fikir nak lari dari rumah~



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

1 comment:

Adilah Rostam said...

Sigh..tak tau la. Budak-budak sekarang ni pada zahirnya nampak pandai, tapi bodoh sebenarnya. Akal tak panjang. Kita cuma boleh doakan aja.. :/