NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, February 28, 2011

CSI vs J.B...



Hah!! Ni update rush punya...story ni tak tahulah lama ke baru tapi yang pasti aku tetap nak story gak...kepada sesiapa yang mempunyai Astro+FANatik Justin Bieber tu, jangan lupa menyaksikan J.B. malam esok di saluran 701-AXN (kalau tak silap aku, dia botak dalam citer ni)...dia berlakon dalam CSI season 11...cepat sungguh CSI ni, tak sangka dah masuk season 11...terasa seperti baru semalam aku tengok citer ni...memang masa kecil dulu aku minat nak jadi pakar forensik...tapi disebabkan masalah teknikal, terbantut sudah cita cita aku tu...hai lah nasib, hai lah badan...tak ada rezeki, nak buat camno...

OK...apa apa pun jangan lupa menyaksikan CSI kegilaan aku tu pukul 10 p.m. 1 Mac 2011 di channel 701-AXN...chowwoo!!

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

GAGAH DAN SETIA....

"Gagah dan setia,
Tabah dan perkasa,
Itulah cogankata,
Tentera Darat Malaysia..."


Selamat menyambut ulangtahun ke-78 kepada Angkatan Tentera Darat Malaysia...sempena meraikan ulangtahun tersebut, ATM akan mengadakan pameran dan sambutan hari angkatan tentera yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 4, 5, & 6 Mac 2011...bersempena dengan sambutan tersebut, ATM berharap agar lebih ramai lagi muda mudi menyertai angkatan ini demi mempertahankan tanah air tercinta disamping memantapkan lagi sistem pertahanan negara...dengan bertemakan Satu Angkatan Tetap Gagah dan Tetap Setia, ia bertujuan untuk mendekatkan lagi ATM dengan rakyat disamping merakyatkan ATM itu sendiri selaras dengan matlamat Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan...semoga ATM akan terus gagah dan setia mempertahankan bumi Malaysia yang tercinta...


Aku berbangga menjadi salah seorang daripada anggota Rejimen Askar Wataniah...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

KAHWIN, KAHWIN...

Selamat pagi semua...hari ni kita story tentang kahwin ek...bukan cheq ni dah gatai nak kahwin tapi setiap minggu ada saja jemputan ke majlis perkahwinan yang family aku terima...so, kita kenalah memenuhi undangan orangkan...aku pun dengan muka tak tahu malu pergilah makan nasi minyak tu...nak tunggu nasi minyak sendiri memang taklah kan...aku suka tengok pelamin dan baju pengantin jer kalau pergi majlis orang ni...lepas tu sekarang ni masing masing sibuk dengan tema contohnya macam jiran aku yang kahwin 2 hari lepas...dia guna tema hitam+merah, menariklah juga tapi aku tak suka merah...aku suka pink+silver or pink+white, glamor nyahh...

So, macam biasalah...dah adat di negeri Johor ni kalau kahwin mesti dapat telur pindang, yang color coklat tu ada rempah ratus kat dalamnya (direbus dengan rempah ratus)...telur ni sedap sebab ada rempah ratus tu so aku tak muntah kalau makan...tapi hanya putihnya sajalah...kalau telur rebus lain memang aku tak makan, telur goreng pun aku tak boleh terima...bukan memilih tapi tekak aku memang tak boleh terima, mesti nak muntah balik kalau makan...

So arini aku nak story pasal telur rebus...kalau dekat negeri lain di Malaysia ni, telur rebus akan diberikan setiap kali ada majlis perkahwinan...tapi di negeri Johor ni, telur pindang akan diberikan...telur ni memang sedap dan baik untuk kesihatan tapi boleh ke dimasak dengan masakan lain? Kalau di Perak (kalau family aku buat kenduri kahwin), telur rebus yang berlebihan tu kami masih boleh gunakan untuk memasak...contohnya nenek aku akan masak sambal telur, kalau dapat dekat mummy aku pula dia masak kari telur...memang makan telur saja lepas kenduri tu...tapi aku? Aku tak makanlah, aku makan sambal and kuah tu without telur...tulah kegunaan telur rebus yang berlebihan tu, tapi kalau telur pindang ni, aku tak tahulah pula nak masak apa...so, terpaksalah aku makan dengan kicap dan lada sulah sebagai breakfast untuk minggu ni...hishh!! Sihat aku hari hari makan protein ni, lepas tu nak tambah sihat makan dengan CalsiYum strawberry+grape, fuhhh!! Memang sihat, minggu depan masuk kelas jangan terkejut tengok aku yang dah makin chuby ni...hahahha :D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, February 27, 2011

DOKTOR CINTA+DOKTOR MAKAN...

"Kerana aku Doktor Cinta, membuat dia tergoda,
Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata..."

Hah!! Amacam, tertarik menarik tak ungkapan tu? Inilah ungkapan yang tertulis dalam novel Doktor Cinta nukilan cousin aku Farah Adila...fuhhh!! Memang menyentuh kalbu menusuk sanubari cerita ni...menangis aku baca tau tak...walaupun memakan masa yang lama selama 8 hari untuk aku habiskan pembacaanku, kira sesuailah dengan muka surat sebanyak 823 tu kan...tambahan pula aku demam, sebab tu lambat macam kura kura aku baca...apa apa pun aku bagi 4.5 bintang untuk novel ni...lepas ni buat Doktor lain pula yer Dyadila...hehehehe... :D

Memandangkan next week dah balik kolej untuk menyambung pengajian yang tertunggak tu, so dalam minggu ni aku kena keluar meronggeng...minggu lepas demam, alhamdulillah minggu ni dah sihat 100% walaupun hanya makan ubat tanpa ke hospital...bosan cium bau hospital tu, dah jemu...jadinya, aku mencari kenalan yang ingin meronggeng sama sama dengan aku minggu ni...plus aku pun rindu mengidam nak makan McD sampai termimpi mimpi dapat makan BigMac, Double Cheeseburger, and Spicy Chicken McDeluxe...nyamm nyamm nyamm...dah dua hari sebenarnya aku merengek minta kat mummy tapi dua hari tu jugalah ada kenduri and kena makan nasi minyak...so tak dapatlah makan McD...sedih.. :'(


Nanti dah dapat meronggeng, memang aku qada' semua yang aku kempunan tu...before this nak makan ikan terubuk, dah dapat dah...siap dimasak asam pedas lagi...nak makan nasi impit+kuah kacang pun dah dapat semalam, nenek saudara aku yang masak...cuti semester bermakna hari makan makan untuk aku, memang susah nak diet...huaahahaha :D

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Saturday, February 19, 2011

HARI SABTU INI...

Good morning you all...arini you all buat apa? Aku ikut mummy aku pergi office arini, tengah hari nanti nak pergi shopping jap...hueehehee :)

Actually, aku baru baik dari demam...3 hari jugalah aku demam kan, cover balik 3 hari 2 malam 'bercuti' kat hostel aritu...maybe sebab penat kot, ulang alik JB-Seremban saja, berjalan tengah panas, berjemur, hostel aku tu kan letaknya jauh di 'pedalaman'...penat kot jalan laju di tengah panas terik semata mata nak elak dari diganggu anjing dan mat gagak dalam kolej tu...gerun kot kalau kena kacau dengan anasir anasir tersebut...sebabnya aku dah pernah mengalaminya before this, nasib saja time tu aku dah letih kalau tak memang aku terajang habis mat gagak tu, kuang ajaq kacau aku...

Hari dah 19hb February, esok pula Aha akan berangkat semula ke Xi'an, China...tak lama lagi pula dah masuk bulan Mac yang bermakna akan bermulalah semester akhir aku di Kumpulan Pendidikan Legenda...tak sabar rasanya nak masuk kolej, terasa rindu pula nak tidur dalam kelas tu...waakakakaa :D

Oleh itu, marilah kita sama sama countdown yer kawan kawan...countdown untuk kembali belajar dan mengajar...kita ajar lecturer kita macam Mr. Belacan dululah...555!! Esok nak pergi Kluang lagi, balik kampung (perasan!! ko tu orang Perak tulen, jangan berangan nak jadi orang Johor...ada aku kisah?)...macam biasalah, melawat adik aku yang dah hitam kat dalam 'tahanan' tu (good job dek dek!!)...555!! :D

OK, aku nak sambung berdating dengan Doktor Cinta yang dah tertangguh kerana aku demam aritu...wassalam~

P/S: 555 tu maksudnya HaHaHa...dalam bahasa Thai, 5 dipanggil 'Ha'...inilah yang diajar oleh buah hati pencuri jantungku...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, February 15, 2011

I HEART YOU...

Syukur alhamdulillah aku telah selamat mendarat di Larkin Sentral pada jam 2 petang...ketibaanku disambut oleh bonda tercinta, thanks mummy...sampai saja JB ni, terus di bawa ke Kipmart sebab mummy nak beli barang untuk memasak esok (special day for her)...then terus balik PTP sambil ditemani deraian hujan yang sangat lebat...fuhh!! Janganlah banjir lagi, kasihan mereka mereka yang menjadi mangsa banjir beberapa minggu lepas...

OK, back to the story...aku nak story yang aku sudah...................






.............................






............................






............................




jeng...jeng...jeng...










.:Muka kegembiraan setelah dapat apa yg diingini:.

Aku sudah membeli DOKTOR CINTA dan juga DVD ECLIPSE...lega sungguh rasanya sudah dapat apa yang diidamkan...nasib baik aku rajin merayap kat Terminal 1 tadi, kalau tak mesti tak beli punya benda benda tu pada harga yang berpatutan (untuk pemegang kad Popular sahaja) :D

After dah beli kehendak hati ku itu, aku terus pergi kaunter Plusliner sebab tiket aku tak beli lagi...sanggup pergi beli novel and DVD dulu baru tiket bas okehh...sebabnya aku tak risau sangat pasal bas tu, kalau tiket abis, naik kereta api..waakakakaa :)

Untuk pengetahuan yang tak tahu...Plusliner kini sudah beroperasi semula di Terminal 1, so senanglah kalau korang rasa malas nak pergi Terminal 2, naik saja di sini...sudah 3 tahun aku menjadi warga Negeri Sembilan dan 3 tahun jugalah aku menggunakan perkhidmatan Plusliner...memang aku sangat sangat sangat berpuas hati...walaupun ramai yang komen mengatakan seatnya sempit, kecil, tapi pada aku semua itu tak penting...korang nak seat luas luas buat apa? Ingat nak duduk dalam panggung wayang ke? Nanti dalam kubur pun tak luas mana...apa lagi yang korang nak? Harga tiket berpatutan, jadual perjalanan tak pernah tergendala, malahan lebih cepat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat...terima kasih Plusliner...I heart you :D

OK, jom sambung menonton berita...selamat malam, salam maulidur rasul...wassalam~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

3 HARI 2 MALAM...

Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Muhammad S.A.W. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita sempena ulangtahun kelahiran baginda hari ini...Assalamualaikum...

Hari ini berakhirlah sudah 'percutian' 3 hari 2 malam' aku di hostel Linton University College (yg dah ketat kawalan keselamatannya)...sebentar saja lagi, aku akan berangkat ke Johor Bahru...rindu sudah sama rumahku syurgaku walaupun tak seindah syurga Firdaus, tapi di situlah tempat aku menangis, ketawa bersama mummy, daddy dan adik adikku...

Walaupun berseorangan di hostel ni, aku bersyukur kerana sentiasa dalam pemeliharaan Yang Esa...dan aku juga bersyukur kerana tiada sebarang 'gangguan' pun sejak aku pulang ni...rumah atas dah tak bertukang and main tarik tarik kerusi meja lagi... :D

So, apa tunggu lagi...jom berkemas...


Dari Hati Nuraniku,fara,,

Monday, February 14, 2011

14 FEBRUARY...

Salam readers...hari ni 14 February 2011...aku tak berminat nak story pasal Valentine's Day sebab aku memang tak minat benda tu dari dulu lagi...sejarah Valentine's Day tu membuatkan aku benci Valentine's Day!!

Tapi hari ni adalah birthday NUR INDAH kakak yg selalu aku buli...hueehehehhe :)

Hari ini juga tanggal yg tak dapat dilupakan buat keluarga pejuang tanah air sewaktu Perang Dunia ke-2: LEFTENAN ADNAN...pada tanggal ini, Leftenan Adnan telah gugur, rebah buat selamanya demi mempertahankan tanah tumpah darahnya...Al-Fatehah buat allahyarham, perjuangannya tidak akan disia siakan...semangat dan cintanya pada tanah air begitu mendalam demi untuk melihat anak bangsanya dapat menikmati hidup yang aman dan harmoni seperti sekarang...terima kasih buat pejuang pejuang negara!! Jasa kalian tak akan dapat dibalas...

Hari ini juga, aku telah mengambil kelas driving yg ketiga, and kalau diizinkan Allah lagi 2 kelas tamatlah latihan memandu aku sebelum bertemu pakcik pakcik JPJ tu...aiseyy!! Takut pulak bila fikir pasal JPJ...mana taknya, selama ni ada cikgu duduk sebelah bagi arahan, nasihat, teguran tapi nanti ada pakcik JPJ yang akan soksek soksek cakap pastu tanya macam macam...haishh!! Kalau tak jumpa JPJ tak boleh ke? Bagilah pakcik polis ke, askar ke, tak adalah aku takut, gabra nanti... :D

Apa apa pun, aku gembira hari ni sebabnya puas hati dapat tekan minyak laju laju tadi sampaikan cikgu tu cakap, "Amoi, slow slow meh"...sorry Cikgu Phan, saya memang suka main tekan minyak laju laju...ngehhhehehe :)
Hope next time dapat jumpa cikgu lagi, sebab cikgu best! Tak garang walaupun kadang kadang tak faham apa yg cikgu cakap...selama 7 bulan aku berada di Akademi Memandu Nilai ni (tak tahulah bila nak abisnya, sayang sangat nak tinggalkan akademi), inilah first time aku dapat cikgu yg sporting...sampaikan bila aku langgar lampu merah pun dia tak marah sebabnya memang dah tak boleh nak brek (maklumlah laju sangat)...kalau dengan JPJ mesti dah fail kan... :P

Apa apa pun, esok nak pulang ke pangkuan mummy, daddy dan spongebob tercinta...rindu giler bila berjauhan...dua malam tidur tanpa spongebob, memang tak lena malam aku...kepada spongebob, "mucuk tunggu yer, esok sayang balik"


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, February 11, 2011

KAKI NOVEL...

Dengan rasa penuh gembira dan bahagianya...........................




aku dah habis baca Novel LOVIN' YOU!!!




Selalunya, more than a week baru aku habis baca novel atau buku yang aku beli...tapi tak tahu kenapa, bila buka saja novel ni terus tertarik hati nak baca sampai ke pangkal jalan...akhirnya, dalam masa 2 hari saja aku dah abis baca...berkisar tentang percintaan ala ala Boys Over Flower gitu...best! Layan sangat dengan novel ni...lepas ni nantikan....






~DOKTOR CINTA by DYADILA~




Kepada korang yg kaki novel macam aku, lawatlah blog ni......



:D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

TRAVELER 2...

Setelah puas berpusing pusing, melilau lilau di CS, makanya kami kepenatan dan mahu segera pulang...so, aku dengan Fyza hantar Zureen dulu ke hentian bas menuju ke Pasir Gudang...nak dijadikan cerita, kami ni nama saja duduk kat Johor bertahun tahun tapi bab bab naik bas ni memang tak mahir...so berulang alik tawaflah kami dekat area bas bas tu park...sebabnya setiap bas yg menuju ke sesuatu tempat dalam JB ni ada kawasannya tertentu macam Barat, Selatan, blablabla...signboard tu memanglah ada tapi macam tak lengkap and still tak faham kaedahnya, orang yg ada kat area tu memang dok tengok jelah kami main tawaf tawaf kat situ...at last, bas ke PG tu sampai and si Zureen ni pun berlari larilah kejar bas tu...

Lepas dah lambai dia naik bas (macam melambai orang kat KLIA plak), kami berdua plan nak pergi Wisma Persekutuan ambil IC Fyza memandangkan hari masih awal...so, berwalking lar kami dari CS ke Kotaraya sebab aku ingatkan ada short-cut kat area situ untuk ke Wisma...alangkah sakitnya jiwa sebab jaraknya agak jauh dan aku tak nampak pun short-cut yg aku cari...kalau dekat KL tu senang saja boleh jumpa jalan, dekat JB ni susah sangat nak dapat jalan pintas...nak tak nak, kami dengan muka menahan panas, bertenggek tepi jalan menahan teksi...but, 1 teksi pun tak stop padahal tempat tu adalah hentian teksi/bas...kitorang pun gerak ke belakang sikit sebab maybe teksi tu tak nampak kot kitorang bertenggek kat situ...fuhhh!! Nasib baik ada gak pakcik yg baik hati and berhenti ambil kami...bila aku tanya dekat pakcik tu, "Kenapa teksi tak stop pun bila kami tahan?"...dia pun cakaplah yg tempat menunggu teksi dah pindah kat sebelah depan Kotaraya, bukan belakang tu...aiseyyy!! Awat tak habaq awai awai, manalah ceq tau...

So, kami pun selamat sampai ke Wisma dengan tambang RM3.40...nasib baik sempat lagi ambil IC sebab kaunter tu tak tutup lagi (tunggu kitorang lar tu)...hahahah!! PERASAN OK!!! Alhamdulillah si Fyza telah mendapat IC yg dinantikan selama hampir 2 bulan... :)

Memandangkan jam dah pukul 4 lebih, aku ajak Fyza jalan kaki ke Hospital Sultanah Aminah...mula mula tu kitorang ok saja berjalan sebabnya walaupun cuaca panas tapi angin sepoi sepoi bahasa, sejuk saja rasanya...sampai depan JOTIC, tiba tiba macam pelik sebab banyak motor peronda polis lalu, ada tu sempat lagi hon and main mata dengan kitorang...haishh!! Mula mula tu rasa pelik sebabnya polis tu suruh kereta semua berhenti ke tepi jalan, abis tu aku dengan Fyza yg tengah jalan kaki ni kena berhenti jugak ke? Ahhh...peduli apa aku, kitorang tak ganggu lalu lintas pun...jalan jelar dengan muka seposen...tak lama pastu, ada kereta color hitam, mewah, tinted, shining, besar, lalu depan kitorang...hahahaha!! Rupa rupanya Sultan Johor lalulah kawan, on the spot kitorang pun berhenti jalan (hormatlah Sultan nak jalan tu)...then kitorang sambung jalan balik tapi tak lama lepas tu 1 kereta lagi lalu, maybe VVIP from Indonesia sebab ada flag negara tu dekat depan kereta...oh!! Patutlah banyak polis trafik, ingatkan sebab apa tadi...dengan kepenatannya kami berhenti sekejap dekat depan mahkamah tu sebab nak berfikir dulu...

Selepas dah ditambah tolak darab and bahagi, kami decide nak jalan kaki saja ke HSA...sebabnya aku rasa dah alang alang kalau nak naik bas...lagipun kami tak tahu nak naik bas dekat mana...hahaha!! Tambahan pula kalau ambil teksi nanti kena cas ikut meter, mahal!! And memandangkan kami tak pernah jalan jalan dekat JB ni (berjalan kaki), kira OKlah pergi HSA jalan kaki ikut tepi Pantai Lido tu...mula mula jalan memang best sebab angin kuat+kitorang pakai payung (konon puteri lilinlah) and macam dah nampak bangunan hospital...TETAPI...jauh lagi rupanya sebab baru sampai dekat depan Istana Sultan Abu Bakar@Muzium Sultan Abu Bakar...so teruskan usaha OK...

Lepas satu bangunan, jumpa bangunan lain pula iaitu Masjid Sultan Abu Bakar...Next kitorang lalu depan Zoo JB, Kompleks Islam dan Bangunan Mahkamah Syariah...wahh!! Ni baru betul macam pelancong tapi tak bawa beg sandanglah...first time seumur hidup, aku dapat rasa keseronokan berjalan kaki di tepi Pantai Lido menuju ke HSA...walaupun tak berapa nak cantik pemandangannya sebab masih dalam construction, tapi Pantai Lido tetap menarik sebab boleh nampak pemandangan Singapore and dapat bau bayu air laut (bau air masin)...kalau aku suruh korang jalan macam aku ni korang nak tak? Kita jalan kaki dari Danga Bay ke HSA pula next time? Tapi kalau suruh adik aku jalan kaki ni confirm confirm dia tak nak...hahahha!! Best apa jalan kaki, banyak faedah yang korang boleh dapat...antara faedahnya ialah:-

  • Baik untuk kesihatan
  • Jimat duit tambang
  • Dapat melihat pemandangan sekitar JB
  • Dapat tahu tentang tempat tempat menarik sekitar JB
  • Tak payah dok tepi pantai berjemur sebab dah confirm confirm kulit akan terbakar

:D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, February 10, 2011

TRAVELER 1...

Selamat pagi readers...hari ni aku nak story tentang aktiviti holiday aku...maklumlah orang bercuti sebulan ni, kerja tak ada (majikan pun tak nak ambik aku kerja kot), laki tak ada nak dijaga apatah lagi anak...so, kerja aku makan+tidur+online+layan astro (channel 611 tau)...fuhhh!! Disebabkan aktiviti yang tak berfaedah itu, makanya berat badan aku pun sudah bertambah, sampaikan kawan kawan mummy cakap aku dah chubby (memang aku chubby apa sejak dulu)..haish!!

So, nak dijadikan cerita...semalam (9 February 2011), aku bersama twins aku telah merayap+melencong ke City Square, JB...macam biasalahkan kalau dah masuk CS ni tempat pertama yang aku tuju ialah Popular and MPH Bookstores...memang aku suka membaca, dan ruangan yang paling aku minat adalah NOVEL MELAYU (biasalah minah jiwang+leleh)...sebenarnya aku nak beli Novel Doktor Cinta karya cousin aku Dya Dila tu tapi tak launch lagi...so aku cari pula Novel Jiranku Kekasihku and Sepupuku Suamiku, itupun aku tak ketemu...pelik sungguhlah, kedai besar tu pun tak ada novel novel tu? Memang aku curious, tak kan dah tak ada dalam pasaran novel novel tu? Cepatnya sold out...haishh!! Tak apalah, at last aku beli Novel Lovin' You (yang ada muka 2 ekor kucing yang comel tu, tapi aku tak suka kucing pun)...aku beli novel tu pun sebab ada rebat 20%, untung tu...heheheee!!


Lepas dah shopping dalam Popular tu, aku merayap pula ke Action City, tujuannya nak cari items Hello Kitty+cuci cuci mata...tapi terpesong sudah, aku nampak mouse HK yang cute and berlampu lampu so aku grab and pay...kalau dah nampak binatang HK tu, memang susah nak fikir panjang yer kawan kawan...sebelum aku keluar kedai tu, aku nampak JAM HK color PINK, cute sangat...ohh!! Maybe akan dibeli bulan depan atau April nanti (kalau panjang umurlah)...hopefully jam tu tak kan dinaikkan harganya...

Lepas dah penat kaki melangkah, kita isi perut pula yer...rindu dengan keenakan dan kelazatan Prosperity McD...nak double ke single? Aiseyyy, mamat jaga kaunter tu comel+ada ramai pula staf lelaki kat situ, takkan aku nak beli yang double, segan dehh...my water face kena jaga, makan banyak sangat nanti apa diorang cakap...so amik yang single jelar, nanti balik Seremban qada' balik untuk double (kalau stok masih ada)...

Dah kenyang aku makan, barulah minah dua orang tu sampai...pastu terus pergi beli tiket wayang...cerita apa? YOGI BEAR!! hahahah!! Cerita lain tak syiokklah, nanti aku tidur pula kat dalam cinema tu...dah beli tikat, teman diorang pula pergi makan dekat MB, ayam kat sini sedap dan tidak berminyak+salad pun manis...tepat pukul 1.30, gerak ke panggung 3 menonton si beruang yang bijak tapi selfish...overall, cerita Yogi Bear memang layan, aku bagi 3.5 binatanglahkan sebab aku tak menguap pun masa menonton tu...ceritanya pun sekejap jer, kira OKlah...dah penat ketawa sampai tegang urat pipi aku, tibalah masa meninggalkan CS...


(continue dalam TRAVELER 2 untuk mengetahui adventure yang aku lalui)...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, February 8, 2011

THANKS...

Salam readers...lama gak aku menyepi tanpa berita ek (padahal baru seminggu jer)..actually, post arini aku nak ucapkan terima kasih especially kepada Allah Taala kerana memberikan aku peluang untuk terus bernafas atas muka bumi ini untuk yg ke 21 tahunnya tidak seperti kakakku (semoga dikau bersama para solihin), aku juga nak dedicate kepada semua family, sahabat, teman teman dan semua yg mengenali diri ini atas ucapan dan doa kalian sempena ulangtahun kelahiranku yg ke 21 last week...ingatan tulus dan doa daripada kalian lebih bermakna daripada hadiah hadiah yg diberikan...kerana ingatan itu akan kekal dalam memori dan tak mungkin bisa dipadam (melainkan terkena amnesia lar kan)...apa apa pun terima kasih yg tak terhingga kepada mereka yg disenaraikan ini...walaupun jarang bersua muka, tidak pernah bertentang mata dan berborak, korang tetap dalam ingatan...thanks to my darl kerana menjadi orang pertama mengingati birthday ku (Muhamad Alif, sayang kamu)...

  • FAMILY:
1. Dek Dek (Nurhamidah Farhana)
2. Mummy
3. Daddy
4. Gemuk (Nurul Farahin)
5. Elmi Nabilah
6. Nurul Hidayah

  • TEMAN SERUMAH:
7. Nur Afiza
8. Che Nurazureen
9. Siti Aisyah

  • TEMAN KOLEJ:
11. Syarif
12. Khir Othman
13. Kak Farah
14. Kishen Raveentheran
15. Siti Amirah Mahaydin
16. Kak Fath
17. Zharif
18. Nurul Nadiah@Nadot
19. Nur Aleeya
20. Ezni Diyana
21. Mohd. Khairuzzaman@Aman
22. Meor Yasyri
23. Abang Fairul
24. Jazmin Ramli
25. Hafiz
26. Irfan
27. Kak Nazli
28. Marie Amira
29. Abang Wan
30. Musfirah
31. Fara Waedah@Aceh
32. Eskandar Ezra
33. Adam Muhammad
34. Noor Azah
35. Ainatul Mardhiah
36. Farah Nasuha
37. Khamsul
38. Abdul Malik
39. Kak Is
40. Nadiah Hisham
41. Syasha Othman
42. Hillihayatul Ain
43. Norizyani
44. Nur Aqila

  • SMKKSAB (Johor):
45. Fitri Hakim@Feat
46. Fatin Malyssa@Bam
47. Amirah Azali
48. Faizuddin@Oden
49. Fatin Nabihah
50. Farhana Tugiman
51. Adila Zainol
52. Afiqah Milan
53. Norashima Ibrahim
54. Nurfatehah Raihan@Eta
55. Amy Alia
56. Nabila Balkis@Bella
57. Kak Wan Nur Sakinah
58. Haziman Hashim
59. Hafizzuddin
60. Hanif@Anip
61. Azima Ismail
62. Kak Syafiqah Sa'dan

  • SMKC (Kuantan):
63. Iqbal
64. Hidayah Yunus
65. Rafeq
66. Hazrul Ashwad
67. Sharifah Norashiqin
68. Hidayah Ramli
69. Dayana Ahmad
70. Syahir Iman

  • SMKPRZ (Klang):
71. Fatin Nazihah
72. Sahza Izzah

  • SKPK (Port Klang):
73. Siti Alifah Zahirah
74. Khamarul Izham
75. Nik Norol Hafizi
76. Nor Shahidah
77. Siti Aisyah@Sasa Fariesya
78. Mustika@Tyta Ayub
79. Abu Haniffah
80. Azureen Izhar
81. Khairunnisa Radzali
82. Siti Murnira
83. Nazirul Mu'az
84. Atikah Zulkefle
85. Nur Dalilah
86. Heni Ezzawina

  • TEMAN FB & TEMAN RAPAT:
87. Abang Amy
88. Muhammad Nur Basyir@Mat Nor
89. Suara Hati
90. Sulansah@Atai
91. Kak Amira
92. Muhammad Amiry
93. Rynna Alsagoff
94. Nurul Ain Masri
95. Syafiq Azizan
96. Alda Ahmad
97. Haliq
98. Bahrain Rahman
99. Noin
100. Farrizul Fikri
101. Kamal Syafiq
102. Aleeza
103. Tuan Adil
104. Aizat

Thats all for this year...semoga di usia aku yg ke 21 ini, segala cita cita dan harapan aku tercapai..semoga aku dapat grad cepat and dapat lesen memandu cepat cepat (padahal malas gila nak pergi driving class)...okey you all, sekian wassalam~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, February 3, 2011

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN!!!...

Salam readers...hari ini merupakan tanggal bersejarah buat aku kerana 21 tahun yang lalu, aku telah selamat dilahirkan di Hospitel Teluk Intan, Perak oleh seorang wanita yang amat aku sayangi...terima kasih mummy kerana telah melahirkan Yong...aku tahu bukan senang mummy nak lahirkan aku berbanding adik adik ku kerana berat aku yang hampir 4 kg semasa dilahirkan membuatkan mummy menghadapi beberapa masalah...lebih 12 jam mummy menahan sakit sewaktu melahirkan aku...tak dapat ku balas segala jerih perihnya itu walaupun beribu ribu aku belanjakan untuknya...terima kasih mummy...

Sewaktu kelahiranku, daddy tak ada di sisi mummy kerana berkursus/bekerja (aku pun tak sure) di tempat lain dan Pak Cho telah mengiqamatkan aku...tapi, kini sudah 10 tahun Pak Cho meninggalkan aku dan keluargaku...seminggu selepas kelahiranku, mummy dimasukkan ke hospital semula (kalau tak silap akulah) dan disebabkan itu, aku hanya sempat merasai susu ibu selama seminggu sahaja dan aku membesar dengan susu tepung berbeza dengan adik adik ku... :'(

Tapi tak mengapa sebab aku faham, aku tahu masalah mummy ku, aku tahu pengorbanan mummy ku, aku tidak pernah sesekali menyalahkannya kerana pengorbanannya sudah cukup besar buat aku...sejak aku dilahirkan, Pak Cik Alim begitu menyayangiku dan sentiasa mendukung dan bermain denganku, almaklumlah ketika itu dalam keluarga kami hanya ada 2 orang puteri dan setelah kelahiranku, akulah puteri kesayangannya pula...tapi kini, Pak Cik Alim juga telah 12 tahun pergi meninggalkan aku...ahhh!! Kenangan bersama mereka sentiasa menggamit rindu di kalbuku, saat saat terakhir di sisi mereka takkan pernah aku lupakan...

Aku cuba menahan air mata dari menitis tapi aku tak mampu, aku terlalu rindukan mereka..."maafkan Yong Pak Cho, Pak Cik, Yong tak nak kalian terseksa tapi Yong tak boleh berhenti menangis...nanti Yong balik Perak, Yong 'melawat' Pak Cho dengan Pak Cik yer..."

Kepada mummy, terima kasih kerana telah melahirkan aku...terima kasih kerana masih menyayangi aku seperti dahulu...terima kasih kerana telah banyak berkorban untuk anakmu ini...Insya Allah akan ku balas jasamu andai hayat kita masih panjang...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,