Akhirnya, pada tanggal 24 Mac 2012, satu reunion telah diadakan untuk batch 1997-2002 SK Pelabuhan Klang bertempat di Bagan Villa Resort, Bagan Lalang, Sepang. Reunion ni dah lama dirancang tapi macam-macam masalah bila tiba masa untuk diadakan. So, tak sangka impian jadi kenyataan. =)


Kedudukan chalet yang sangat berdekatan dengan laut dan Golden Palm Tree Sepang memang sangat strategik disamping memberikan panorama yang indah di waktu matahari terbit dan terbenam. Aktiviti pantai dan riadah juga boleh dilakukan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan kerana keadaan pantainya yang landai dan pasir yang halus sangat mengasyikkan.
Terima kasih kepada pengerusi program yang telah bersusah payah menyediakan macam-macam kemudahan untuk kami. Terima kasih sebab merealisasikan impian aku dan terima kasih sebab menjadi sahabat terbaik yang sporting. Terima kasih Muhamad Helmy, jasamu ku kenang selalu. =)
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
No comments:
Post a Comment