NUFFNANG ADDS
Wednesday, September 19, 2012
WORDLESS WEDNESDAY#1
Dari hati
::KEGIRANGAN DUA CAHAYA::
Tuesday, September 18, 2012
SAYANGI DIRI...
Assalamualaikum readers.
Wahhh!! Sangat syok woo ini minggu. Sudah mendapat cinta hati baru. Sayang Asha ketat-ketat. =)
By the way, back to our topic...sayangi diri, jauhi dadah (bukan pasal dadah jer). First of all, aku nak share something yang aku pernah alami. Bukan pasal dadah okey, tapi pasal sayangi diri.
"SAYANGI DIRI SEBELUM KITA SAYANG ORANG LAIN".
You know what I mean? Means that, sebelum kita nak mencintai, menyayangi seseorang, kita perlu sayang diri kita dulu. Kalau kita tak sayang diri kita, macam mana kita nak sayang orang lain? Hahh! Pening tak?? Tak kan. Maksud yang lebih mendalam lagi, tak payahlah kita nak sayang orang lain lebih-lebih sedangkan diri kita sendiri, kita tak sayang pun.
Nak tahu macam mana nak sayang diri sendiri? Begini caranya...
- Firstly, manjakan diri dengan bersantai di tempat yang tenang, nyaman dan selesa.
- Then, buatlah spa untuk relaxation.
- Next, buat aktiviti yang kita suka macam swimming, baking, watching movies, shopping, etc.
- Lepas tu yang paling penting lagi jangan pedulikan orang lain yang annoying, buat apa yg kita suka as long as tak mengganggu orang lain-
maksudnya, jaga hati kita sendiri, hati orang lain letak ke tepi dulu.(Boleh pula macam tu? Okey, ni mengarut) - Semua yang di atas ni penting untuk kita bila nak sayangi diri sendiri tapi yang paling penting, kalau nak capai dan buat semua ni, kita kena ada duit! Money is most important thing in order to fulfill everything that we need. So, cari duit dulu sebelum make ourselves happy.
- Nak cari duit, kena rajin berusaha dan selalu berdoa. So, sebelum boleh buat semua di atas walaupun dah ada wang, SAYANGI ALLAH DULU. Solat dan banyakkan berdoa kepadaNya untuk hidup yang lebih bahagia dan gembira.
Dulu, aku memang tak sayang diri aku sepenuhnya. Sebab? Sebab aku lebih sayangkan orang lain berbanding diri aku. At last, orang tu pergi tinggalkan aku sampai aku down gila-gila. Tapi, bila aku ingat Allah, aku dekatkan diri kepadaNya, aku berserah dan berdoa kepadaNya, aku rasa sangat bahagia, tenang dan happy sampaikan hati aku kosong, kosong, kosong (macam lagu Najwa Latif tu). Kosong tak ada fikirkan sesiapa pun yang sebelum ni aku sayang dan cinta. Yang aku fikirkan, macam mana kalau esok, lusa, Allah ambil nyawa aku, Allah tarik nikmat yang diberikan kepadaku, dan yang paling aku takut, Allah ambil ibu, bapa dan adik-adik aku dari aku?? Bila fikirkan semua itu, aku sanggup nyawa aku ditarik dulu sebelum mereka sebab aku sayang mereka lebih dari orang lain.
So, kepada korang semua, tak payahlah nak in love sangat dengan manusia ni. Sebab perasaan manusia boleh berubah anytime. Semuanya letak pada tangan Allah. Dia boleh tarik segala perasaan sayang dan cinta someone tu dalam sekelip mata saja. So, sebelum korang nak sayang orang lain, sayang diri korang dan family korang dulu. Sebab mereka yang paling hampir dan paling lama bersama dengan korang berbanding cinta monyet, puppy korang tu.
"Aku tak sempurna. Aku bukanlah seorang yang 'alim, tapi niat aku baik untuk berkongsi dan berusaha menjadi yang baik. Kerana aku juga mengimpikan syurgaNya yang kekal abadi."
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
Dari hati
::KEGIRANGAN DUA CAHAYA::
Friday, September 14, 2012
TERIMA KASIH....
Dari hati
::KEGIRANGAN DUA CAHAYA::
BF BARU...
Assalamualaikum readers.
Happy Friday, 27 Syawal 1433 Hijrah.
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
Happy Friday, 27 Syawal 1433 Hijrah.
Cepatnya Syawal nak pergi meninggalkan kita. Tapi alhamdulillah, Syawal tahun ni sangat bermakna. Dapat berkumpul dan bertemu dengan sanak-saudara yang jauh dan dekat. Bestnya ada keluarga yang besar dan makin membesar. Tak sabar nak tunggu raya tahun depan pula, nak tengok anak-anak buah yang makin membesar, nak jumpa adik aku yang hanya pulang setahun sekali ke Malaysia. Oh, rindu pula suasana raya walaupun tak ada lemang tahun ni. T_T
By the way, lebih rindu nak cari boyfriend baru. Cukuplah dua tahun aku setia dengan Encik Classic, lepas ni nak cari Encik Asha pula. Bukan curang tapi ada hikmah semua ini terjadi. Dulu handphone lama aku jahanam lepas aku clash dengan Encik MAS, habis semua mesej-mesej sweet dia dalam fon tu aku tak boleh on. Sekarang ni, fon jahanam lagi lepas breakup dengan Encik MRAR. Tak apalah, Allah tu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Aku redha. =')
![]() |
| .:: Orang dok sibuk dengan iPhone 5 tapi aku tak kisah, aku tetap setia dengan Nokia ::. |
Dan sepanjang Ramadhan-Syawal tahun ni, alhamdulillah, rezeki aku sentiasa murah walaupun tiada kerja tetap lagi. Ada saja rezeki yang datang, terima kasih Allah. Insya Allah, lepas ni aku ada projek baru pula. Doa-doakan impian aku menjadi nyata. Sekarang ni aku sedang berusaha menyiapkan manuskrip untuk novel pertama aku. Sudah lama aku meninggal dunia penulisan ni. Masa Form 4 and Form 5 dulu aku rajin sangat tulis esei dan cerpen untuk majalah sekolah. Tapi, lepas meninggalkan dunia sekolah, terus tak menulis dah. So, hopefully aku dapat menyiapkan manuskrip ni. Kalau aku berjaya, jangan lupa dapatkan novel aku nanti. Nak juga jadi seperti cousin aku Dya Dila-Doktor Cinta tu. Lepas ni novel kedua dia akan berada di pasaran, tajuknya Gila Kau-jangan lupa membeli. =)
Okey, jom breakfast dulu. Gastrik aku dah datang balik ni. Adios!
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
Dari hati
::KEGIRANGAN DUA CAHAYA::
Thursday, September 13, 2012
MALANG KE???
Assalamualaikum readers...
Actually hari ni plan nak ke Kolej aku di Mantin tu but last night, my sayang called and we couldn't make it-no gathering. Something happen to her so as a friend, aku faham keadaan dia. Ada hikmah disebalik semua ini, mungkin. Makanya, plan ke kolej dibatalkan. Maybe next time, tapi sayanglah dengan chocolate cake and kuih raya yang aku dah buat untuk diorang tu. Tak boleh nak bagi diorang rasa. T_T
By the way, the most malang day for me is when my phone jahanam. Sangat pelik, before aku tidur tadi, elok saja aku kunci jam loceng. Bila bangun tidur, nak check jam pukul berapa, langsung gelap. On-off pun tak boleh. Sedih. Kalau boleh aku nak stay dengan phone tu sampai aku dah kerja tetap nanti. Tapi, tak kesampaian. Dia mati meninggalkan aku. Lepas ni tak boleh nak SMS, nak calling-calling member lagi. T______T SANGAT, SANGAT SEDIH!!
Okey fine! Sebab ko dah mati tinggalkan aku, aku nak cari boyfriend baru. Siapa suruh ko buat hal. Oh, Asha!! Weekend ni aku pergi cari ko!! Bubye Nokia Classic! =')
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
Dari hati
::KEGIRANGAN DUA CAHAYA::
Subscribe to:
Posts (Atom)






