NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, March 22, 2012

BOLEH PERCAYAKAH???

Assalamualaikum readers.

Hari ni tetiba aku rasa nak update pasal life. Bukan life aku tapi pasal kehidupan zaman sekarang ni. Pernah tak korang terfikir, orang yang korang nampak baik, sopan, hormat orang tua tapi sebenarnya hanya pura-pura? Itulah hakikatnya zaman sekarang ni. Susah kita nak cari orang yang betul-betul jujur dan ikhlas menghormati orang lain dan dalam hati tu berniat baik saja. Tengok muka memang baik tapi belum tentu hatinya juga baikkan? Kalau dalam bahasa kasarnya, syaitan bertopengkan manusia. 

That is what I mean. Apa yang kita lihat tak sama seperti apa yang tersirat. Contohnya, depan parents kita, si dia sangatlah bersopan santun umpama pijak semut pun tak mati. Lepas tu, dalam Facebook siap post something yang berkaitan dengan agama, ala-ala Islamic gitu. Manalah hati wanita tak terpaut dan jatuh sukakan bila dapat lelaki macam tu. Tapi, bila dah kenal lama, dah tahu hati budi masing-masing, goshhhhh! Jauh panggang dari api rupanya si jejaka ini. Sangat tidak menggambarkan dirinya yang Islamic dalam laman sosial itu. 

What to do? Bila hati dah sayang, telan saja walaupun pahit. Then, lepas nikah kahwin semua, jadilah pula kes cerai-berai. Masa bercinta dulu tak nak cerai awal-awal, bila dah ada anak sorang dua, barulah sibuk kata tak ada persefahamanlah, lelaki kaki pukullah, kaki perempuanlah, itulah inilah. Lumrah hidup dalam dunia serba moden dan canggih sekarang ni. Semakin meningkat kes perceraian di Malaysia dari sehari ke sehari. Inilah yang aku takut sangat bila orang sibuk bercakap pasal nikah kahwin ni. 

Kalau aku, aku mahu perkahwinan yang aku bina kekal bahagia sampai aku mati dan seterusnya, suami aku tu jadi pendamping aku di Syurga kelak. Tapi, disebabkan banyak sangat kes-kes perceraian sekarang ni, aku jadi takut nak fikir pasal hidup berkeluarga. Sangat tidak suka kalau ditinggalkan oleh orang yang kita sayang tambahan pula dengan status Mak Jan! Oh mennn! Tak eh aku menjanda, lebih baik single terus jer =)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

No comments: