NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 28, 2011

FLU...

Assalamualaikum...

Dah bersawang blog aku ni...lama dah tak updatekan? Sebenarnya, sejak jadi 'penanam anggur' tegar ni, aku banyak hal kena uruskan...hal yang berkaitan dengan familyku, family come first okey kawan kawan...

Macam biasalah, bila dah stay dekat Shah Alam ni, memang senang nak balik Perak...2 minggu sekali mesti balik sana...tambahan pula sekarang ni musim durian+rambutan+manggis so memang banyaklah buah buahan menanti...dan disebabkan terover makan durian tu, maka terjadilah panas dalam badan mengakibatkan demam sebab kelemahan sistem imunisasi (betul ke?)...entahlah, aku pun tak pasti tapi memang lepas balik dari kampung, 1 family aku tak sihat...flu+fever semuanya bergabung tenaga menjadikan badan semakin lemah...akhirnya, terdamparlah aku di atas katil hostel ni...huhuhu ='(

Itulah akibatnya bila sistem imun lemah, tak dapat nak tahan daripada diserang virus...tapi okey what...penyakit ni tandanya Allah sayangkan kita, dia nak uji sejauh mana kita kuat menghadapi ujianNya...so, keep on smiling...lagipun dah lama tak demam, apa salahnya sekali sekala merasa... =D

.:: Suka balik kampung bila ada 2 orang budak ni ::.
P/S: Nak gerak ke Shah Alam sudah...baibai hostel =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, July 19, 2011

SETEBAL MANA HATI KAMU?...

Hari ni mari kita sama sama menilai sedalam mana ketebalan hati sang pencinta...info ini dikongsi dari Majalah Remaja 15 Julai 2011 (front page: Kamal Adli dan Yana Shamsudin)...jom kita check sama sama~


♥ Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu satunya.

♥ Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli kerana kamu tetap menjadi impiannya.

♥ Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

♥ Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

♥ Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care' dan lain lain lagi walaupun kamu tidak membalas SMS nya kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya - menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "Aku CINTA padamu", tapi berselindung dengan ayat lain menyatakan cinta itu.

♥ Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dilalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya dan saat itu matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

♥ Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu, kesukaannya juga walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

♥ Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

♥ Kalau kamu melihat telefon bimbitnya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar peti simpanan mesej si dia. Dia masih menyimpan SMS SMS daripada kamu walaupun ia kamu kirim berbulan bulan atau bertahun tahun yang lalu.

♥ Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain, dia sentiasa memilih terus bersama kamu.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, July 16, 2011

BERJALAN LAGI...

Assalamualaikum...

Sorry lambat update...lately ni malas sebenarnya nak online, sebab mood membaca novel membara bara...ditambah pula dengan aktiviti harian - makan, minum, tidur, jalan...inilah rutin seorang 'penanam anggur' yang 'rajin' seperti aku...hehehee =)

15 JULAI 2011

Hari Jumaat lepas, aku melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang yang telah lama aku tinggalkan, gamaknya dah 7 tahun kot aku tinggalkan Klang ni...alhamdulillah, akhirnya kembali jua ke sini...dok lepak lepak dan breakfast di HTAR yang aku rasakan sangatlah berpatutan harganya...macam tak percaya makan nasi impit+kuah kacang and lodeh+teh ais dan nasi putih+rendang ayam+teh o ais hanya berharga RM7.40...berpatutan what sebab makanan yang aku ambil tu bukannya sikit, banyak jugalah dan kenyang...sedap pun sedap juga...walaupun kantin ni dah lama sebab dulu aku suka makan tom  yam dekat sini (abang yang masak tu comel), tapi harganya berpatutan dan makanan sedap, dibandingkan dengan kantin baru dekat blok Klinik Pakar tu...bangunan HTAR ni semakin berkembang...makin banyak bangunan baru, dan facilities lain lagi sampaikan aku pun dah lupa lokasi lokasi yang selalu aku 'lawat' dulu...



Okey, habis cerita tentang HTAR...waktu lunch kitorang pergi Jusco Bukit Tinggi...lokasi utama - Popular Bookstore...dan semestinya novel yang aku cari...walaupun novel ni dah setahun di pasaran, tapi aku beli sebab ceritanya menarik dan harganya ada diskaun (kepada pemegang kad Popular sahaja)...untung tu kalau dapat diskaun 20% untuk setiap buku yang terpilih...dan masa tengah merayau tu, ternampak pula DVD Harry Potter and the Deathly Hallows part 1...tak sedar pula DVD tu dah keluar sebab dah lama aku tak melawat mall dan Popular ni...selalunya aku beli DVD dekat Popular dab DVD yang aku beli tu HARUSLAH yang aku minat - THE TWILIGHT SAGA SERIES...tapi memandangkan HP ni dah episod last, so aku kena simpan koleksi akhir ni...tak kiralah dah keluar dalam cinema, dah tengok berpuluh kali sekali pun, kalau dah ada DVD ni, sampai bila bila aku boleh simpan dan tengok...tapi tak dapat beli lagi, elaun dari FAMA tak masuk lagi, kena tunggu hujung bulan... ='(



16 JULAI 2011

Hari ni pula melawat U.M...pusinglah satu U.M. tu fetch adik aku then pusing the Bangsar (what the?)...pusing bermakna = jalan jalan menggunakan kereta, pusing pusing masuk semua jalan yang ada sampai minyak habis (tapi minyak tak habis habis pun)...cadang nak ke Mid Valley bawa mak aku cuci mata, last last tak kesampaian...pilu hati, dah lama tak tawaf Mid Valley sebenarnya so agak terkilan bila tak jadi pergi...finally, balik Shah Alam, makan makan dekat Ayam Penyet Seksyen 18...actually bukan makan tapi melantak, memang full meja tu dengan makanan dan akulah yang menjadi 'tong sampah'nya...best bukan menjadi 'penanam anggur' sepenuh masa ni, perut sentiasa full... =D




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, July 12, 2011

TAKZIAH...

Assalamualaikum...

Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita akan pulang...begitulah lumrah kehidupan makhluk atas muka bumi ciptaan Ilahi ini...

Subuh tadi, datuk saudaraku meninggal dunia...agak terkilan rasa di hati kerana sewaktu aku duduk di Mantin selalu sangat pergi Port Dickson tapi langsung tak pernah nak singgah rumah atok aku tu...bukan aku tak nak pergi, tapi segan sebab pergi sana dengan member member...lainlah kalau aku yang drive...tapi memang aku terkilan bila dah jadi macam ni...apa apa pun, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh, amiinnn...

Aku dan family ku akan bertolak ke PD pagi ni untuk menziarahi jenazah dan melihatnya buat kali terakhir... ='(

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, July 11, 2011

BALIK KAMPUNG...

Assalamualaikum...

Suka, suka, suka...last Friday, aku ngan family aku (my mom, my sis, and my aunt) went to Perak Darul Ridzuan...biasalah, "itik, balik kampung" =) ngeee...setelah beberapa bulan tak balik sana, rindu akan tanah air tercinta tempat tumpahnya darah ibuku melahirkanku...

Kampung mummy terletak berseberang dengan Pasir Salak...manakala kampung my dad terletak di Sg. Manik (jelapang padi Hilir Perak), Teluk Intan...best dapat jumpa sanak saudara, pak cik mak cik, anak saudara dan juga nenek aku...setelah menjadi 'penanam anggur', aku akan selalu pulang ke kampung tercinta kelak...


.:: Gambar kucing kesayangan saudara aku dan anak saudara aku yg pertama, Nur Fatin ::.


Orang lain dok sibuk sibuk dengan perhimpunan BERSIH tapi aku sibuk balik kampung sehari sebelum hari kejadian itu...sebabnya kami tak nak terlibat dengan sebarang masalah kalau berada di Shah Alam tu, nak keluar rumah mesti jalan sesak, dan kompem kompem polis akan buat banyak road block...

Apa apa pun, puas dapat balik Perak...di kampung semua pakcik makcik aku sibuk buat rumah banglo...masing masing renovate rumah untuk raya tahun ni...aku tak sabar pula nak balik raya nanti...hueehehee  =D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,