NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, July 23, 2012

3 RAMADHAN...

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat tak kira di mana jua kalian berada.
Sudah hari ke-3 kita berada dalam bulan penuh berkat ni.
Semoga segala amalan kita diterima Allah.
Hari ni, mood nak buat kerepek tak ada lagi.
Terpaksa tunda keesokan harinya kerana badan sangan lepak hari ni.
Apa yang pasti, semangat perlu kuat untuk menjadi usahawanita berjaya.
Doakan perniagaan aku berjaya.

~P.E.A.C.E. ^.^



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, July 21, 2012

1 RAMADHAN...

Assalamualaikum...

Beberapa minit dari sekarang, warga Selangor, Kuala Lumpur, dan sewaktu dengannya akan berbuka puasa. Alhamdulillah, kita bertemu lagi Ramadhan tahun ini. Anggaplah ia sebagai puasa terakhir kita agar Ramadhan kali ini diberkati dan diterima Allah. 

Bersyukurlah juga kerana masih sempat menikmati Ramadhan ini bersama keluarga dan insan tersayang. Bagi mereka yg sudah kehilangan insan tersayang, pasti Ramadhan kali ini sangat berlainan. Apatah lagi untuk menyambut Syawal nanti. Buat sahabat-sahabatku yg sudah kehilangan insan tersayang, berdoalah untuk kebaikan dan kesejahteraan mereka disepanjang Ramadhan ini. Semoga syurga Allah menjadi tempat tinggal mereka kelak. 

Okey friends, jom prepare apa yang patut. Selamat berbuka puasa, jangan membazir bulan Ramadhan ini okey ;)


~Planning untuk berbuka bersama housemates and classmates semasa di sekolah dan di kolej dulu dan juga with L.O.V.E. =)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, July 20, 2012

Emo kejap layan lagu ni...


KAMAR SEPI


Siapakah sudi mendengar cerita dariku
Dari kamar jeriji besi dari jendelaku
Bersama dosa dosa himpit kedukaan ku
Masa dan hari menjadi permainanku

Hari berganti hari aku terus menunggu
Menantikan hitam putih kehidupanku
Entah bilakah harus aku menunggu
Didalam kamar bisu menjadi teman setiaku

Tuhan hanya satu ku pinta
Ampunkanla dosaku dari hambamu yang hina ini
Tuhan temukanlah hambamu dari insan yang amat kurindu
Sebelum ku bertemu mu

Wahai teman wahai saudara
Dengarkanlah rintihan ku ini
Gelak tawamu ku bawa bersama 
Selangkahku dari kamar sepi
Maafkanlah diriku disini




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

PUASA-RAMADHAN...

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna. . .





Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. InsyaAllah esok-21 Julai kita akan meraikan Ramadhan selama sebulan. Semoga puasa kita adalah kerana Allah dan untuk Allah. Jom puasa, jangan tak puasa! =)




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, July 17, 2012

13 TAHUN SUDAH...

Ya ALLAH, Kau tempatkanlah pakcik ku dalam kalangan hambaMu yang beriman dan beramal soleh, Kau kasihanilah dia Ya ALLAH, Kau ampunkanlah dosa-dosanya selama ini, Sesungguhnya, aku merindui pakcik ku. Al-Fatihah~

17 Julai 1999 dia pergi buat selama-lamanya setelah terlibat dalam nahas jalanraya. Sangat tragik pemergiannya berbanding pakcik aku yang lain. Terakhir kali aku melihat wajahnya sebelum dikafankan, seperti dirinya sedang nyenyak dibuai mimpi indah walaupun keadaan sebenarnya sangat parah. Wajahnya sehingga kini masih segar dalam ingatanku, sudah tiada air mata untuk aku tangisi sewaktu menghantarnya ke liang lahad. Pakcik, damailah di sana, nantikan kedatangan anakmu ini. =')


16 Julai 2012: Pergi seorang lagi ibu saudara ku akibat kemalangan jalanraya juga di Taiping, Perak. Sangat benyak ujian dan dugaan yang mendatang dalam bulan Sya'aban ni. Hanya Allah yang mengetahui qada' dan qadarNya. 


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

BILIK TIDUR...

Assalamualaikum. . .

Sejuknya, cuaca mendung, angin sepoi-sepoi bahasa. Kalaulah dapat sambung tidur, mesti syokkk! Tapi tak boleh, Cik Pinklover kena siapkan order. *Usahawanita berjaya kena ada wawasan, jangan malas-malas.
Oh, tolonglah. Bila diuji dengan nikmat tidur, penyakit kemalasan mulalah menjelmakan diri. 

Aku: Mengantuknya, tapi order banyak kena siapkan ni. Ada lagi 2000 lebih tempahan. Masa dah suntuk. Oh myyyyy...
Kata hati: Jomlah tidur. Bukan selalu dapat cuaca mendung, sejuk-sejuk ni. Katil sedang memanggil tu, Hello Kitty sedang menanti bersama Mr. Spongebob dan Encik Bear Bear.
Aku: Tak boleh, tak boleh. Minggu depan dah nak hantar order. Kena siapkan juga ni.
Kata hati: Jomlah tidur. Tak laratlah nak buat kerepek tu.
Aku: Be strong! Chaiyokk! :|

Begitulah apabila hati dan diri tidak sehaluan. Tapi, kalau dapat tidur dalam bilik macam di bawah ni, confirm aku tak nak bangun dah. =)







Oh, keep on dreaming. Macamlah aku boleh buat bilik macam ni. Umur dah tualah yunk, kalau untuk anak-anak nanti bolehlah (anak-anak? Bila nak kahwinnya?). Hhahaa! Like I care, dah kahwin nanti pun nak bilik macam ni juga. Nak color P!NK, nak ada Hello Kitty. So, kena vari Mr. P!NK supaya sehati sejiwa, berdansa bersama. =)

Oh, melalut sudah. Jom mulakan projek. Usahawanita Kerepek Ikan Bilis. =D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, July 9, 2012

SALAM TAKZIAH...

Buat sahabatku,
Ku harap agar kau tabah menghadapi ujian yang amat berat ini,
Ya aku tahu,
Berat mata yg memandang,
Berat lagi bahu yg memikulnya.
Tapi, kau harus tabah dan kuat,
Kau masih perlu menjaga adik-adikmu,
Kau masih perlu menamatkan pengajianmu,
Dan kau masih perlu menjadi seorang anak kepada ayahmu.
Janji Ilahi itu pasti, 
Setiap yg bernyawa pasti akan mati,
Tempat kita kembali ke sisiNya,
Apabila dipanggil pulang. ='(

Walaupun aku tidak rapat dengan ibumu, tapi masih ada kenangan aku dengannya. Ibumu memang seorang yg baik, ceria walaupun dirinya menanggung kesakitan. Aku turut merasa kehilangannya kerana selepas ini, aku tidak dapat melihatnya ke pasar malam lagi. Ya Allah, sungguh cepat Kau memanggilnya kembali. Belum sempat dia melihat kejayaan anak-anaknya. Semoga Allah menempatkan makcik dalam kalangan hambaNya yg beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.....(1964-2012)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, July 5, 2012

JULAI DAN SYA'ABAN...

Assalamualaikum sayang-sayangku...



Lately ni, aku tersangatlah malas nak update blog ni. Don't know why. Maybe sebab kesakitan yang sedang aku tanggung sekarang ni kot. Almost 3 week I'm suffering from headache. Bukan sakit yang biasa-biasa sebab kesakitan ni tak pernah hilang walaupun aku makan ubat. Rasa macam ada benda cucuk-cucuk kepala aku, sampaikan aku tak boleh nak batuk, mesti sakit ni akan mencucuk. 

Okey, just forget about the pain. Malam ni aku nak update tentang life aku sepanjang bulan Julai ni. Atau lebih tepat lagi, bulan Sya'aban dan Ramadhan 1433 Hijrah. Cepatnya masa berlalu, tak sangka sekejapnya dah setahun. Semoga aku dapat merasai keindahan Ramadhan tahun ini. Aku takut sangat kalau tak dapat nak menikmati Ramadhan tahun, tapi aku sentiasa berdoa agar diberi kesempatan untuk terus bernafas. 




For your information, my sister dah balik from Russia. And now we are together again - Powerpuff Girl kembali bersatu. Last Tuesday, aku dengan my sisters pergi SACC semata-mata nak pergi cari buku dekat Pesta Buku Selangor. So far berpuas hatilah sebab buku semua murah-murah dan seperti biasa mestilah aku beli novel cinta. Reading is my passion, aku sangat gila dengan novel cinta terutamanya. Nanti aku nak buat mini library untuk koleksi novel yang aku ada. Lepas tu cat satu ruangan tu warna P!NK. Jangan marah, I am a pinklover! =)

Okey, aktiviti minggu ni tak banyak, just balik Perak ada kenduri. Then next week, hopefully dapat turun JB. Kangen amat sama Johor Darul Takzim. Lepas tu, menanti kehadiran Ramadhan, and last but not least, hujung bulan ni result exam keluar. Sangat takut dan excited. Good night readers! =)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,