Salam readers...hari ini merupakan tanggal bersejarah buat aku kerana 21 tahun yang lalu, aku telah selamat dilahirkan di Hospitel Teluk Intan, Perak oleh seorang wanita yang amat aku sayangi...terima kasih mummy kerana telah melahirkan Yong...aku tahu bukan senang mummy nak lahirkan aku berbanding adik adik ku kerana berat aku yang hampir 4 kg semasa dilahirkan membuatkan mummy menghadapi beberapa masalah...lebih 12 jam mummy menahan sakit sewaktu melahirkan aku...tak dapat ku balas segala jerih perihnya itu walaupun beribu ribu aku belanjakan untuknya...terima kasih mummy...
Sewaktu kelahiranku, daddy tak ada di sisi mummy kerana berkursus/bekerja (aku pun tak sure) di tempat lain dan Pak Cho telah mengiqamatkan aku...tapi, kini sudah 10 tahun Pak Cho meninggalkan aku dan keluargaku...seminggu selepas kelahiranku, mummy dimasukkan ke hospital semula (kalau tak silap akulah) dan disebabkan itu, aku hanya sempat merasai susu ibu selama seminggu sahaja dan aku membesar dengan susu tepung berbeza dengan adik adik ku... :'(

Tapi tak mengapa sebab aku faham, aku tahu masalah mummy ku, aku tahu pengorbanan mummy ku, aku tidak pernah sesekali menyalahkannya kerana pengorbanannya sudah cukup besar buat aku...sejak aku dilahirkan, Pak Cik Alim begitu menyayangiku dan sentiasa mendukung dan bermain denganku, almaklumlah ketika itu dalam keluarga kami hanya ada 2 orang puteri dan setelah kelahiranku, akulah puteri kesayangannya pula...tapi kini, Pak Cik Alim juga telah 12 tahun pergi meninggalkan aku...ahhh!! Kenangan bersama mereka sentiasa menggamit rindu di kalbuku, saat saat terakhir di sisi mereka takkan pernah aku lupakan...
Aku cuba menahan air mata dari menitis tapi aku tak mampu, aku terlalu rindukan mereka..."maafkan Yong Pak Cho, Pak Cik, Yong tak nak kalian terseksa tapi Yong tak boleh berhenti menangis...nanti Yong balik Perak, Yong 'melawat' Pak Cho dengan Pak Cik yer..."
Kepada mummy, terima kasih kerana telah melahirkan aku...terima kasih kerana masih menyayangi aku seperti dahulu...terima kasih kerana telah banyak berkorban untuk anakmu ini...Insya Allah akan ku balas jasamu andai hayat kita masih panjang...
fara,,
2 comments:
happy birthday farah!
smoga anda slalu hapy2:)
diredhaNya dan dimurahkn rezeki:)
AMINN
Qila, terima kasih atas ucapan dan doa anda... <3
Post a Comment