NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 30, 2011

FACE IS MUKA...

Assalamualaikum...

Sudah lama jejari gumuk aku tak menaip, rasa rindu pula. Almaklumlah, setelah penat bekerja keras selama 3 berturut turut, baru Isnin lepas aku pulang ke Shah Alam. Then, sampai saja di sini, terus demam sebab nak melengkapkan sakit tekak dan suara yang telah hilang sementara tu.


Apa apa pun TAHNIAH buat abang saudara aku kerana sudah menjadi hubby kepada Puan Hartini. Sangat meriah, happening, penat, dan happy. Walaupun hanya 4 hari berada di Kuala Kangsar, Perak tapi rasa macam tak cukup dan tak puas sebab jalan jalan sekejap saja+hujan turun pada petang hari. Memang tak boleh nak menchapub sangatlahkan. 


Okey, back to the real story. Mesej yang aku nak sampaikan hari ni adalah mengenai muka. Okey girls, muka sangat penting buat kita semua. Oleh itu, penjagaan yang sesuai mesti dititikberatkan. Macam yang korang sedia maklum, muka aku ni susah sangat nak licin. Mesti ada saja parasit tumbuh meliar. Disebabkan itu, aku pun belilah Garnier Pure Active Multi-Action Scrub yang boleh menentang 6 tanda punca jerawat. Scrub ni menagandungi Salicylic Acid dan Herbal Repair yang membantu membersihkan kulit dan memulihkan sel kulit untuk membantu mengurangkan bekas jerawat. Scrub ini bertindak ke atas 6 tanda jerawat hari demi hari iaitu jerawat, bintik bintik putih, bendasing, kulit berminyak, pori terbuka, dan kulit tampil tidak sekata. Harga asal scrub ni RM11.90, so aku akan cuba guna benda ni selama 3 minggu. Kita tunggu hasilnya nanti. Kalau tak berhasil juga, sia sia saja aku buang duit beli benda ni sebabnya, kalau aku beli McD dah boleh dapat McValue Meal. =)

Dari Hati Nuraniku, fara,,

Sunday, November 27, 2011

TAHUN MELAWAT PERAK 2012 (PART 4)...

COUNTDOWN: 35 HARI LAGI

Assalamualaikum...

Salam Ma'al Hijrah buat seluruh muslimin dan muslimat. Apa azam baru tahun 1433 Hijrah ni? Apa papa pun, moh le kite melancong ke Perak yeop, yong oii.. =)

'Kuala Kangsar - The Royal Town'

Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Keistimewaan bandar ini adalah kedudukannya yang strategik di tepi Sungai Perak. Malah, penduduk di sekitarnya masih menggunakan pengangkutan air seperti bot dan sampan untuk menyeberangi bandar ini walaupun pembinaan jambatan baru yang telah memendekkan perjalanan ke Bandar Kuala Kangsar sudah siap  dibina. Jambatan baru yang diberi nama Jambatan Sultan Abd. Jalil telah dibina bagi memudahkan penduduk sekitar ke Bandar Kuala Kangsar berbanding jambatan lama iaitu Jambatan Iskandar yang merupakan jambatan terpanjang di negeri Perak. Di bandar Kuala Kangsar terdapat sebuah institusi pendidikan yang terkenal  dan menjadi tempat para cendekiawan menimba ilmu iaitu MCKK atau dikenali sebagai Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pengunjung juga boleh merasa keenakan Mee Kicap di bandar ini dan lokasinya berhampiran dengan Resort Sungai Perak.

Sudah namanya Bandar Diraja, semestinya Bukit Chandan menjadi kawasan paling istimewa di negeri Perak. Di sini terletaknya Istana Iskandariah yang telah siap dibina dalam tahun 1933 iaitu tempat bersemayam Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan. Nama istana ini diberi bersempena nama Sultan Perak ke-30, Sultan Iskandar Shah. Berhampiran dengan istana ini, terdapat sebuah lagi istana lama yang dikenali sebagai Istana Kenangan dan kini telah dijadikan Muzium Diraja Perak. Keunikan istana ini adalah terletak pada kaedah pembuatannya yang tidak menggunakan sebarang paku. Istana ini juga berbumbung lima dan dindingnya diperbuat daripada pelupuh buluh yang dianyam atau disirat berbentuk kelarai. Satu lagi bangunan yang menarik dan indah di negeri ini adalah Masjid Ubudiah. Masjid ini merupakan salah satu masjid tercantik dan terindah di Malaysia.

Kuala Kangsar terkenal dengan pembuatan labu sayong. Labu yang digunakan untuk menyimpan air ini diperbuat dari tanah liat dan proses pembuatannya 100% menggunakan kaedah tradisional (tangan) dan disebabkan itu, tidak kisahlah walaupun harganya mahal, labu sayong tetap menjadi pilihan para pelancong yang datang ke mukim Sayong ini.

Dan untuk pengetahuan anda, di bandar ini juga terletaknya pokok getah tertua dan pertama yang hidup setelah di bawa masuk oleh H.N.Ridley ke Tanah Melayu. Beliau juga bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah yang pertama dan akhirnya menjadi sumber ekonomi terpenting di Malaysia. Pokok ini masih boleh dilihat berhampiran dengan Pejabat Daerah Kuala Kangsar. 


P/S: Hari ni aku berada di Kuala Kangsar. I'm proud to be Perakian. S.M.I.L.E. =)


Dari Hati Nuraniku, fara,,

Tuesday, November 22, 2011

TAHUN MELAWAT PERAK 2012 (PART 3)...

COUNTDOWN: 40 HARI LAGI

Assalamualaikum...

Salam 26 Zulhijjah dan merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim bersempena Ulangtahun Keputeraan Baginda hari ini. Johor sentiasa di hati. =)
Okey, mari continue tentang Tahun Melawat Perak 2012.

"Teluk Intan, Pisa of Malaysia"

Pada asalnya, Teluk Intan dikenali sebagai Teluk Anson bersempena nama salah seorang pegawai British yang bertugas di sana suatu ketika dahulu. Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa di sini terdapat sebuah menara jam tinggi yang suatu ketika dahulu merupakan bangunan terpenting di daerah ini kerana menara ini digunakan sebagai tangki air untuk menyimpan keperluan air bagi penduduk sekitar Teluk Intan. Keunikan bangunan tersebut adalah terletak pada struktur binaannya yang semakin hari semakin condong. Disebabkan itulah, bangunan ini dikenali sebagai Menara Condong Teluk Intan yang mempunyai keunikan yang sama seperti Menara Pisa di Itali. Dan sebagai anak jati kelahiran Teluk Intan, semestinya aku berbangga dengan daerah tempat tumpah darahku ini.


Selain menara condong, Teluk Intan juga mempunyai beberapa tempat yang menarik untuk dilawati seperti:




Sungai Manik- jelapang padi Perak. Para pengunjung dapat menikmati keindahan dan kehijauan pokok padi yang banyak ditanam di kawasan ini. Jika berkesempatan, anda dapat melihat sendiri bagaimana pesawah memungut hasil tanaman mereka.

Pasir Salak- peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch. Di sini, terdapat sebuah Terowong Masa yang menceritakan sejarah Pasir Salak dan juga Tanah Melayu. Bagi penggemar sejarah seperti aku, Pasir Salak merupakan tempat yang sesuai sekali untuk mengkaji sejarah disamping bersantai di tepi Sungai Perak- sungai terlebar di Malaysia kerana di sini turut disediakan sebuah resort untuk pengunjung yang datang dari jauh. Untuk pengetahuan anda, kampung halaman aku terletak berseberang dengan Kompleks Bersejarah Pasir Salak ini. =)

 
Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, November 19, 2011

BREAKING DAWN PART 1...



How I wish I could go for a BREAKING DAWN...
Just for this time, let me go...
I would appreciate if you can give me the permission...
Please mummy, I want my Edward...
There's nothing I could ask from you...
Only for this time... ='(


I've never ask for your money...
I just need to meet my hero...
Only for this time...
The precious moment in my life...
24 November 2011...
Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, November 18, 2011

CONTEST: AZAM S.M.A.R.T. MAAL HIJRAH BY DRC & CTK...

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak join contest kan. So, tetiba ternampak ada contest ni dekat blog CIK MYU dan CIK MIA. Before this mereka ada tag aku untuk beberapa contests tapi aku tak ada mood and busy waktu tu jadi tak join lar.  


So, kali ni aku nak try contest ni pula sebab macam menarik. Contest bersempena Maal Hijrah 1433 ni. Contest yang dianjurkan oleh DRC dan CTK ni bertujuan untuk memberi peluang kepada bloggers mempunyai azam sendiri sempena Maal Hijrah ni. Almaklumlah, selama ni kita akan bersemangat tukar azam setiap kali bertukar tahun Masih tapi dalam tahun Hijrah ada? Aku pun kadang kadang saja buat azam untuk Maal Hijrah ni, dan selalunya mestilah berazam untuk kebaikan dunia dan akhirat.

  • Azam  aku sempena 1433 Hijrah ni adalah aku nak cari kerja tetap, almaklumlah dah dekat 6 bulan jadi penganggur.
  • Sebab apa aku berazam macam tu? Sebab utama aku wajib kerja ialah aku kena bayar pinjaman MARA. Bukan sikit kawan, berpuluh ribu. Tapi aku kena juga settlekan pinjaman tu before aku berumur 40-an. Aku juga nak senangkan hidup mummy dan daddy aku, aku nak beli kereta idaman kalbu (buat masa ni) MyVi Extreme saja, dan bila aku dah kerja, dapatlah aku menyumbangkan sedikit duit aku pada insan insan yang telah banyak berbakti dalam hidup aku seperti nenek aku, maksu maksu aku dan adik adik aku. 
  • Aku nak tag 3 orang member blogger aku:

So, kalau korang nak join contest ni, bolehlah klik banner di atas. Wassalam.

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, November 17, 2011

TAHUN MELAWAT PERAK 2012 (PART 2)...

COUNTDOWN: 45 HARI LAGI

Assalamualaikum...

Seperti yang ramai sedia maklum, bermula pada hari ini, aku akan bercerita tentang beberapa tempat menarik yang terdapat di Negeri Perak Darul Ridzuan - negeri kelahiranku yang tercinta, bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2012.

"Ipoh is a hidden pearl".

Ipoh merupakan ibu negeri Perak Darul Ridzuan dan merupakan bandaraya yang dikelilingi oleh bukit bukau. Pembangunan di bandaraya ini semakin pesat dari sehari ke sehari. Malahan, bandaraya ini juga menjadi tumpuan pelancong untuk bersukaria di The Lost World of Tambun yang terletak di Sunway City Ipoh. Taman tema yang dikelilingi oleh bukit batu kapur ini menjadikannya sangat unik dan memberikan panorama yang indah seakan anda berada dalam pengembaraan National Geography. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini seperti bersantai di Waterfall Beach Garden, ataupun berendam di Tambun Hot Springs yang merupakan kolam air panas semula jadi dengan suhu yang dapat membuatkan anda tenang dan damai sambil ditemani keindahan alam di sekeliling.

Selain daripada itu, kepada pencinta alam, anda mungkin akan jatuh cinta akan keindahan gua batu kapur yang cukup terkenal di Perak iaitu Gua Tempurung. Dengan pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit pasti akan menggamit anda untuk kembali semula ke sini. Anda juga akan menyintai keindahan yang terdapat di Taman Rekreasi Gunung Lang yang membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti bersama ahli keluarga di samping mengisi masa lapang dan merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. 


 
Dari Hati Nuraniku,
fara,,

TAHUN MELAWAT PERAK 2012 (PART 1)...

Assalamualaikum...



Mari kita countdown untuk Tahun Melawat Perak 2012!
Sempena Tahun Melawat Perak 2012, aku akan membuat beberapa entry khas untuk Negeri Perak kesayanganku ini.
So, jangan ketinggalan untuk mendapatkan info info menarik mengenai Negeri Perak Darul Ridzuan.
S.M.I.L.E. =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, November 16, 2011

ANDA NOMBOR BERAPA???

*Kopipasta* KLIK DI SINI
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8. 

no.2 
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3 
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4 
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5 
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6 
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7 
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8 
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9 
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.


Just for fun,,enjoy =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, November 15, 2011

APA YANG WANITA MAHUKAN???


Assalamualaikum...

Bertemu lagi dalam segmen '30 minit bersama Farah'. F.A.K.E.
Okey, continue.
Hari ni kita story tentang 'Apa yang wanita mahukan dalam setiap perhubungan?'.
Kepada kaum Adam, take note okey.
Sebenarnya, tak banyak beza pun apa yang wanita mahukan dengan apa yang lelaki mahukan.
Contohnya:
  1. Lelaki dambakan kejujuran dan komunikasi mesra
  2. Lelaki mahukan wanita yang berkeyakinan dan berdikari
  3. Lelaki inginkan hubungan yang bebas daripada manipulasi
  4. Lelaki impikan wanita matang
  5. Lelaki perlukan ketaatan dan komitmen dalam perhubungan
  6. Lelaki impikan wanita yang boleh memberi sokongan dan kritikan


*Okey, semua ni bukan aku yang cakap tapi orang lelaki yang cakap*

Sekarang aku nak tambah pula apa yang wanita mahukan selain daripada yang di atas ni.
Semua sedia maklum bahawa wanita adalah golongan yang penyayang, lemah lembut dan lemah (means bukan lembik, tapi cepat terguris hatinya dan mudah menitiskan air mata).
So, bila dah macam tu maknanya wanita perlukan perhatian dan kasih sayang seorang lelaki.
Wanita tak minta 100% dirinya dimanja dan dibelai selalu, tapi cukuplah sekadar disedari akan kewujudannya.
At least, satu mesej "Good morning sayang" sudah cukup untuk membuatkan harinya bermula dengan indah dan ceria.
Tapi semua tu hanya pada awal usia percintaan atau lebih tepat lagi ketika mula mula wanita itu ingin digoda oleh sang arjuna.
Apabila sang arjuna sudah mendapat cinta si ratna, mulalah dirinya menunjukkan perubahan.
Tiada lagi mesej mesej indah menemani hari hari si ratna, malahan si ratna merasakan dirinya diabaikan.
Saat itu, bermulalah syak wasangka dan was was dalam perhubungan.
Dan apabila terasa dirinya diabaikan dan tidak diendahkan, wanita akan mula mencari pencinta baru atau lebih tepat lagi seseorang yang boleh menemani, melayani, dan menyayangi dirinya. 
Akhirnya, terputuslah hubungan cinta yang dibina apabila tiada lagi rasa percaya mempercayai dalam perhubungan.

Conclusion: Kepada sang arjuna, kalau sudah mendapat cinta si ratna, janganlah ingat kamu sudah memiliki hatinya dan cintanya 100% kerana tidak mustahil semua itu akan hilang dalam sekelip mata apabila kamu mengabaikan perasaan sang kekasih. Hargai dirinya dan selami hatinya jika dia yang kau mahukan untuk menjadi permaisuri hidupmu. Ingatlah, niatkan dalam hatimu untuk mendapatkan cinta seseorang wanita demi untuk menjadikannya milikmu yang sah. S.M.I.L.E. =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, November 14, 2011

30 MINIT BERSAMA FARAH...

Assalamualaikum...

S.M.I.L.E. =)
Okey, hari ni kita akan bersama dalam segmen '30 minit bersama Farah'. F.A.K.E.
Hari ni kita akan bercerita mengenai ustaz muda masa kini yang menjadi kegilaan ramai termasuklah aku.
Sorry to say, aku memang suka tengok ustaz ni senyum especially dalam rancangan 30 Minit Ustaz Don.
Okey, kantoi sudah.
Korang dapat tangkaplahkan siapa ustaz tu.
YES! He is Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

.:: Terima kasih Pak Cik Google ::.

First time aku tengok rancangan ni masa balik JB hari tu.
Dekat Shah Alam aku tak tengok TV Al-Hijrah ni tapi masa dekat JB tertekan pula channel tu.
And bila muncul saja wajah ustaz tu dalam TV tu, terus aku terkaku.
Tak jadi nak tengok channel lain.
Comel, kelakar dan best rancangan ustaz ni.
Selalunya kalau aku dengar ceramah, mesti ada loghat Ganu or Qlate tapi kali ni loghat Utara.
Memang pure habislah kan.

Apa apa pun, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang ustaz comel ni, boleh KLIK DI SINI

And kepada yang admire Ustaz Don, dia masih bujang tapi sudah bertunang.
P.E.A.C.E (^_^)V

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

WORDLESS MONDAY #1...

Kenapa wanita sering disakiti oleh lelaki?
Kenapa wanita sering menangis kerana lelaki?
Kenapa wanita sanggup berkorban demi lelaki?
Kenapa wanita selalu diabaikan oleh lelaki?

Can you answer me?

Lu pikirlah sendiri. Kby~

Dari Hati Nuraniku, fara,,

Sunday, November 13, 2011

I'M BACK!!!

Assalamualaikum...

I'm back bebeh. Setelah 4 hari 3 malam berada di Johor, aku kembali semula ke Shah Alam. Fuhhh!! Sangat happy bila dapat pulang ke rumah manis rumah, rindu sangat sangat sangat. Bila balik sana, of course lah aktiviti utama aku adalah membuta sebab: bilik aku sejuk, tiada gangguan haiwan perosak berbelang hitam putih, dan yang paling utama-boleh bau air laut, itulah sebab bilik aku istimewa untuk aku. Aktiviti kedua adalah merayap dan mencapub. Tak ada lah meronda sangat, jalan jalan tengok perubahan JB saja-maklumlah tak lama lagi dah tak duduk sini so, kenalah melawat kawasan dulu. Aktiviti yang wajib dipenuhi adalah undangan ke majlis perkahwinan. Wajib okey untuk kita memeriahkan majlis orang sebab: nanti bila kita kahwin, orang akan datang ke majlis kita pula. S.M.I.L.E =)

Nak dijadikan cerita, hari Sabtu lepas hujan turun tanpa henti sejak tengah hari lagi. So, nak tak nak, hujan hujan pun kena redah juga pergi kenduri kahwin tu sebab: kenduri kahwin member aku dan kenduri kahwin anak member daddy. Disebabkan rumah member daddy tu jauh sikit, kenalah dahulukan yang jauh. Majlisnya boleh dikatakan grand jugalah sebab dia pegawai kastam tapi disebabkan cuaca yang hujan tu, orang tak ramai sangat, so rasa hambar sikit. Tapi makanan sedap dan layanan memuaskan. S.E.N.Y.U.M =)

Majlis kedua pula adalah majlis perkahwinan member sekolah aku dulu. Cepat jodoh dia sampai, umur 21 dah kahwin. Aku pula bila ek?? F.U.L.L S.T.O.P. Lambat lagi okey, belum sampai seru. Okey, continue. Masa aku sampai ke majlis kawan aku ni, cikgu aku masa sekolah dulu pun tiba serentak. So, bermulalah episod jejak kasih-nak menangis time tu sebab: rindu yang teramat dekat Cikgu Rosiah (aku dah anggap cikgu macam mak aku sendiri). Lepas melepaskan rindu masing masing, kitorang masuk ke dalam dewan. Masuk saja dalam tu, pergi jumpa member aku and wish dekat dia. Lepas tu jumpa pula dengan Yati-member satu sekolah juga. Orangnya tetap maintain macam dulu. Majlis Mas ni simple sangat, jauh beza dengan majlis yang mula mula aku pergi tu. Tapi makanan dekat sini sedap+pedas and yang paling penting dapat telur pindang, memang favourite aku. Pape pun Tahniah buat Maszura dan suami semoga jodoh kalian kekal ke hujung nyawa. L.O.V.E. =D




Sehari sebelum tu, aku dah jumpa Ita@Fatehah member sekelas aku dulu. Kitorang dah lepak and borak borak walaupun kena kacau dengan laki dia yang over mesra alam tu. Tapi tetap happy sebab tak kekok pun dengan laki dia tu walaupun first time jumpa. Next time kita lepak lagi okey sebab masa tu tak dapat nak gosip lebih lebih dengan Ita. T_T

P/S: Mata aku memang dah terkenyit kenyit dua tiga hari sebelum tu, rupanya nak jumpa orang yang dah lama tak jumpa. Sayang korang semua. =)

Dari Hati Nuraniku, fara,,

Thursday, November 3, 2011

21 TAHUN 9 BULAN...

Assalamualaikum...

Hari genap sudah usia aku 21 tahun 9 bulan. Ngehhehehehe...dah layak mengundi tapi hidup masih terumbang ambing so tak decide lagi nak mengundi ke tak nak. Lagi pun, aku tak berapa minat politik zaman sekarang ni. Pening kepala kalau fikir pasal politik ni semua. Yang pasti, hari ni adalah first time dalam sejarah aku pergi interview atau dalam bahasa saintifiknya temu duga (bertemu dengan seseorang yang akan menduga IQ serta EQ kita untuk melihat kelayakan kita pada sesuatu jawatan) - main bedal saja definisi tu, sebab blog aku so suka hati akulah nak tulis apa. =)

Nak dijadikan cerita, kerana tak pernah menduduki interview makanya pengalaman masih zero. So, aku pun bersiap pagi pagi dan menunggu teman yang akan bersama sama aku untuk temu duga tu. Sebenarnya aku tak kenal pun kawan baru aku ni. Cuma makcik pakcik aku saja yang kenal dia. Namanya Fairuz, orangnya lemah lembut (tak macam aku kasar), cantik (aku comel saja), slim dan tinggi (semuanya berlawanan dengan aku). Tapi budak ni under age aku (bahasa rojak). So, dia pun datang ambil aku sebab aku akan membonceng motor dia. Kahhhkahhhkaahhhahahaha!! Kelakar siot. Tak pernah pernah aku naik motor pakai kain, hari ni dalam sejarah aku buat. Dah siap pakai comel comel cantik cantik, last last kena naik motor+pakai helmet. Aku pun tak nak tengok macam mana rupa aku masa dekat atas motor tu (memang sangat hodoh+buruk). 

Sampai saja di tempat temu duga, jantung sudah dupp! dupp! dapp! dapp!! Tapi aku cover lagi, selisih saja dengan orang, aku smile (kompem senyum kambing). Bila sampai dekat hall tu, dah ada ramai orang. Aku nombor ke 22 so, lama lagi turn aku. Orang semua sibuk membaca tentang jabatan yang akan menemu duga kitorang tu, aku pula sibuk jalan jalan dalam hall tu, tengok gambar pastu baca novel. Memang chillex habis. Tapi bila tiba turn aku, mulalah tangan sejuk beku, senyum pun dah tak macam kambing, badan dah seram sejuk walaupun time tu keadaan sekeliling tengah sejuk+hujan. 

Tapi alhamdulillah, aku boleh jawab semua soalan yang diberi hasil bantuan seseorang. Harap harap dapatlah kerja ni sebab aku dah bosan duduk rumah sorang sorang. Bila pergi temu duga tu, jumpa ramai kawan baru, hati rasa seronok saja. Tambahan pula jumpa yang datang dari Sabah, Kedah, dan semestinya Perak. Bila dah settle interview, plannya aku nak ajak Fairuz pergi drive-thru atau KFC atau Secret Recipe tapi disebabkan hujan dan helmet yang dah lencun, maka kami terus saja pulang ke rumah. Basah habis selendang aku, dah tak comel dah. Lepas ni nak cepat cepat dapatkan lesen kereta, tak nak naik motor dah. Serik!!

Dari Hati Nuraniku,
fara,,