NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, April 25, 2009

25 APRIL....



::Kampus Legenda Education Group::


::Kediaman Pelajar::

Tanggal 25 April 2009 ni genap sudah setahun aku melanjutkan pelajaran di Legenda Education Group. Selama setahun di sini, banyak pahit-manis, suka-duka yang aku tempuhi. Kenangan-kenangan semasa sesi orientasi setahun yang lalu masih segar dalam ingatanku. Betapa aku merindui detik-detik ketika itu. Saat kita di Port Dickson, menikmati hari yang indah dan nyaman di tepi pantai Selat Melaka. Teman-teman yang satu orientasi denganku dulu, masing-masing sudah buat hal sendiri. Hanya segelintir sahaja yang masih keep in touch. Walau apa pun, we're still friends. Sem yang akan datang, insya allah aku akan memasuki H1, macam-macam perasaan ada sekarang ni. Takut juga nak masuk H1 ni, senior-senior cakap HND ni susah, dah tak leh nak enjoy-enjoy lagi, assignment banyak, tak macam foundation (tahun honeymoon). Apa-apa pun, doakan kejayaan aku di sini. Bukan lama pun lagi, 2 tahun jer lagi aku nak graduate. Lepas jer graduate, aku nak jadi pegawai tentera. Biarlah apa orang nak cakap, kalao tak ada lelaki yang nak kat perempuan yang kasar macam aku ni pun, aku tak hairan. WHO CARE!!!

Monday, April 20, 2009

RESEPI HARI INI...


::kurma ayam::


::udang goreng::
Hari ni aku xde class. Actually for the whole week coz this week is EXAM WEEK. Hmmm..exam hah..aku dah ready ke? Account aku dah ready yg lain2 tu entah lar. Mcm xde feeling jer nak exam ni coz otak aku dh ada kt kg. Aku nak blk Perak 1 Mei ni ngan family aku. Rindu gler kt Menaraku yang Condong tu, kt sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang and the most important thing is missing my grandma. Dah 5 bln tak blk kg...huhuhhu..

Right, lets back ok. Aku nak cter tentang HARI INI. Dah agak lama gak r aku tak masuk dapur (memasak), asyik masak kt kedai jer kan. So, pagi ni aku pun merajinkan kakitanganku untuk memasak. Aku malas nak masak ni bkn apa, kalo aku masak mesti aku banyak makan. Tapi kalo bdk2 umah aku yg masak, aku x mkn pn. Tu yg pelik tu, aku ni dlm proses diet...hehehehe..Bila aku buka bekas beras, alangkah terkezutnye aku bila tgk bekas tu dh kosong. Aku relax jer. Aku masak kurma ayam then aku gi kedai beli beras, gula, ikan, udang. etc. Sampai umah, aku continue masak. Aku masak nasi and goreng udang (aku letak something yg membuatkan udang ni best). Kalo korang ada baca post aku yg about masak2 tu, aku ada cter about udang ni. Udang ni mmg favourite aku and kalo blk JB pun mummuy mesti suruh aku masak udang ni...heheheh..sedap lar tu kan. Udang ni mmg pedas sbb aku letak byk cili api...hahahah..favourite aku. Kalo nak tau cmne rasanye, mai lar umah chek..heheheh..adios!!

Saturday, April 18, 2009

MINGGU INI DALAM SEJARAH...


::tiket wayang JANGAN TEGUR::


::BUBUN si hamster::

This week (11-18 April 09), banyak benda happened. Contohnya arini (11 April) aku keluar sorg2 g JJ Seremban tgk wayang and jalan2. Huh, sedih jer tgk org lain jln ngan family, ngan couple, aku alone jer. Sampai JJ kul 1, aku terus g beli tiket wayang. Aku nak tgk 2 movie sekali tp masa tak sesuai lar. So, aku beli 1 tiket utk citer JANGAN TEGUR....hahahahaha..macam seram jer. Tapi actually, tak seram sgt. Seram lagi JANGAN PANDANG BELAKANG. Masa tgk cter ni aku dok sebelah lelaki, dia pun dtg sorg2 gak sebab masa mkn kat CFK td pun aku dok meja sebelah dia (jodoh agaknya). So, aku pun layan r cter tu. Orang2 lain kat sebelah, depan, belakang aku semua menjerit. Aku ngan mamat yg kat sebelah aku tu bleh ketawa jer sepanjang tgk cter tu. Kelakar kot. Aku pun tak tau nape. Pelik bin Ajaib. Org bleh menjerit sampai kuar anak tekak, aku ngan dia bleh ketawa terbahak-bahak. Ish..ish..ish..

Abis jer tgk cter tu, aku g shopping. Aku beli baju utk aku, angan and dekdek. Aku mmg suka belikan adik2 aku baju. Don't know why, maybe b'coz kitorg ni girls so aku senang wat pilihan. Abis beratus gak lar duit aku bila total makan+minum+wayang+shopping. Masa tgh jalan2 tu ternampak lar Feat and family. Actually Feat dah bg tau yg dia OTW g JJ tp kitorg x janji pun nk jumpa. So bila dah jumpa tu, rasa happy sgt2. Sebabnya kitorg mmgdh lama tak jumpa, setahun lebih kot. Mak ayah dia pun knl parent aku. Aku blk kolej kul 7 naik bas kolej and sampai hostel kul 8 p.m. Huh, penat.

Arini (14 April), aku beli ikan laga. Colour biru and merah. So cute. aku bosan. Nak bela binatang lain leceh sbb tu aku bela ikan, senang and mudah. Lagi pun, insya allah ikan2 tu akan berzikir utk aku. Esoknya (15 April), Zureen plak beli hamster....hahahahah..tak lama lg umah ni akan jd zoo. Abis tu kitorg nak wat apa lg, TV xde kat umah ni. BF pun xde nak ajak g dating. So, abiskan masa dgn haiwan peliharaan jelar. Nama hamster tu BUBUN...hahahah..

Arini (16 April) plak ada teater. Actually teater ni start ari selasa lepas tp baru arini aku berkesempatan meluangkan masa yg terlapang tu. Aku g tgk ngan Fyza and Zureen. Tiket kitorg beli kat Hadi, kwn Fyza a.k.a housemate Luqman. Best gak lar teater ni walaupun students kolej ni gak yg brlakon. Tajuk teater ni APO KONO EH JANG...hahahahah..mmg kena r ngan tempat aku ni, Nogori 9. Teater start kul 9 p.m. and abis dlm kul 10 lebih. Boleh dikatakan sepanjang tgk teater ni mmg tak kering r gusi aku ketawa. Pelakon2nya mmg happening r. Gua tabik r u all.

Arini (18 April) kitorg stay kat umah jer. Tak kuar g mne2 pun sebabnye nk siapkan assignment Pengajian Islam...hahahhaha..last minute pnye keje. Next week dh kne submit, pastu nak exam lg, mmg giler r aku dibuatnye. Minggu ni pun aku byk stress, kepala always sakit, bdn lemah2, lenguh2, mmg tension giler r. Pape pun, aku dah kembali sewel spt sedia kala...hahahahah..thanks to my beloved fish coz make me happy..

Wednesday, April 8, 2009

8 APRIL....

Hari ini, genap sudah 8 tahun kepulangan bapa saudaraku ke rahmatullah. Pejamcelik-pejamcelik 8 tahun sudah berlalu. Namun, kisah 8 tahun yang sudah masih segar dalam ingatanku. Tidak mungkin aku dapat melupakan tanggal 8 April 2001. Sehari sebelum kematian bapa saudaraku, aku sempat berbual-bual dengannya. Tapi, keesokan harinya dia pergi meninggalkan kami semua. Tamatlah sudah penderitaan bapa saudaraku selama 10 tahun daripada menghidap penyakit buah pinggang. Dalam keterpaksaan, kami merelakan pemergianmu kerana tidak sanggup melihat kau menderita. 10 tahun kau hidup dalam derita, sengsara. Hospital telah menjadi rumah keduamu malah, beberapa tahun sebelum pemergianmu, HKL menjadi kediaman utamamu. Berulang-alik kami ke sana melawatmu namun akhirnya kau pergi jua. Setelah 8 tahun berlalu, kehilanganmu masih terasa. Kalau suatu masa dahulu kaulah bapa saudara yang rapat denganku, yang menyayangiku kini, kau tiada lagi.

Hari ini juga, hari ulangtahun kelahiran ibu saudaraku yang ke 32 tahun. Di usia yang sudah menjangkau 30 tahun, dia masih bersendirian tanpa teman hidup. Maksu, kudoakan kau bertemu dengan teman hidup yang boleh membahagiakan dirimu. Jika masih tiada lelaki yang sesuai untukmu, jangan risau. Anakmu ini akan menjagamu di usia tuamu kelak kerana kau pernah menjagaku sewaktu kecilku.

Sunday, April 5, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA....


::D'village Resort, Ayer Keroh, Melaka::


::Bilik aku and angah::


::Bilik 207::


::Replika alatan tradisional & kebesaran Melayu::

Arini cek nak story skit pasai weekend cek. Hang pa nak tau tak, cek balik JB ari jumaat sudah (3/4/09). Cek naik bas dari Seremban and sampai JB dalam pukoi 6.30 p.m. Sampai kat JB cam biasa r, bapak cek yang mai amik. Dua jam before cek sampai dia dah dok tunggu cek kat Larkin tu. Cian bapak cek, awat dia mai awai sangat. Btw, sayang u lebih lar daddy. Malamnye plak, ada Sambutan Maulidur Rasul kat kompleks kediaman cek. Ada pertandingan bercerita, azan, dll bagi kanak2 skola. Huh, mcm2 style azan ada cek dengaq. Kelakar sungguh lar bdk2 ni. Tapi cek sempoi ja pi surau tu pakai track suit and t-shirt. Time tu cek baru blk dari bank, tak dan nak salin2 baju ni. Cek pun tak masuk surau tu, cek dok kat bawah khemah and main ngan anak2 kecil yang baru pandai b'jln, so cute (daripada cek pi dok dlm surau ngan golongan2 yang suka buat cter hot and cold tu, baik cek main kejar2 and jaga ank org, lagi syok).

Keesokan harinya (4/4/09), baru lar sambutan besaq2 dibuat. Kali ni kitorang berarak dari gate besaq and pusing dua blok kat belakang. Berpeluh gak lar pagi2 tu. Cek ngan kebaya and heel sempoi ja jln. Dah lar belakang cek group2 kompang, tak mcm pekak plak telinga cek ni. After the perarakan, ada jamuan pagi. Macam2 kuih ada tapi cek tak makan pun, diet (poyo jer). Cek pekena ayaq oren ja. Then ada berzanji. Bapak cek berzanji skali. Fuh, tak macam bersemangatkan bapak cek, bape hari dah dia dok practice berzanji tu, akhirnya sampai gak hari yang dinanti..hehhehhehe...Lepas acara ni ada ceramah and once again makan2. Kali ni cek kena makan coz lauk dia best. Makan nasi minyak, ada daging lembu, kambing, ayam, dalca and so on. Cek makan tak banyak mana pun, hilang selera tgk betina yang cek benci makan kt tepi cek. Rasa macam nak ludah blk makanan tu kat depan muka dia..WTF...

Petangnye plak, cek and parents cek pi Muar, tgk my little sis. Miss her so much. She's the pampered girl in this family. Lepas tgk dia, kitorang gerak pi Ayer Keroh, tunggu adik cek yang sorang lagi tu plak. Dia nak pi amik anugerah SPM malam ni kat Seri Negeri. Lepas amik dia, kitorang pi check in hotel. Firstly, pi Seri Malaysia tapi dah sold out so kitorang pi MITC plak. Kat sana ada hotel yang bangunan tinggi2 tu tapi hotel tu pun sold out. So, kitorang pi plak D'village Resort kat tepi dataran Ayer Keroh tu. Wah, first time tgk resort ni macam tak ada benda jer. Tapi bila dah dapat kunci bilik macam tak percaya jer. Bilik besaq, gabungan 2 bilik, ada 2 bilik mandi, katil bujang 2, katil besaq 1, TV, fridge and so on. Bilik ni dah lar besaq, malam ni plak cek kena tinggal sorang2, parents cek pi ikut adik cek. Huh, cek pun apa lagi, lepas ja mandi cek on TV kuat2, on laptop, and wat assignment account. Ada ja bunyi apa2 kat luaq cek wat bodoh ja...huhuhuhuu..Dalam pukoi 10.30 p.m. diorang pun balik. Huh, lega. Cek pi bilik cek bawak laptop and tidoq. Penat gila arini.

Arini plak (5/4/09) cek ngan family cek nak pi Shah Alam plak, nak hantaq adik cek tu lar. Before that kitorang pi breakfast dulu kat kafe resort tu. Hmmm...not bad. Kafe kat tepi swimming pool, so dapat lar cuci2 mata skit (hahahaha...just joke). Breakfast pagi ni kitorang dijamu dengan nasi lemak, kuey tiaw goreng, roti, telur rebus, sosej goreng, dll. Selera plak pagi ni cek makan. Mesti r selera, mata dah 'bersih'..hahahahah. After the breakfast, cek and adik cek pi bergambaq. Memang gila gambaq kitorang ni. Amik gambaq kt dalam and luaq chalet...hahahaha..posing maut gak lar. Dalam pukoi 9 lebih kitorang gerak pi Shah Alam. Kat Shah Alam nothing interesting coz smua bdk2 UiTM, bosan lar. Cek gerak balik JB pukoi 1 p.m. Cek singgah lagi kat Muar tgk adik cek tu. Rindu kat dia sebab dia yang paling rapat ngan cek. Maklum lar, yang tengah tu dok asrama dari form 1-5 and now continue study lagi. So, memang tak rapat macam yg kecik tu. That all for today, cek dah ngantuk, nak pi tidoq. Esok nak balik Nogori 9 plak. Ponat eden...

Wednesday, April 1, 2009

MISS MY SCHOOLS....


::Ain, Fatin, Fatin, Ain::


::Fatin and Feat @Cameron::


::Farah and Fatin @ KLCC::

Arini aku nak story and share about my schools. Aku ada banyak skola start dari tadika sampai lar abis skola menengah. Firstly masa umo aku 5 tahun parents aku sent aku kt Tadika Kemas. Tadika tu dekat dalam kawasan kampung, tak jauh dari umah aku lar. Masa aku jejakkan kaki kt tadika tu, aku rasa pelik jer. Budak2 lain tu aku tgk mcm selekeh jer. Bukan aku nak kutuk tapi dari cara diorang pakai and what so ever lar mmg selekeh pada pandangan aku. Lepas 3 hari kt tadika tu, aku cakap ngan mummy tak nak skola kt situ lagi. My parents pun kuarkan aku dari that tadika.

Setahun after that incident, parents aku masukkan aku kt Pra-sekolah SK Seri Selamat. Kt pra-skola ni aku happy giler. Majoriti bdk2nye anak cikgu and kakitangan kerajan. Tak ada lar selekeh mcm yg tut....So, aku menghabiskan pra-skola aku kt this school until the graduation day. That day, aku and member2 aku perform nyanyian and tarian. Best, comey and cute kitorang bila dipakaikan costume bunga yang pelbagai, ada sunflowers, roses, daisy, and hibiscus. Kalo dikenang balik zaman pra-skola dulu memang best. Miss that moment so much.

After pra-skola, aku masuk darjah 1 di skola yg sama. Aku masuk kelas 1 Mawar, kira kelas first lar ni. Dalam kelas tu ada around 35-40 students lar. Aku kawan rapat ngan Farah Dina, dia ni anak cikgu kt skola ni. Now, aku dah lost contact ngan dia since aku tinggalkan skola tu masa standard 2. Aku still ingat bila tiba jer waktu rehat, aku and geng2 aku tak gi makan. Kitorang gi bawah pokok ketapang kt tepi padang skola and main kejar2 ngan group boys. Best sungguh zaman tu, main kejar2 laki-perempuan. I'll find my primary's friends soon. Miss them damn much!!

Masuk standard 3 aku kt SK Pelabuhan Klang. Aku dok dalam kelas 3 Tanjung, the first class. Masa kt skola ni, aku berkawan rapat ngan Nadia, Murnirah, Raja, Fadhillah, Alifah, Dalilah....diorang ni lar member2 aku yang paling hampir pada masa tu. Aku, Dalilah, Raja and Alifah pernah naik basikal and konvoi 1 Port Klang. Time tu memang kitorang bosan tahap gaban r. Kitorang round the world then masuk dalam pasaraya beli minuman. Tak mcm kelakar plak, pada hal gerai makan bersepah kt tepi jln tu..hahahhaha...so sweet..After UPSR, masing2 bawak diri. Ada yang masuk skola STAJ, RZ, and pindah ke tempat lain.

Aku plak meneruskan pelajaran aku kt RZ bersama-sama Dalilah, Fadhillah, Murnirah and Alifah. Skola ni girl school. So, memang tak ada chance lar nak couple2 ni. Kalo ada pun, couple ngan boys yang kt sebelah skola kitorang tu lar, boy school..hhahahaha..Skola and umah aku tak jauh mana pun. Aku slalu gi skola jln kaki ngan Murnirah sebab kitorang dok dlm 1 kompleks. Time tu Murnirah plak jd best friend aku. Tapi bila dalam kelas, best friend aku ramai-Fatin, Zawin, Aisyah, Ain, Rozaira, Sahza, and Hidaya (Murnirah dok kelas lain). Apa2 jer kitorang ber8 mesti 1 group. Bila tiba bulan Syawal, kitorang wat 'konvoi' ber8 jln2 kt umah sesama kitorang. Memang best lar, mula2 naik komuter, then naik kete daddy aku hantar, pastu naik bas and balik umah masing2..hahahaha..memang penat sebab kitorang merayap dari Port Klang sampai ke Klang. Tapi, happy life aku kt sini tak lama sebab aku kena pindah lg.

Aku meneruskan pelajaran yang tak abis lagi ni kt SMK Cenderawasih, Kuantan. Aku masuk school ni masa form 2. Kt sini skola campuran. So, aku agak janggal skit sebab dah biasa ngan girl school alih2 pindah masuk skola campur. Bukan aku tak biasa tapi mcm pelik skit. Zaman primary school dulu tak apa lar kalo campur pun tapi bila dah secondary school bercampur tu yang jadi lain tu. Tiba2 jer wujud 1 perasaan yang agak indah sebab ramai member2 laki...hahahah..just joking. Mula2 tu member2 aku smua ckp yang aku ni sombong sebab muka aku ni kerek jer. Nak2 bdk laki, memang diorang anti lar ngan aku ni. Tapi bila diorang dah kenal aku betul2 baru r diorang tau yang aku agak giler skit. Kt sini best friends aku Atiq, Mint, Iffah, Ain, Hazam and D-ya. Aku dah lost contact ngan diorang ni smua. Kalo korang knl diorang, inform lar aku. Aku rindu sgt2 kt diorang. Nak wt reunion balik ngan bdk2 PMR '05.

Apabila naik form 4, aku skola kt SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, JB. Hmmmm...this school kept a lot of memories for me, about my first love, and so on. My best so ever friends here are Bam, Are-10, Ain and Ita. Minggu first jejak kaki kt skola ni, aku dh ada secret admire. He's such a handsome, tall, tough boy. He tried to know me and slalu ada dekat ngan aku. Mula2 aku tak sedar kehadirannya and aku tak sangka dia minat kt aku. Tp oneday tu, dia put something in my bag that made our relationship became serious. So sweeettt....I'm still remember and miss him although we're not mean for each other. Next about memory in Cameron Highland and KL. That was in form 5. Masa tu pun aku ada admire. Dia ni bdk kelas tuttt...mne aku gi, dia mesti ada. Oneday masa kt kebun bunga (I think), aku saje jer suruh dia beli roses utk aku. Aku ckp kt dia, kalo beli 1 bleh dpt i bouquet lg free. Dia pun gi lar beli and dpt 1 bouquet free. 1 bouquet pink roses (my favourite) and another 1 is red roses. So meaningful for me but I just anggap him as my friend, not more than that. Sorry dude. Masa kt KL plak, kitorg kne 'ganggu'. Someone called our room but we don't know who. He not just called our room but other rooms too. Too weird. And 1 of my friend saw something in white across the stair...hahaaha..what was that ha?? Then, we asked the boys to accompany us until 3 a.m. We talked, laughed, until 3 a.m. Next morning we went to KLCC and KL Tower also the Tugu Negara.

Many things I want to share but my finger cramped and I'm tired too. So, wait for my next post...