NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, January 26, 2011

MASA...

Salam readers...cepat sungguh masa berlalu, dan kerana masa, aku menjadi takut...aku takut kehilangan orang orang yang aku sayang...

"Aku tahu kamu sayangkan aku, aku tahu kamu risaukan aku, tapi aku pun nak hidup gembira macam orang lain...bukan aku tak tahu semua tu, aku tahu semua tu, aku faham semua tu...tapi susah untuk aku menjadi seperti yang kamu harapkan...mungkin oneday nanti aku akan menjadi seperti apa yang kamu mahukan...and please!! Jangan cakap pasal mati, aku tak sedia lagi untuk menghadapi sebarang perpisahan...cukuplah air mata aku sudah banyak terbuang dulu...aku sayang kamu gemuk!! Aku doakan kamu selamat walau kat mana kamu berada.." :'(

Kerana masa juga aku dipisahkan dari adikku selama beberapa tahun sejak dia di Tingkatan 1...tapi itu semua untuk kebaikan dia, untuk masa depan dia...apa apa pun, adik adik aku segalanya untuk aku...tak mungkin aku boleh dapat adik lain seperti mereka...aku tak nak berpisah dari adik adikku lagi...cepatlah masa berjalan supaya adikku dapat pulang ke Malaysia dengan selamatnya... :'(

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, January 25, 2011

3 TAHUN...

Salam readers...korang sihat tak arini (dari segi mental & fizikal)..? Aku tak sihat mental lar arini disebabkan seorang lecturer yg korang pun boleh tau siapakan..? Memang tension saja dengan dia ni, dah lar group aku datang awal-awal pagi before 9 a.m. just only for the presentation because we don't have any class for this week, exam maaa...btw, presentation sepatutnya start pukul 9 a.m., tapi korang pun tahulah kalau dah janji Melayu tu, almost 10 a.m. baru kitorang start..and daripada 2 jam kelas yang asal terus menjadi 4 jam...dengan tak breakfastnye, tak cukup tidurnya, macam mana aku tak hangin, pukul 1 lebih baru dia lepaskan kitorang balik...benda tu boleh jer settle awal tapi dia ni banyal soal pulak, menyirap jer masing masing...hopefully next sem dia TAKKAN mengajar we all lagi, boleh gila dibuatnya...

Berbalik pada story yang aku nak story ni, ianya tentang saat saat manis bergelar pelajar, teman serumah, teman sekuliah, teman 1 course, teman berjalan, teman tidur, teman suka, teman duka - segalanya tentang mereka...almost 3 years aku di sini (Legenda Group of Education), bermacam macam ragam telah aku temui...tapi, mereka ini masih setia di sisiku, aku sayang korang double triple OK!!

Cerita dimulakan dengan CHE NURAZUREEN KHAZMI...(14 November)


  • Berdarah Johor + Terengganu
  • Anak bongsu dari 2 beradik
  • Sangat suka makanan pedas (sama macam aku)
  • Sangat suka akan kucing (aku tak suka)
  • Tidak suka akan strawberry (tapi aku suka)
  • Sudah berpunya~ :D
Seterusnya ialah NUR AFIZA AB. RAHMAN...(17 September)


  • Berdarah Kelantan tulen
  • Anak sulung daripada 4 beradik
  • Suka makanan pedas tapi tidak terlalu obses
  • Suka akan Nightmare :)
  • Tidak suka akan susu (semua jenis susu kot)
  • Masih single available~ :D

Ini baru cerita tentang kembar aku @3M@3A@3Z...banyak sangat nama yg diberi...seterusnya tentang teman serumah aku yg banyak sangat memberi kejutan dan kegembiraan sepanjang 3 tahun perkenalan kami...

Pertama: SITI AISYAH RAMLI...(30 January)


  • Berdarah Johor+Melaka
  • Anak bongsu daripada 3 beradik
  • Bakal menggenggam HND in Electrical & Electronic Engineering
  • Pandai mengambil hati
  • Tidak suka/takut akan kucing (macam aku)
  • Suka makanan yg pedas walaupun perutnya selalu sakit

Kedua: NURFATIMAH FARHA MOHD. GHOUSE...(18 February)


  • Berdarah campuran dan berasal dari Penang
  • Anak sulung daripada 5 beradik
  • Bakal Doktor (MBBS) dari Xi'an University, China
  • Suka memberi kejutan
  • Suka colour pink (dulu dulu, sekarang not sure)
  • Tidak tahan dengan makanan yg pedas
Terakhir: NATASHA HANUM ZAINUDIN...(24 Oktober)


  • Berdarah campuran, berasal dari Selangor
  • Anak kedua daripada 3 beradik
  • Bakal menggenggam HND in Civil Engineering
  • Suka memasak (especially baking)
  • Suka membela haiwan peliharaan seperti Cora & Alisa
  • Tidak suka makan petai (sama macam aku)

Selama tiga tahun bersama mereka di SI03-04_ _ (kecuali Aha@Farha), banyak yg telah kami lalui bersama, suka duka semuanya dikongsi bersama...dan masa masa bersama kalian tidak mungkin dapat dilupakan kerana korang lar kawan, sahabat, teman, yang sukar dicari ganti...semoga persahabatan kita terus mekar dan kekal selamanya...







Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, January 24, 2011

MATA PANDA...


Mata panda!!!
Ini bukan iklan Garnier tapi ini hakikat...
Aku tak tidur sebab menyiapkan assignments...
Selama ini kalau aku tak tidur sebab aku merayap, overnight...
Hebat gak ek, tak pernah aku jadi macam ni...

Kepada ibuku: "Mummy, orang tak tidur semalaman, kasihan tau"...
Kepada 'awak': "Mesti lenakan awak tidur semalam? :( "...
Kepada rakan-rakanku: "Sem depan kita overnight lagi untuk yang terakhir kali"...
Kepada readers: "Jom solat subuh!!!"...

SELAMAT PAGI SEMUA!!!
Mulakan harimu dengan senyuman, bukan kemurungan... :D

.: Mood aku sekarang: NAK TIDUR macam panda tu!! :.

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, January 22, 2011

21 TAHUN...


Salam membaca readers...semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...hari ni aku nak countdown menuju ke usia 21 tahun (12 hari lagi)...wow!!! macam x percaya seyy, rasanya baru semalam aku berlari lari di Lumut, bermandi manda dan berkejaran di Teluk Batik dengan ibu, bapa, dan adik adikku...ketika itu, aku masih kanak kanak, masih tidak tahu menahu serba serbi tentang hidup..apa yang aku tahu, keseronokan bersama keluarga bermain di playground dan mandi laut (tu memang hobi masa kecik kecik dulu)...

Tapi kini, semuanya telah berubah...aku bakal menginjak ke usia 21 tahun...usia kebebasan bagi kebanyakan remaja (kebebasan dari segi apa pun aku tak tahulah)...bagi aku, pada usia 21 tahun ini, banyak yang aku ingin kecapi seperti :-

  1. Graduate dengan pointer 3.5 ke atas (insya allah)
  2. Mendapat lesen P yang sudah lama tertangguh
  3. Mendapat pekerjaan yang sesuai, halal, dan dekat dengan family aku
  4. Berkumpul bersama mummy, daddy, angah, dan amy (aku rindu korang sangat3)
  5. Holiday ke Indonesia/Singapore/Thailand bersama family ku (tapi aku kena siapkan passport dulu)
Tiada apa yang dapat membahagiakan aku melainkan keluarga aku...kerana merekalah aku masih di sini, kerana merekalah aku masih bertahan, dan kerana merekalah aku menjadi manusia...walaupun luaran aku kasar, sombong tapi hati aku tetap lembut...aku tetap sayangkan adik adikku...walaupun dulu dulu aku selalu bergaduh, bertumbuk, bertekak dengan mereka tapi aku kan kakak, so aku sayang koranglah gedikkk!!!

Gemuk: cepat cepat balik Malaysia, belikan aku Hello Kitty banyak banyak dekat sana OK...
Dekdek: cepat cepat hitamkan muka di PLKN tu supaya aku boleh panggil kamu HITAM!! :D

p/s: sayangilah keluarga korang walaupun korang sudah ber'couple' sebab sebelum korang kenal dengan couple korang tu, family koranglah yang sentiasa di sisi korang...jangan menyesal tak sudah pula bila mereka sudah tiada kelak...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, January 20, 2011

CHOCOLATE FAIR 2011...




Welcoma back readers...hari ni aku nak update tentang chocolate fair yang aku lawat beberapa minggu lepas (7-9 January 2011)...I tell you all, memang rambang tekak bila aku masuk dalam fair tu, macam nak makan semua coklat dekat situ...best sangat, harga pun berpatutan kalau korang pergi hari last fair tu...aku dapatlah memborong beberapa jenis coklat untuk puaskan nafsu anak tekak aku ni...dan kalau korang nak tahu, kebanyakan coklat dalam fair tu adalah produk Malaysia dan rasanya pun masih sedap walaupun bukan diimport...tapi ada juga beberapa produk dari Rusia, dan beberapa negara luar lain...but, untuk coklat Rusia, aku tak payah beli sebab nanti adik aku boleh belikan dekat sana banyak banyak...hahahha!!! "Macam mana tak gemuk kalau dah hari hari makan coklat", itu kata mummy aku...tapi aku tak kisah sebab coklat memang sedapppppp tip toppp!!


Lepas merayap di sekitar Mid Valley Megamall tu, main bowling, makan, tengok movie (Damping Malam), aku dengan Fyza merayap pula ke KL Sentral mencuci mata sebelum ke Times Square (main bowling lagi) dan Low Yatt (dating)...fuhhh!!! memang penat seharian jalan jalan ronda KL tapi tak apa, janji aku happy dan tak kacau boyfriend orang (apa kena mengena?) sebabnya aku pun pergi jumpa intan payung buah hati aku...so tak payah nak kacau laki orang lain..bhahahaha :)

Dah lama aku tak merayap macam ni, kalau balik JB tak dapat merayap macam ni sebab bandarnya tak besar, dan tak ada monorail, LRT, mahupun Komuter...poor JB...lepas ni kalau dapat pindah balik ke Klang, senanglah aku nak cari kerja dekat KL ataupun Shah Alam...senang aku nak berkepit dengan mummy hari hari... :)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, January 12, 2011

HARI KEDUA...


Hari ni masih lagi tiada sebarang tanda tanda positif..
Aku akan terus bersabar dan menanti saat itu tiba..

:'(

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, January 11, 2011

MALAM INI...

Assalamualaikum. Hey readers, welcome back!! Aku tak tahulah kenapa malam ni rajin pula nak buat assignment small business tu. Padahal semalam bukan main malas nak buka assignment brief tu. Malam ni aku rasa bersemangat waja nak siapkan assignment tu, bukan apa sebabnya aku ada plan untuk hujung minggu ni (tu pun kalau jadilah). Apa apa pun mata aku masih lagi sakit dan tak boleh nak mengadap lappy ni lama lama sebab nanti makin berair dan kelabu jadinya sebab tu aku malas nak online dan mengupdate blog ni. So blog aku semakin kelam dan berhabuk kulapuk bagai.

Badan ni macam nak demam pun ada sebab tekak dah sakit, kepala pun tingtong kadang kadang. Tapi aku tahan juga sebab ada Si Cora yang gedik tu. Suka melayan dia, geli geli dengan dia. Nanti dia mulalah buat muka mengada sombong dia tu pastu datang balik kat aku minta manja manja geli geli. Haishhh!! Tak tahulah kenapa aku senang dan sayang dengan Cora ni. Kalau kucing lain, nak pegang pun aku tak nak apatah lagi nak tidur sekali. Tapi Cora tak lama dekat sini sebab dia kena balik Shah Alam semula ikut puan dia balik. Namun Cora tetap dihati sampai bila bila. :)

Okeyhh..jom sambung buat assignment Mr. Sukumar. Esok nak mengadap Mr. Belacan pula maklumlah tadi aku skip kelas dia. :D


Dari Hati Nuraniku,fara,,

HARI PERTAMA...

.: Aksi aksi Cora :.

Hari ni baru hari pertama,,aku akan cuba bertahan selagi boleh, aku akan kuatkan semangat dan hatiku supaya aku tak mudah mengalah dan menangis,,aku tahu aku banyak kekurangan, aku tak cukup sempurna untuknya tapi andai aku miliknya, aku akan setia disisinya,,walaupun kehadiranku seperti tak diendahkan, aku mesti tetap bertahan dan bersabar,,

Aku tidak keseorangan selagi Cora ada disisiku,,biarlah dia tidak boleh berkata kata namun, dia mengerti perasaan aku,,dia memahami diri aku, dia sentiasa disisi menemaniku,,apabila aku memerlukannya, mesti dia akan datang dan menggembirakanku dengan telatahnya,,thanks sayanggg,,kamulah satu satunya kucing yang aku sayang sebab aku tak suka akan kucing,,

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, January 9, 2011

HATI...

Dear diary,,
Aku tak tahu kenapa mata ni tak boleh nak tidur, padahal tadi mata ni dah sakit sakit, merah merah, mengantuk nak tidur..tiba tiba hati aku terasa sakit sangat sangat seperti ditusuk sembilu, rasa pedih sampaikan aku tak boleh menahan air mata daripada terus mengalir..oh hati, kenapa waktu waktu seperti ni baru nak sakit? Kenapa mesti setiap malam kau menangis meratapi nasib dirimu? Kenapa? Kenapa setiap kali jadi begini? Aku tak tahu di mana silapnya.........

:'(

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, January 4, 2011

RESAH KERINDUAN

First entry for this year,,
best layan lagu ni,,memang sesuai sangat,,



Dari Hati Nuraniku,fara,,