NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, March 17, 2011

TSUNAMI 2...

Assalamualaikum, salam membaca buat semua readers...hari ni aku nak share pasal artikel yang sangat menarik untuk pedoman kita bersama...semoga menjadi iktibar dan panduan buat kita...wallahu'alam~



Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, March 16, 2011

SELAMAT DATANG SEMESTER BARU...

Happy reading...tanggal 14 Mac 2011 bermulalah semester akhir aku di Kolej Universiti Linton, Mantin...insyAllah kalau tiada aral melintang, dalam bulan 6 atau 7 ni tamatlah pengajianku...semoga semuanya berakhir dengan sempurna... :D

And pada 14 Mac juga aku telah menghadirkan diri untuk kelas memandu yang ke 4 aku...yang membuatkan aku sakit hati, driver dari akademi tu suruh aku standby pukul 7 pagi, tapi yang menyakitkan hati dia datang pukul 8 pagi...memang berapilah aku pagi tu, bila drive dalam litar pun habis jahanam hancur semua...memang tak menjadi apa yang aku buat hari tu...enjin kereta asyik mati bila test dalam litar, kalau dekat jalan raya elok saja (sebab pakai Viva)...at last, aku give up and terus stop drive walaupun still ada 30 minit untuk drive...lantak pi lah..yang penting perut aku dah bernyanyi dangdut, badan aku dah letih berpeluh peluh, macam nak menangis pun ada gak...nasib baik ada mamat tu tolong aku masa nak parking, kalau tak memang aku langgar saja tembok and tiang tu...sakit hati gila...tapi seteruk teruk aku drive, taklah sampai langgar tembok sebab ada sorang student tu siap reverse turun bukit pastu terus langgar tembok...memang seksalahkan cikgu cikgu tu nak angkat balik kereta kancil yang dah 'terbabas' tu...hahahha!! memang kelakar aku tengok perempuan tu drive, ada yang lagi teruk dari aku rupanya...

Lepas habis driving class tu aku balik kolej and register for my last sem...tapi kena tunggu after lunch baru settle semua and balik hostel rehat...benar benar menguji ketahanan mental dan fizikal aku...nasib baik ada member member yang boleh release tension aku tu...thanks B@Rabeka and Mia@Nur Amira :D

Alhamdulillah schedule sem relax saja tapi subjek subjeknya very very tough...maklumlah last sem tapi yang bestnya semua lecturer dalam Malaysia, tak ada seorang pun international...muaahahahaa :)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, March 12, 2011

12 MAC 2011...

Hari ini happy sebabnye cikgu aku sudah menamatkan zaman bujangnya, aku turut berkongsi kegembiraan itu...tahniah Cikgu Nurul...Selamat Pengantin Baru kepada semua yang melangsungkan perkahwinan pada hari ni... :)

Tapi yang lebih menggembirakan aku, mata aku sudah stop berkenyit...kalau tak, dalam masa seminggu ni asyik berkenyit saja...mana taknya, sudah jumpa ubatnya tadi...

Ubatnya ialah.............................................



jeng.....jeng.....jeng....




1. Jumpa Cikgu Rosiah (cikgu kesayangan aku) di R&R Gelang Patah






2. Jumpa Cikgu Nurul Hidayah (cikgu practical yg happening) di hari perkahwinannya






3. Jumpa salah seorang BFF aku, Nurfatehah Raihan


Sudah lama aku tak jumpa mereka sebab tu aku rindu sangat...apa apa pun, aku happy hari ni...

Selepas selesai menghadirkan diri ke majlis Cikgu Nurul, aku pergi pula kenduri dekat dewan kompleks ni, anak jiran aku kahwin daa...walaupun simple tapi tetap meriah dengan kehadiran warga Jabatan Laut Wilayah Selatan dan keluarga...best jugalah walaupun aku asyik membontot mummy saja, tak ada member yg ngam lar dekat sini...so, jadi mak cik mak cik lar dengar diorang berbual...


Seelok saja aku sampai rumah lepas majlis tu, hujan pun turun dengan lebatnya sampai ke senja...memang tahu tahu saja mata aku dah mengantuk+badan yang letih, aku pun menidurkan diri dengan nyenyaknya walau hanya setengah jam cuma... :D


Berarak, mendung kelabu...mengiringi tidurku...Zzz...zzz...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, March 11, 2011

TSUNAMI...




Setelah sekian lama tidak mendengar ungkapan ini, kini ia kembali menjelma menghantui setiap minda di atas muka bumi ini...kejadian yg menimpa Jepun benar benar menyayat hati dan meruntun jiwa...kali terakhir Malaysia dikejutkan dengan bencana Tsunami adalah pada tahun 2004 yg telah meranapkan beberapa buah penempatan pesisir pantai di negeri Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis...kali ini ia datang kembali dan telah meranapkan Jepun, negara matahari terbit, sebuah negara yg maju dan begitu pesat membangun dengan pelbagai kemodenan dan kepelbagaian teknologi...

Marilah sama sama kita berdoa semoga kita semua sentiasa berada dalam pemeliharaanNya dan dijauhkan daripada segala apa yang tidak diingini...kepada mereka yg mempunya sanak saudara di Jepun, bersabarlah kerana ini semua adalah ujian daripada Allah S.W.T.

-Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and other. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan- sebagaimana yg dihebahkan oleh Google...

TSUNAMI = Tuhan Selalu Uji Namun Ada Manusia Ingkar

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, March 10, 2011

HARI YANG BERMAKNA...

Hari hari sangat bermakna buat aku, tapi hari ini sangat sangat sangat bermakna sebab masa aku terisi sepenuhnya dengan berkualiti...waahhhh!! Bahagia ku rasakan hari ni walaupun Tanjung Pelepas dilanda hujan...hujan rahmat...aktiviti hari ini:-

  1. Makan
  2. Kemas rumah
  3. Basuh kain baju
  4. Berkebun
  5. Tidur
  6. Baking
  7. Sewing
  8. Listening and watching
Esok kembali malas...sebab hari ini dah terlebih rajin...tapi yang bermakna sekali adalah baking...kerana aku baking dengan resepi aku sendiri...

  1. Tepung secukup rasa
  2. Gula sesedap hati (aku pakai gula perang organik)
  3. Telur ayam sebiji
  4. Marjerin ikut suka
  5. Sedikit serbuk koko dan nescafe
  6. Baking powder
  7. Asen vanila
At last jadi juga kek aku, kek kurang manis yg sihat untuk kesihatan...lepas ni nak try kek lain pula, maybe fruit cake...huehehehe :)
Nasib baik tukang habiskan kek aku tak balik dari 'tahanan' lagi kalau tak mesti habis dia bedal walaupun dia kata tak sedap...biasalah tu, ayat coverline...kasut yg aku order dulu dah sampai, sungguh excited nak melaram dengan wedges baru and baju baru...can't wait for this Saturday event!!

Jangan lupa memeriahkan Jom Heboh@Danga Bay JB tapi before tu, pergilah Al-Kuliyyah esok petang, lebih berfaedah dan bermanfaat... :D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

TODAY...


Selamat pagi readers...hari ni aku free sebab sudah tiada novel untuk dibaca...almaklumlah, tu adalah hobi dan aktiviti harian aku di waktu cuti ini (cuti lagi walaupun member semua dah masuk kolej)...hari ni sepertinya aku mahu menjadi maid, nak kemas rumah, basuh kain baju, tapi tak nak memasak sebab makan nasi bungkus saja...inilah maid yang paling malas di dunia...masak bila ada mood, mengemas and membasuh 2 hari sekali, nasib baik rumah ni tak ada budak budak so tak adalah bersepah sana sini...hmm...lagi satu, aku rasa aku nak berkebun hari ni...kesian dekat pokok bunga yang dah kelayuan tu (memang pemalas)...encik alif pun cakap waktu cuti ni aku asyik makan tidur saja...so untuk menyedapkan hati semua pihak, biarlah aku jadi maid sepenuh masa hari ni...next week dah nak balik kolej dah, tak ada masa nak mengemas membasuh and berkebun lagi...sebab dekat sana seminggu 2 kali saja buat semua tu (orang bujanglah katakan)...weehehehe :D

Apa apa pun, aku sudah berjaya menghabiskan 2 buah novel dalam masa 5 hari...before this seminggu nak habiskan 1 novel sebabnya aku demam...tapi memang syok layan novel, terasa bagai diriku ini watak utama and tak pasal pasal asyik nak emo saja...mesti nak gaduh saja dengan encik alif, sorrylah...terover emo sebab baca novel tu...

Lepas ni nak beli novel MAID and Pilihan Mama pula (jangan pilihan mummy, seram...tak nak kahwin dengan pilihan keluarga meyhh)...

OK, masa dah time ni...aku nak chowww dulu...wassalam~

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Tuesday, March 8, 2011

3rd PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FIESTA 2011...


Kawan kawan, marilah sama sama kita memeriahkan acara yang bakal diadakan di Putrajaya ini...nampak menarik bukan? So apa tunggu lagi...mai ramai ramai serang Putrajaya... :D

For more info, log on to http://www.myballoonfiesta.com/index.html selamat berhibur~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, March 7, 2011

PUPPY+MONKEY...


Salam you all...tengah buat apa ni? Tiba tiba aku teringat kisah ku ketika zaman hingusan dulu...zaman puppy monkey tu lar kan...korang pun mesti ada story masa zaman tu, yelar zaman yang happy tak ada masalah...bukan macam sekarang ni, macam macam benda kena fikirkan...

Zaman tu memang aku hyper, nk kata tomboy, tak juga tapi memang macam budak lelaki...main guli, gasing, rounders (yg macam baseball tu), panjat sana sini...haishh!! Tapi tak sangka pula dalam lasak lasak tu ada juga hati nak berpuppy monkey tu...bukan nak bercinta sangat cuma admire seseorang (lebih sorang kot)...itu pun kawan kawan sepermainan merangkap anak anak jiran aku...almaklumlah, bila duduk dalam kawasan kuarters, semua jiran kita kenal dan kawan...

Tapi yang tak boleh aku nak lupakan adalah Mr. F dan Mr. N...semoga hidup mereka sekarang ni bahagia dan happy happy selalu..

Apa perasaan korang bila terjumpa balik dengan pakwe lama? Pada aku, aku rasa kelakar sebab masa cinta dulu zaman skolah, masing masing bawah umur lagi...sekarang bila dah jumpa balik, masing masing dah besar panjang, masing masing dah ada life sendiri and yang paling penting penampilan semua dah berubah...tapi bila ingat balik cinta puppy monkey tu, memang sweet sangat, zaman tu masing masing innocent gitu, so tak ada apa apa yang nak dirisaukan, difikirkan...

Apa apa pun cinta monyet, cinta pertama, cinta sejati semuanya berkisar mengenai perasaan...perasaan antara dua jiwa dua hati yang berpadu menjadi satu... :)

WHO LOVES ME???

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, March 6, 2011

TRAILER KONGSI


Korang korang, jom tengok filem KONGSI nak? Bestlah cter ni, LU LANGSI LU MATI...cepat cepat, siapa mahu belanja aku ni? Cikaro cikaro, jom 12 Mei 2011 OK!! Confirm ketawa sampai menangis... :D

  • Sinopsis filem ini:
Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, March 5, 2011

WEBSITE MENARIK...


ANGKATAN TENTERA MALAYSIA kepada sesiapa yang berminat dengan ATM bolehlah melawati laman web rasmi ini...banyak info yang boleh didapati di sini...


UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA kepada yang ingin melanjutkan pengajian dan menjadi pegawai kadet UPNM, bolehlah ke laman ini...dulu aku pernah memohon ke sini tetapi tidak bernasib baik lagi... :(

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

SAMBUTAN HARI TENTERA DARAT KE-78...



Selamat pagi semua...hari ini aku masih di Johor Bahru, ahad depan mungkin aku sudah berada di Legenda Education Group...cepatnye masa berlalu...apa apa pun, selamat kembali ke kolej kawan kawan... :)

Semalam member kolej@buddy wataniah aku (Musfirah) call...dia ajak pergi Dataran Merdeka for the Sambutan Hari tentera Darat tu...rasa macam nak jerit saja...aku dekat Johor, macam mana nak pergi...huaarrggghhhh!! Kalau kalian plan awal awal lagi, mesti aku balik kolej Jumaat petang dan dapatlah tengok angkatan perang kebanggaanku membuat persembahan...tetapi, takdir menentu segalanya, sudah tersurat yang aku tak ada rezeki nak join korang semua...tidak mengapalah, tahun depan masih ada, and hopefully ATM akan membuat acara seumpama ini lagi next year...

Rindu dengan baju loreng, spike boot tapi masa aku terbatas...tak boleh balik kolej dulu...family aku lebih memerlukan aku sekarang ni...next month baru boleh start latihan tempatan semula, insyaallah...so kepada semua rakyat Malaysia, tengok dekat link ini untuk maklumat lanjut berkaitan Sambutan Hari Tentera Darat ke-78 tu, masih ada waktu untuk kalian melawat dan menyertai sambutan tersebut...have fun kepada kawan kawan ku semua, snap picture banyak banyak untuk blog dan kelab kita...chowww!!

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Tuesday, March 1, 2011

GEMBIRA...

"Tak pernah ku rasakan sebahagia ini
Saat ku bertemu dengan pujaan hati... "

Hahahahaaa!! Suka suka!! Hari ni berjumpa juga dengan pujaan hatiku...McDonald!! Terlaksana juga hasrat nak makan Big Mac dengan Spicy Chicken McDeluxe...itu pun terima kasih kepada Encik MARA dan Encik Wataniah yang sanggup memberikan saya wang untuk berbelanja...alhamdulillah, murah rezeki...awal awal bulan rezeki masyukk, walaupun awal awal pagi sudah kena ngadap polis polis dekat IPD Nusajaya...apa apa pun hari ni sangat sangat happy!! Dan disebabkan itu, saya bermurah hati nak sedekahkan senyuman kepada semua orang yang saya jumpa tadi...(kalau sedekah duit tu dekat orang orang tertentu sajalah)...

Apa apa pun, mummy tetap di hati...kerana sayangkan mummy, aku belanja mummy makan walaupun mummy tak suka McD tapi disebabkan anak tunggalnya ni, dia ikutkan jugalah...itu pun drive-thru jer, tak larat dah nak duduk makan dalam McD tu, maklumlah dari pukul 8 pagi dah keluar meronggeng and aku dapat bawa kereta mummy lagi...muaahahahaa (gemuk, nanti aku bawa kamu round JB yer)...ok, ketemu lagi di lain waktu...mahu cuci kereta meyhh kerana terlalu happy ni...wassalam~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,