NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 12, 2010

HOBI BARU...

Sebenarnya hobi ni taklah baru sangat sebab sejak sekolah lagi aku memang sudah minat buat benda ni..huehehehe..apa dia?




Mengumpul perfume ataupun dikenali sebagai minyak wangi..(ni sikit saja, dekat JB ada lagi)





Wanita memang disukai kerana kecantikan rupa paras, peribadi, tingkah laku, dan kebijaksanaannya tetapi...apa akan terjadi sekiranya wanita tersebut tidak tahu menjaga kebersihan diri?..kebersihan berhubungkait juga dengan wangian kerana kalau anda tidak mandi pun tetapi sekadar memakai wangian sudah pasti bau itu dapat ditutup..persoalannya berapa lama?..sanggupkah anda sekadar memakai wangian tetapi tidak membersihkan diri?..terdapat seorang jiran aku dekat hostel ni yg sememangnya pengotor..aku pun tak tahulah macam mana orang lain sanggup berkawan dengan dia..nauzubillah..hanya Allah saja yg tahu cara hidup dia..




Oh, tidak!..sudah jauh kau melalut Farah..kau bukan nak cerita hobi baru kau ke tadi?..alah, pasal minyak wangi tu..ooo..ya tak ya juga..back to the point..hobi aku ni disokong oleh mummy aku sebab dialah yg banyak sponsor minyak wangi utk aku..aku tak kisah berapa harga perfume tu asalkan baunye sesuai dengan citarasa aku..tapi yg paling aku suka adalah brand Avon - Women of Earth (tak pernah beli dengan makcik Avon tu OK)..perfume ni aku guna masa form 4 dulu, baunya memang menusuk kalbu..baru-baru ni pula mummy belikan perfume Cosway pula - Musk Blossom, bau yg ni pula agak keras tapi tetap best..boleh dikatakan setiap bulan mesti dapat perfume baru, tapi aku tak guna sangat..hanya certain perfume saja aku guna, yg lain tu kadang-kadang saja dan utk masa-masa tertentu saja..




By the way, member kelas aku ada jual perfume juga tapi aku tak pernah beli lagi..perfume dia jual tu dari Egypt kalau tak silap..baunya pun boleh tahanlah..kalau korang berminat, trylah tanya ownernya..tu pun kalau ada stok lagi.. "Paul, ko jual perfume lagi tak?" hehehehe....

your sincerely,
fara,,

Thursday, April 8, 2010

AKHIRNYA...JB


Alangkah gembira dan tenangnya diri aku setelah selamat sampai di 02-02 Blok F1..setelah sebulan lebih tidak kembali pulang ke pangkuan keluarga..pada korang sebulan tu tidak membawa erti apa-apa tapi pada aku, sebulan tu sudah cukup untuk membuatkan aku hilang mood dan tension duduk di hostel ni..aku lebih suka pulang ke rumahku yg damai, tenang, dan menghijau daripada duduk di hostel ni..lagi pun sejak dua menjak ni aku asyik bersedih dan sakit-sakit saja so mummy suruhlah balik..bila mummy sudah suruh, aku terpaksa balik dalam happy..hahahah..sebab semuanya di sponsor gitu..walaupun hanya 4 hari aku dapat berehat di rumah, itu sudah cukup untuk mengembalikan mood dan semangat aku yg hilang dek kerana seseorang, sesuatu, dan seseumpamanya..layanlah gambar-gambar ini...

1. Pagi-pagi lagi sudah teman mummy pergi florist.



2. Next, kembali ke Bukit Indah-Jusco dan Tesco.

3. Tempat pertama kali aku dan DIA bertemu.

4. Kapal-kapal yg setia menemaniku.

5. Mereka-mereka yg menghiburkan dukaku.



Kalau balik JB, aku lebih suka menghabiskan masa bersama pokok-pokok bunga ku, laut, dan kapal-kapal..aku boleh meluahkan segalanya kepada mereka, aku boleh menangis sepuasnya di hadapan mereka..kerana merekalah yg mengetahui kedukaanku selama 4 tahun ini..kerana merekalah juga yg menjadi saksi kesengsaraanku selama 4 tahun ini..terima kasih pokok-pokok, kapal-kapal dan lautan yg luas terbentang..terima kasih kerana setia bersamaku..sehingga kini, walaupun sudah hampir setahun perpisahan itu, aku masih tidak dapat melupakan DIA..kenapa DIA masih dalam ingatanku, mimpi-mimpiku?..sedangkan DIA sudah berbahagia bersama A**E..aku tidak mahu bermusuh dengan KAU-A**E kerana KAU tidak mengerti kesengsaraan, penderitaan dan pengorbanan aku selama 3 tahun dengannya..jika kau mengerti pasti lebih mudah kerjaku, pasti aku akan dapat hidup dengan tenang, pasti aku dapat melupakannya..tapi tidak mengapa, suatu hari nanti KAU pasti akan mengerti kerana KAU pun akan merasa apa yg aku lalui disebabkan DIA..



your sincerely,
fara,,

Wednesday, April 7, 2010

9 TAHUN...

Beberapa jam saja lagi, tanggal 8 April 2010 bakal menjelma...pada tanggal itu, genaplah sudah 9 tahun pemergian bapa saudaraku..cepat sungguh masa berlalu...aku tidak akan pernah melupakan tanggal itu kerana pedih sangat detik 9 tahun lalu...hanya Allah saja yang tahu perasaan aku...kali terakhir aku berbual dengan bapa saudaraku adalah sehari sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir...ketika itu aku dan ibuku sudah mahu pulang ke Klang kerana keadaan bapa saudaraku sudah semakin pulih...

namun, tidakku sangka keceriaannya dan keramahannya pada hari itu, adalah yang terakhir...keesokkanya, tepat jam 1.45 petang, dia telah pergi, dia telah pergi buat selama-lamanya...dia sudah bebas dari seksa penderitaan sakit buah pinggang yang dihidapinya selama 10 tahun...tapi, dia meninggalkan kesedihan buat aku kerana dialah satu-satunya bapa saudara (adik kandung ayah aku) aku yang masih hidup selepas pemergian pakcik beberapa tahun sebelum itu...namun, dia juga pergi meninggalkan kami, aku tidak pernah lupakan dia dan pakcik...andai aku ada kesempatan, Yasiin akan ku sedekahkan kepada mereka...kerana itulah saja tanda kasih yang dapat aku berikan...jika mahu menziarahi pusara mereka, hanya setahun sekali saja kerana jauh untuk aku lawati...

Pak Co, Pak Cik, kenangan kita sekeluarga berkelah dan bercuti di Teluk Batik, bercuti di Kedah serta Taiping tidak akan Yong lupakan...hanya itulah saja detik-detik manis yang dapat Yong kenang...damailah kalian di sana...anakmu ini sentiasa menghitung hari untuk menemui kalian...

your sincerely,
fara,,

Tuesday, April 6, 2010

AKTIVITI MINGGU NI...

Sepanjang 1-5 April 2010...aku dan teman-teman sibuk dengan aktiviti harian kami..apa lagi semestinya MUKA BUKU...sampaikan assignment pun kami ketepikan..bukan apa, syok sangat layan game dalam muka buku tu...terutama sekali Farmville dan Cafe World...memang gian habislah sampai sanggup bangun awal-awal pagi untuk melihat sama ada makanan di Cafe sudah masak ke belum..yang aku pula sibuk harvest tanamanku...target aku nak capai level 50 then baru aku bersara dari Farmville..huehehehe..yeke? Aku pun tak sure..



Lepas dah puas layan game, barulah timbul keinsafan nak buat assignment..walaupun hanya diberikan 3 tasks, tapi kesemua task ini membuatkan aku makin gila hinggakan tersangap (mengantuk) jer tiap kali tengok soalan tu...tapi nak tak nak, aku kena buat juga sebab isnin kena submit...tapi tiap kali aku mula menaip, idea terus hilang, mood melayang-layang, and at last aku decide nak keluar hari ahad tu pergi nonton wayang...cerita apa? Cerita apa lagi bro, EVOLUSI KL DRIFT...barulah mood and semangat aku datang, nak-nak bila dengar deruman enjin skyline tu semua..fuhhh...memang gua suka, terasa sangat-sangatlah bersemangat and teruja nak meneruskan hidup dengan assignment...hahahahha..



And the day after the next day (hari inilah-6 April) girlfriends aku buat surprise belated birthday party untuk aku dan Sha..memang surprise habis sebab apa? Sebab aku dan Sha dikejutkan pada pukul 7 pagi sedangkan kelas kami pada pukul 10 pagi dan 2 petang..nak tak nak aku bangun juga walaupun mamai sebab diorang dok koir lagu "Happy Birthday!"...really-really surprise..thanks sangat-sangat korang tapi kita kurang sorang lagi gegirl-Farha..walaupun dikau jauh dimata namun tetap dekat dihati kami semua...Miss you sayang.. Sempena party tu, Aca masak spaghetti, Fyza masak agar-agar and Zureen tolong hiaskan rumah dengan belon-belonan..dan kek ditempah khas dari ibu Hanis Zalikha, memang sedap..thanks all!!


OKlah, hangpa layan saja gambar-gambar ni..wassalam..

your sincerely,
fara,,

Thursday, April 1, 2010

BERAKHIRNYA MAC...SELAMAT DATANG APRIL..

"Selamat pagi cikgu" itu kata Upin & Ipin. Hari ini bermulanya hari baru dalam bulan baru iaitu April. Selamat datang 1 April, mesti ramai yg sibuk dok April Fool orangkan? Tak baiklah meraikan April Fool tu sebab...aku pun dah lupalah tapi ada kena mengena dengan Islam juga. OK, berbalik pada bulan Mac yang telah meninggalkan kita semua. Banyak yg telah berlaku dalam bulan ini antaranya Majlis Penubuhan Kolej Universiti Linton (tempat aku menimba ilmu), Latihan Tempatan di Batalion 1 REJ 508 (AW), lawatan ke Melaka dan Putrajaya, dan paling tidak dapat dilupakan adalah pertama kali aku menderma darah (memang dah target start umur 20 kena derma).

Dan pagi tadi aku terjaga apabila tersedar dari mimpiku. Aku termimpikan dia. Dia yg telah lama pergi dari hidup aku. Tapi dalam mimpi itu, dia telah pergi selama-lamanya menyahut seruan Ilahi. Apakah tandanya ini? Aku menangis sakan dalam mimpi itu tapi tak tahulah masa tengah tidur itu aku menangis ke tidak. Ya, aku mengaku yg aku masih tidak dapat melupakannya hingga kini. Segala kenangan bersamanya masih tersemat mekar dalam ingatanku. Hubungan yg kusangka berakhir dijinjang pelamin berakhir di tengah jalan kerana adanya orang ketiga. Namun aku redha Ya Allah. Segalanya telah Kau suratkan untukku. Tetapi mengapa dia masih dalam ingatanku? Kenapa?!!

Apa-apa pun, bulan Mac memang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buat aku sama ada di kem atau di kolej. Aku sangat menghargai Mac tetapi Mac terpaaksa pergi untuk memberi laluan kepada April mengukir kisahnya yg tersendiri. Semoga April ini segalanya akan berjalan dengan lancar kerana banyak aktiviti yg bakal menanti aku. Boleh dikatakan jadual aku April ini agak padat juga. Hari ini aku tak nak membebel lama-lama sebab resume aku 1 apa pun tak siap lagi. So, good luck girl! You can do it! Wassalam....





your sincerely,
fara,,