NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, March 30, 2012

RESEPI: KEK OREN...

Assalamualaikum readers...

Hari ni aku nak share resepi Kek Oren yang aku dapat daripada seorang kenalan dalam FB. Kenalan aku ni memang bisnes jual kek dan dia memang expert bab baking ni. Macam-macam resepi dia share dalam FB dia. Sangat best bila jadi seperti dia. Thanks Kak Aimi =)

RESEPI KEK OREN:


  • Bahan-bahannya:-


  1. 200 gram tepung gandum
  2. 180 gram mentega (tapi aku guna Marjerin Daisy)
  3. 160 gram gula halus
  4. 4 biji telur
  5. 1 biji limau (ambil jus dan parutan kulitnya)
  6. 1/2 sudu besar ovelatte
  7. 1 sudu baking powder
  8. Sedikit soda bikarbonat
  9. Pewarna oren



  • Cara membuat:-


  1. Pecahkan telur-asingkan putih daripada kuning dalam mangkuk berlainan
  2. Dalam mangkuk A, pukul putih telur hingga kembang/ringan
  3. Dalam mangkuk B, pukul gula bersama mentega. Masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  4. Masukkan pula tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat- kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan putih telur dari mangkuk A bersama-sama dengan jus oren dan ovelatte. Pukul sehingga sebati dan masukkan parutan kulit limau bersama dengan pewarna.
  6. Bakar pada suhu 150-160 darjah Celcius selama 1 jam.




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

REUNION (PART 2)...

Assalamualaikum readers.

Ini gambar pertama semasa reunion yang lepas yang dapat aku post kan. Gambar yang masih dalam proses penyuntingan. Harap maklum. =)



SAHABAT untuk selamanya,
PERSAHABATAN bukan dinilai daripada rupa paras, darjat, pangkat, kedudukan, warna kulit, taraf pendidikan, sebaliknya ia dinilai dari segi kejujuran, keikhlasan, setia kawan dan yang penting persefahaman.



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, March 29, 2012

SENYUM TAK PERLU KATA APA APA...

Malam Jumaat yang dingin dan damai ini, 
Tersenyum aku sendiri melihat gelagat awak, kamu, dan dia.
Menjadi stalker memang hobi aku, 
Cukuplah sekadar aku memerhati dari jauh, 
Menjadi pemerhati kebahagiaan mereka.

Aku tak mampu membahagiakan awak, kamu dan dia,
Mungkin ada yang lain dapat memberikan kebahagiaan itu,
Hanya doa mampu ku titipkan,
Semoga kebahagiaan kamu menjadi kebahagiaan bagiku jua.

MOOD: Jiwa kacau~ ='(


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, March 28, 2012

REUNION (PART 1)...

Assalamualaikum readers...

Hari ini, tanggal 25 MAC 2012, aku tersangat happy walaupun beberapa hari sebelum hari kejadian, aku tersangat risau dan takut. Risau kalau benda yang dirancang tak mendapat sambutan, takut sebab dah lama tak jumpa kawan-kawan sekolah rendah. Lama tak lamalah dalam 10 tahun kitorang tak jumpa.

Akhirnya, pada tanggal 24 Mac 2012, satu reunion telah diadakan untuk batch 1997-2002 SK Pelabuhan Klang bertempat di Bagan Villa Resort, Bagan Lalang, Sepang. Reunion ni dah lama dirancang tapi macam-macam masalah bila tiba masa untuk diadakan. So, tak sangka impian jadi kenyataan. =)

Bagan Villa Resort, Bagan Lalang, Sepang merupakan tempat penginapan yang sangat budget bagi para pelajar seperti kitorang ni. Harga bilik sangat berpatutan disamping dengan kemudahan lain yang disediakan. Untuk bilik yang berharga RM80 semalam, dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, bilik mandi dan tandas, katil queen size yang boleh menempatkan 4 orang dalam satu bilik, memang sangat berpatutan. 












Kedudukan chalet yang sangat berdekatan dengan laut dan Golden Palm Tree Sepang memang sangat strategik  disamping memberikan panorama yang indah di waktu matahari terbit dan terbenam. Aktiviti pantai dan riadah juga boleh dilakukan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan kerana keadaan pantainya yang landai dan pasir yang halus sangat mengasyikkan.



Terima kasih kepada pengerusi program yang telah bersusah payah menyediakan macam-macam kemudahan untuk kami. Terima kasih sebab merealisasikan impian aku dan terima kasih sebab menjadi sahabat terbaik yang sporting. Terima kasih Muhamad Helmy, jasamu ku kenang selalu. =)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, March 23, 2012

205 TAHUN PDRM...

Assalamualaikum readers. Apa khabar hari ni? Selamat hari Jumaat, semoga semuanya baik-baik saja sayang. =)

Semalam sejarah, hari ini realiti, esok fantasi. Hahaha!! Ignore saja perumpamaan tu. Actually, just nak cakap...



Selamat Menyambut Hari Penubuhan Polis ke-205 Tahun!



I'm proud with PDRM. Aku sangat berbangga kerana moyangku, datukku, dan juga pakcik ku seorang anggota polis, walaupun kini, mereka sudah tiada di dunia ni lagi.

 Sebelum lahirnya mana-mana pasukan keselamatan, polis terlebih dahulu memulakan perjuangan menjaga keamanan di negara ini. Malah, polis merupakan satu pasukan yang penting bagi sesebuah negara selain daripada askar/tentera. Justeru, sewajarnyalah Hari Penubuhan Polis ini disambut pada 25 Mac ini sebagai menghargai dan mengingati jasa dan perjuangan polis selama ini.

*KALAU arwah moyang, datuk dan pakcik aku masih ada, aku nak cakap dekat diorang yang aku sayang dekat diorang dan bangga dengan kerjaya diorang walaupun polis zaman dulu jauh beza dengan polis zaman sekarang. =) 



Dari Hati Nuraniku,
fara,,