"Kerana aku Doktor Cinta, membuat dia tergoda,
Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata..."
Hah!! Amacam, tertarik menarik tak ungkapan tu? Inilah ungkapan yang tertulis dalam novel Doktor Cinta nukilan cousin aku Farah Adila...fuhhh!! Memang menyentuh kalbu menusuk sanubari cerita ni...menangis aku baca tau tak...walaupun memakan masa yang lama selama 8 hari untuk aku habiskan pembacaanku, kira sesuailah dengan muka surat sebanyak 823 tu kan...tambahan pula aku demam, sebab tu lambat macam kura kura aku baca...apa apa pun aku bagi 4.5 bintang untuk novel ni...lepas ni buat Doktor lain pula yer Dyadila...hehehehe... :D
Memandangkan next week dah balik kolej untuk menyambung pengajian yang tertunggak tu, so dalam minggu ni aku kena keluar meronggeng...minggu lepas demam, alhamdulillah minggu ni dah sihat 100% walaupun hanya makan ubat tanpa ke hospital...bosan cium bau hospital tu, dah jemu...jadinya, aku mencari kenalan yang ingin meronggeng sama sama dengan aku minggu ni...plus aku pun rindu mengidam nak makan McD sampai termimpi mimpi dapat makan BigMac, Double Cheeseburger, and Spicy Chicken McDeluxe...nyamm nyamm nyamm...dah dua hari sebenarnya aku merengek minta kat mummy tapi dua hari tu jugalah ada kenduri and kena makan nasi minyak...so tak dapatlah makan McD...sedih.. :'(
Nanti dah dapat meronggeng, memang aku qada' semua yang aku kempunan tu...before this nak makan ikan terubuk, dah dapat dah...siap dimasak asam pedas lagi...nak makan nasi impit+kuah kacang pun dah dapat semalam, nenek saudara aku yang masak...cuti semester bermakna hari makan makan untuk aku, memang susah nak diet...huaahahaha :D
No comments:
Post a Comment