Salam tengah hari buat semua..hari ini merupakan hari kedua akhir sebelum aku berangkat pulang ke J.B. esok..semalam, aku telah ke Mid Valley untuk bertemu dengan Aha..dia tak jadi datang kolej jadi kami berempat (Aca, Sha, Fyza dan aku-Zureen balik J.B.) telah turun ke sana untuk memudahkan acara 'reunion' tersebut..sebenarnya aku memang nak keluar sebab nak cari buku dan pergi tengok Adnan Sempit..memandangkan semuanya free petang semalam jadi kami pun bergerak ke Mid menaiki KTM Komuter..
Aha sampai lewat sedikit jadi aku dan Fyza terpaksa masuk panggung dulu kerana Adnan Sempit sudah menanti kami di dalam pawagam..Aca dan Sha menunggu Aha di stesen Komuter tetapi Sha terpaksa bergerak ke KLCC kerana ada hal lain di sana..jadinya, Aca dan Aha pun masuk panggung berdua saja menonton cerita The Rock yang tough tu (Tooth Fairy)..
Selesai movie Adnan Sempit yang agak kelakaq tu sampai aku nak terkencing-kencing lepas keluar panggung tu, aku dan fyza pun jalan-jalan cuci mata..tapi matlamat dan tujuan aku masih belum sempurna..aku terus ke MPH dekat sebelah Secret Recipe tu..aku cari buku-buku yang aku mahu dan akhirnya aku ketemu..walaupun buku ini tidak setebal novel-novel yang aku selalu beli, tetapi isi dan makna yang tersirat di dalamnya amat tinggi nilainya..selepas membayar harga buku-buku tersebut, kami ke tingkat bawah sekali kerana aku nak cari kedai yang ada jual barang-barang berkonsepkan Hello Kitty..tapi yang aku jumpa semuanya tak menarik..yang ada pun cuma payung Hello Kitty tapi aku sudah ada payung..kalau aku beli mesti membazir..jadi, aku tak beli apa-apa pun barang Hello Kitty dekat sana..
After sudah penat jalan-jalan tu, aku dan Fyza ke Memory Lane untuk mencari hadiah birthday Sha..dapatlah 2 jenis barang ni..wlaupun tak seberapa tapi aku rasa barang tu comel dan sesuai dengan Sha..hehehe
Then kitorang ke Secret Recipe nak duduk makan-makan dan lepak-lepak dengan Aha..itulah salah satu tujuan aku datang ke mari..kitorang pun makan-makan dan borak-borak dalam sejam camtu then, Aha faraidkan hadiah-hadia dekat kitorang..happy sangat-sangat sebab Aha belikan study lamp Hello Kitty untuk aku dan satu lagi barang yang berkonsepkan Hello Kitty..very-very the cute mehh..pink lagi, comel, cantik sangat-sangat..thanks Aha..nanti I belikan present birthday You pula OK..
.::Antara barangan berkonsepkan Hello Kitty yang aku dapat dari Aha::.
Lepas penat ketawa, borak-borak, kitorang pun apalagi..terus ke acara terakhir yang semestinya wajib dilakukan apabila keluar..tangkap gambarlah beb..aku pun tak tahu berapa banyak gambar yang diambil sebab diorang ni (Aha dan Aca) asyik tak puas hati saja dengan gambar-gambar mereka..bila aku sudah penat menunggu mereka beraksi, aku pun ambillah gambar sendiri..hahahah..kesian kau Farah..
Lastly, kitorang pulang ke kolej hampir pukul 9 malam..time tu tren memang penuh sesak dengan orang..penat juga dok berhimpit masa dalam tren tu..tapi aku tak terasa penat sangat sebab aku boleh membaca..orang lain semua aku tangok berpeluh-peluh, bersesak-sesak tapi aku relax saja..boleh membaca dengan tenang dan aman sekali..
Penat sudah jari jemariku menaip..akhir kata, sampai di sini dahulu entry aku buat kali ini..kalau ada kesempatan, aku akan menulis lagi di J.B. nanti..salam..have fun semua..
(Gambar-gambar dekat Mid masih dalam kamera Aha, aku tak boleh upload lagi)
your sincerely,
fara,,