NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 29, 2010

MARRIED 2010...


Selamat malam readers..malam ni aku agak emo dan tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa melainkan menaip dan terus bermonolog..jangan ditanya kenapa aku jadi begini..okey, seperti yang aku ada cakap dalam entry sebelum sebelum ni, aku nak story tentang majlis perkahwinan cousin aku - Nurul Hidayah yang berlangsung pada 25 Disember lepas..ikutilah rentetan perjalanan majlis tersebut+percutian hujung tahun aku..

23 Disember 2010

Setibanya aku di Kuala Kangsar, Perak setelah meredah perjalanan selama hampir 4 jam dari Nilai, kami sekeluarga dihidangkan dengan makan malam yang lazat yang telah dimasak oleh makcik makcik aku..sangat menyelerakan dan rindu masakan mereka..setelah selesai dengan pentadbiran sendiri, acara berinai kecil pun bermula..hanya terbuka untuk keluarga terdekat dan sanak saudara..best juga sebab sebelum ni abang sepupu aku yang kahwin so tak merasa semua ni..selesai acara tersebut masing masing mengambil posisi dan port tidur yang sesuai..dan tempat aku semestinya bersama pengantin..hehehe..lepas ni tak boleh merasa tidur dengan dia lagi..tapi aku tidur lambat daripada orang lain sebab aku kena pakaikan dia inai dekat kaki tangan dia tu, rabak jugaklah mata aku menahan mengantuk..


24 Disember 2010

Pagi ini kami semua agak sibuk memasak dan merewang apa yang patut sebab lepas solat Jumaat nanti penganti akan diijab kabulkan..bangun bangun jer pagi tu, aku dengan adikku terus terjun sungai, baikkkk punya sejuklah gua cakap lu..hahahha..beku aku dengan adikku dalam sungai tu, tapi memang best sebab dah lama tak jadi badak berendam..dalam setengah jam jugaklah aku berendam pastu mandi bersih bersih dalam bilik mandi and bersiap untuk merebus dan memproses telur..first time kot aku buat kerja tu, sebelum ni pakcik pakcik and abang abang sedara yang buat, kali ni aku pula merasa buat semua tu..memang bestlah time tangan melecur kena kulit telur and air rebus tu..teringat kembali kenangan masa umur aku 4 or 5 tahun macam tu waktu tangan aku melecur kena air panas..memang dah tak macam tanganlah time tu, buruk gila jari jari aku ni, aku yang tengok pun rasa jijik..tapi tak naklah ingat kisah sedih dan sakit tu lagi sebab aku dah cukup sakit dah sekarang ni..

Lepas solat Jumaat, masing masing dah ready nak pergi masjid untuk acara nikah..tapi aku dengan cousins aku tak nak pergi sebab kitorang dah penat dan berlengeh buat kerja tadi..so kitorang pun relax relax jelah duduk bawah bangsal tu..alih alih maksu aku panggil suruh siap siap ikut pengantin tu, memang macam lipas kudunglah masing masing..dengan nak iron baju, tudung apa semua, at last kitorang naik 'teksi' paling last ke masjid tu..itu pun kira nasib baik ada kereta kosong lagi tapi kereta memang banyak cuma driver nak bawa jer tak ada, hanya abang hitam aku tu jelah yang boleh diharap.. (sorry yer En. Saufi..gurau gurau jer)..


Lepas akad nikah, sesi fotografi bagai, kami dihantar pulang dengan 'penerbangan' pertama walaupun kami paling last pergi tadi..hahahah..alhamdulillah dengan 2 kali lafaz mereka sah menjadi pasangan suami isteri..pada sebelah malamnya pula, aku dan cousins aku sibuk packing goody bags untuk diagihkan kepada para tetamu..settle semua kerja tu, aku dan family aku ke Kuala Kangsar dan menginap di Resort Sungai Perak memandangkan rumah mak long aku dipenuhi dengan sanak saudara dan barang barang untuk kenduri esoknya..best, cantik, menarik resort tu..tak sia sia tidur dekat situ..

25 Disember 2010

Hari yang dinantikan, Majlis Persandingan Hidayah-Azlan : Kuala Kangsar, Perak..


26 Disember 2010

Majlis Persandingan Azlan-Hidayah : Teluk Intan, Perak..


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, December 22, 2010

MY CLASS...






Kelas yang bosan :

kelas belacan,
kelas personal life 'dia',
kelas yang ingin aku elak tapi tak boleh,
kelas yang lambat berakhir walaupun hanya 2 jam (macam 2 hari),
kelas yang nonsense,

KELAS MLPL

Bertahan untuk sebulan sahaja lagi..lepas itu go to hell lar subjek ni..
tengoklah muka kawan kawan aku yang merasai apa yang aku rasa..

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, December 21, 2010

HELLO KITTY..

Salam you all..aku update blog ni dalam kelas Marketing Planning, atau juga dikenali sebagai kelas MLPL (mana yang faham tu, tahulah kan)..saja jer update nak show dekat korang pasal Hello Kitty items..comel, cute, cantik, PINK!!! :D


Dekat City Square JB banyak aku dah jumpa items Hello Kitty ni, tapi tak berkesempatan nak bershopping dekat sana..ada saja problem yang membelenggu setiap kali aku nak beli 'mereka'..insyAllah aku akan try beli 'mereka' dalam bulan February 2011 nanti..tu pun kalau plan percutian aku menjadi.. :)

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Monday, December 20, 2010

KU GEMBIRA...

Lagu ni best..first time dengar ingatkan Amy Mastura yg nyanyi tapi sebenarnya Kumpulan Akasia..sedaplah dengar lagu ni, catchy jer..layannnn~



Dari Hati Nuraniku,fara,,

BLOGGER??...


Hye you all, selamat malam..kenapa tak tidur lagi ni?..awal lagi ke?..bukan esok hari bekerja ke?..aku pun esok ada kelas tapi mata masih segar untuk terus celik dan menaip..kalau dekat Johor, dah kompem kompem waktu tidur aku sekarang ni..sebab itulah dipanggil holiday bila pulang ke rumah..

OK, back to our story..blogger?.. Am I a blogger?..mestilah aku seorang blogger sebab aku suka mencorat coret dalam blog aku dan melawat, membaca blog blog lain..kalau tak silap aku sudah hampir 2 tahun aku berkecimpung dalam bidang ni..kalau orang yg bercouple tu mesti nak celebrate bagai anniversary diorang..kalau aku bercinta pula susah sangat nak cukupkan setahun, sebab itulah aku setia bersama blogku ini..di sinilah tempat aku meluahkan rasa, mencurahkan idea, memuntahkan kebencian kepada sesuatu yang aku tak suka..

Asal usul aku mula berblog ni sejak masuk ke kolej..masa tu aku suka membaca blog blog orang lain termasuklah housemate aku sendiri - Fatimah Farha..dia juga seorang blogger yang sangat happening..rindu kamu Aha.. :'(

Then start daripada situ, aku pun mulalah membuka akaun untuk blog aku under google..kenapa tidak wordpress or any other blog site?..aku pun tak tahu, memang dari mula lagi aku dah minat dengan google ni..lepas dah ada account sendiri, aku mula menarikan jari jemariku di atas keyboard menyumbangkan segala yg ada dalam kepala aku time tu..start dari entry pengenalan sehinggalah kepada percintaan, kekecewaan, persahabatan, dan dunia wataniah, aku masih terus bernafas dalam blogku..

Harap harap aku akan terus bersamanya sampai ke anak cucu..fuyooo!! boleh ke sampai ke anak cucu?..dah macam ucapan untuk pengantin baru pula..insyAllah kalau masih diberikan peluang aku akan terus bersamanya..dan mungkin juga suatu hari nanti aku akan membuat cerpen dalam blog aku kerana itu adalah kerjaya aku sewaktu dibangku sekolah dahulu..

Sampai di sini dahulu luahan rasaku..nantikan entry yang akan datang mengenai pengantin baru yang bakal disatukan dalam masa 4 hari sahaja lagi..daaa~wassalam

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, December 19, 2010

PENJAGAAN MUKA...

Hi you alls..!! Hari ni nak story sikit tentang produk penjagaan muka yang aku gunakan..almaklumlah, sejak balik dari kem hari itu, muka aku dah macam pakai mask hitam jer..berbelang belang macam pak belang..so that, aku decide nak kembalikan kecerahannya dengan menggunakan produk Syahirah..alah, yang Farah breep! breep! gunakan tu, tapi sekarang dah ada duta baru kalau tak silap aku..nevermind, just forget it..

Bercerita pasal produk ni, aku suka sangat dengan baunya yang ala ala sesuai gitu..taklah terlalu kuat ataupun 'pelik' macam certain produk yang aku pernah guna dulu..the reasons why I'm choosing this product are:-


Firstly kerana dutanya: Farah AF tu (nama dah sama dah)..
Secondly sebab warna PINK!! yang aku memang gila sangat sangat..
Lastly kerana produk ni Suci dan Segar.. :)


.: Antara rangkaian produk yang aku gunakan :.

.: Susu Pembersih Muka - sesuai digunakan untuk menanggal mekap :.

.: Gel Pengelupasan dan Skrub Muka - menanggalkan sel sel kulit mati dan membersihkan secara mendalam :.

.: Pembersih Muka dan Pembersih Muka UV Cerah - fungsi yang sama untuk membersihkan muka tetapi UV Cerah mempunyai 2 kali pencerahan :.

:. Krim Pelembap Muka, Krim Pencerah SPF30 dan Krim Kecantikan - melembap, mencerahkan kulit dalam masa 5 hari, melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB, dan meratakan warna kulit :.

So far, setelah 2 minggu setia menggunakan Syahirah (sebelum ni susah nak setia dengan sebarang produk kecantikan), dah banyak perubahan yang aku nampak..kulit mukaku kembali cerah sedikit demi sedikit, 'mask' sudah hampir tidak kelihatan..YES!! Hopefully aku dapat kembali kulitku seperti sedia kala before this Krismas sebab aku kena menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan my cousin..so takkanlah aku nak ber'mask' dalam majlis tu nanti, mesti kena gelak jer dengan my cousins and family members yang lain.. :'(

Doakan kejayaanku dalam mengembalikan kulit asalku ek..hahahaha!! What the...OKlah, aku nak bersiap siap dulu, nak study...rajin tak aku? Maklumlah, lepas dah dapat semangat baru ni kenalah rajin..kalau tak nanti 'dia' tak nak jumpa I lagi.. :D

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Friday, December 17, 2010

Kontest Blog Terkemas...

.: Contest yg dianjurkan oleh Cik Hana dan Cik Fyza :.


Salam semua..hari ni aku tak ada cerita menarik tentang life aku..tapi aku ada contest menarik untuk korang yg minat berblogging..aku tahu contest ni pun bila di tag oleh Cik Fatin Nazihah @ kawan baik aku masa sekolah dulu..korang yg nak join contest ni silalah baca syarat-syarat di bawah:-

  1. Follow blog Hana and Fyza. Tak follow pun tak apa but make sure korang selalu update dengan blog kitorang ok :D
  2. Make sure korang ada blog tau! no blog, no contest, no present ! hahah .
  3. Buat satu entry dengan tajuk Kontest Blog Terkemas. Ambil banner tu sekali and make sure link kan terus ke blog hana atau link entry kontest ni .
  4. Bila dah buat, bagi link entry korang dekat ruangan komen hana ok . submit link entry dekat blog hana je tau . senang sikit . kang tercicir habis kena pelengkung ngan korang . haha .
  5. Kontest ni terbuka kepada semua warganegara malaysia tak kira umur dan jantina.
  6. Tag 3 orang blogger ok :)
  7. 3 orang pemenang je akan dipilih . kalau nak tambah nanti kitorang gitau . haha
  8. Update : sebab takut ramai sangat, limit untuk join 1000 orang sahaja . kalau nak tambah hana bagitau :)
p/s: Until this entry was written, peserta contest telah mencecah 428 orang..so, come on and join us now..


Tarikh tamat kontest ni adalah 2 hari sebelum birthday aku iaitu 1 FEBRUARY 2011..so lepas 2 hari tu korang jangan lupa wish birthday aku tau..hahaha..
Korang-korang yg lain kalau nk join pun boleh..ikut jer terma dan syarat contest ni OK..have fun and good luck guys!!


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, December 16, 2010

PLAYBOY...

Salam membaca..hari ni aku nak tulis tentang si playboy atau nama saintifiknya kaki perempuan..aku adalah kenal dengan seorang mamat ni, kitorang kenal dalam last year kot, aku pun tak ingat bila..masa mula-mula kenal dulu aku rasa dia ni OK and boleh jadi Mr. Right aku..tapi bila sudah lama mengenalinya, HE'S NOT MY MR. RIGHT at all..memang jauh panggang dari api..

Aku pun agak pelik dengan perangai dia ni yang aku rasa dalam tahun ni sangat berbeza..dulu dia bukan playboy, tapi sekarang for sure and I'm sure he's a playboy..thanks to Allah aku tak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan dia kini atau bila-bila..yang aku nak tahu, kenapa dia jadi macam ni..tukar perempuan macam tukar baju, bulan lepas dengan perempuan lain, bulan ni dengan perempuan lain, bulan depan, tahun depan, macam mana?..kalaupun awak tu handsome, tapi agak-agaklah sikit..jadi lelaki yang setia, penyayang dan jujur..jangan permainkan perasaan dan hati perempuan yang umpama kaca..terhempas ke lantai, hancur punah, musnah, berkecai jadinya..

Ingatan ni juga untuk lelaki-lelaki lain yang ada di atas muka bumi ini..sayangilah wanita yang menyayangimu sepenuh hati dan berikan kasihmu dengan sewajarnya kepada mereka..jangan hanya tahu couple, clash, couple, clash saja..OK readers, I'm done! C U next time..

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, December 13, 2010

LATIHAN KHEMAH TAHUNAN REJ 508 (AW) 2010..








Pada tanggal 21 November yang lalu, Latihan Khemah Tahunan Rej. 508 (AW) bagi tahun 2010 telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan di Markas Rejimen 508 Kem Jalan Rasah. Upacara perasmian turut dihadiri oleh Komander dan Timbalan Komander Kem 508 serta pegawai-pegawai kanan yang lain. Acara perbarisan bermula pada jam 0900 yang telah disertai oleh para sukarela dari Batalion Pertama, Kedua, dan Ketiga Rejimen 508 (AW).

Latihan yang berlangsung selama 2 minggu ini telah diadakan di Kem Asahan, yang terletak di dalam Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan. Selama 2 minggu berada di sana, pelbagai aktiviti telah diadakan dan disertai oleh seluruh anggota Rejimen 508 (AW), antaranya ialah rempuh halangan, jalan laju (8 KM), war game, sukaneka (bola tampar dan bola jaring) dan mara. Aktiviti mara yang diadakan di luar kawasan kem telah berlangsung selama 4 hari di dalam Daerah Segamat, Johor. Kami telah berjalan sejauh 20 KM dan berkampung selama 3 malam di ladang-ladang yang sempat dilalui. Sesungguhnya, latihan pada kali ini mirip sekali dengan latihan yang diadakan semasa rekrut dahulu dan telah menggamit memori kami semua kepada kenangan rekrut dahulu.

Keseluruhannya, latihan pada kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya apabila misi kami tercapai setelah 'serangan ke atas khemah musuh' berakhir. Walaupun bermacam kesakitan kami rasai, itu semua adalah pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan. Anggaplah kaki yang melecet, muka yang terbakar itu sebagai tanda dan semangat perwira 508 untuk menghadapi hari mendatang yang kita sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi kelak. Gunakanlah ilmu yang dipelajari untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh sama ada yang nyata mahupun tidak.

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Sunday, December 12, 2010

SEMESTER 2 TAHUN 3...

Salam semua..rasa macam semangat tiba-tiba..sebabnya lagi 1 sem aku akan menamatkan pengajianku di Kolej Universiti Linton, tak lama lagi akan berakhirlah pengajianku dalam Diploma Pengajian Perniagaan (Higher National Diploma in Business Study)..hampir 3 tahun aku menghabiskan masa di kolej ini..bermacam-macam dugaan, cabaran dan kereneh yang aku alami di sini..

Semester ni aku hanya mengambil 2 subjek iaitu Small Business Management dan Marketing Planning..sebenarnya sem ni aku hanya ada masa dalam 2 bulan saja untuk menghabiskan kedua-dua subjek ini..so, masa aku memang suntuk dan kelam-kabut sikit..mana taknya, 2 subjek, 4 assignments, 2 final exams..banyak sangat benda nak kena buat, termasuklah membuka gerai jualan untuk projek assignment tu..what!! berniaga?!!..macam mana aku nak berniaga ni, aku memang tak ada kemahiran pun berniaga ni walaupun keluarga aku buat macam-macam business..tapi dah nama pun student business, memang WAJIBLAH aku berniaga ni semua..sabar jelah Farah..

Tapi hidup sebagai pelajar memang seronok, sambil menyelam boleh minum air..siapa yang menjadi geng aku tahulah apa yang aku maksudkan..kami banyak menghabiskan masa bersama, sama ada di hostel, di kelas mahupun di luar..kami selalu hang out bersama tak kira dekat ataupun jauh..memang fun sangat-sangat bila ada geng yang happening dan memahami..semoga friendship kita semua kekal sampai ke anak cucu tau, kalau boleh anak-anak kita nanti pun berkawan juga..wah, jauh gila aku berangan..maklumlah, bila dah malam-malam ni memang kuat imaginasi berangan aku..OK, aku nak buat kerja lain pula after this..nanti update lagi ek..daa u alls...

Dari Hati Nuraniku,fara,,