NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, April 22, 2010

HADIS: Bersyukur dan redha mengelak amalan berhutang...

Tajuk :
Bersyukur Dan Redha Mengelak Amalan Berhutang
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.”
Riwayat Muslim dan Imam Ahmad

Huraian
Pengajaran hadith:
i)Kita hendaklah mengelak daripada bersikap suka berhutang sebaliknya amalkanlah sifat ‘qanaah’ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada dengan memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan sehingga terikat dengan hutang.
ii)Sebaik-baiknya sebelum berhutang, buatlah pertimbangan yang wajar sama ada sesuatu kepentingan itu merupakan keperluan yang mendesak atau sekadar keinginan untuk berlagak kerana hutang yang tidak mampu dibayar akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.
iii) Setiap yang dinamakan hutang wajib dibayar walau sekecilmana pun ia dan dengan siapa pun ia berhutang termasuklah dengan orang kafir. Malah dikira berdosa bagi orang yang berniat tidak mahu membayar hutangnya
iv) Membebaskan hutang orang yang susah atau mengurangkannya merupakan satu perbuatan yang terpuji dan ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T .
Hadis sumbangan: JAKIM

your sincerely,
fara,,

Wednesday, April 21, 2010

BAGAIMANA BIDADARIMU?...

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”


  • Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

  • Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu”

  • Wanita Hananah:

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

  • Wanita Hadaqah:

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

  • Wanita Baraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

  • Wanita Syadaqah:

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.


Nota: Credit to iLuvislam.com

your sincerely,
fara,,

I LUV ISLAM...

Assalamualaikum sahabatku. Malam ini, air mataku menitis lagi. Aku tidak tahu mengapa begitu cengeng aku pada minggu ini. Mudah sungguh air mata ini menitis bukan kerana sesiapa, tapi kerana diriku, kerana Allah s.w.t. Kerana kasihku padaNya, aku turuti segala suruhanNya, aku pasti akan janjiNya padaku. Aku yakin akan cinta dan kasih sayangNya padaku. Jika tidak masakan dia memberi aku peluang untuk berubah dan bernafas lagi pada hari ini? Masih memberikan kesihatan tubuh badan untuk aku terus beribadat kepadaNya. Terima kasih Ya Allah. Insya allah, aku tidak akan pernah melupakanMu. Bantulah aku mencapai keredhaanMu. Bimbinglah aku, doakan istiqamahku ini tidak berhenti di tengah jalan. Aku memerlukan kasih sayangMu Ya Allah untuk aku terus hidup dan beramal di duniaMu ini.

"Untuk mendapatkan cinta, kita kena korbankan cinta. Percayalah, setiap perbuatan untuk mengelak daripada yg tak baik (ber'couple'), Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan dan ketaatan kita", itulah kata-kata semangat dan dorongan yg aku sering dengar dari mereka-mereka di sekelilingku.

Aku ingin kongsikan serba sedikit kisah yang membuatkan aku menitiskan air mata di tengah malam ini.. SILA KLIK.

~PESANAN BUAT MUSLIMAH.
~MANISNYA TAUBAT.
~BUNGA IDAMAN ISLAM.


Seperti yg aku pernah katakan dahulu..aku juga tidak sempurna, pernah melakukan kesilapan..aku memohon seribu kemaafan kepada sesiapa yg berkenaan andai tingkah laku dan tutur kataku sepanjang perkenalan kita banyak menyakitkan hati..aku cuba untuk berubah tetapi sedikit demi sedikit..jangan dipersoalkan perubahanku ini kerana "nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya", seperti yang difirmankan oleh Allah. Doakan perubahanku ini berterusan dan hijrahku berjaya. Wassalam..



your sincerely,
fara,,

Tuesday, April 20, 2010

CUKUP SAMPAI DI SINI...

Selepas membaca suatu kisah mengenai ber’couple’ itu haram, hatiku berbelah bahagi. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Adakah aku patut melepaskan semua perasaan cinta kepada insan yang bernama kekasih? Bagaimana aku boleh meneruskan hidup ini tanpa cinta kepada lelaki? Sesungguhnya fitrah wanita dijadikan untuk disayangi tetapi kasih sayang yang diredhai adalah kasih sayang yang halal di sisi Allah s.w.t. Aku sedar, aku sudah banyak terjebak dengan mainan perasaanku sendiri. Aku sudah terjebak ke lembah maksiat (maksiat tangan, kaki, hati, mata, mulut, telinga) sejak aku mengenal cinta. Namun, seperti bait-bait lagu Insyaallah daripada Maher Zain yang berbunyi,

“Setiap masa apabila kamu merasakan kamu tidak boleh melakukannya,

kamu terasa seperti kehilangan, kamu keseorangan,

hanya kelihatan kegelapan malam yang menyelubungi,

kamu terasa lemah sehingga tidak dapat memilih jalan mana yang harus dituju,…

… setiap masa apabila kamu melakukan kesilapan,

Kamu rasa kamu tidak boleh bertaubat dan ianya sudah terlambat,

Kamu keliru sehinggakan membuat keputusan yang salah,

Menghantui minda dan hati kamu penuh dengan perasaan malu,

Jangan berserah dan berputus harap, kerana Allah sentiasa berada di sisi…”

Lagu ini memang banyak memberi kesan dalam hidup aku. Lagu ini juga telah memberikan aku kekuatan untuk meninggalkan seseorang. Maafkan aku kerana terpaksa membuat keputusan ini. Aku tidak mahu derhaka lagi kepada Maha Penciptaku. Biarlah apa yang kamu mahu perkatakan kerana Dia lebih mengetahui daripada semuanya. Bukan mudah untuk aku melepaskan kamu, melepaskan tugu cinta kita, tapi sedarlah bahawa jodoh, pertemuan, ajal, maut, semuanya ditentukan Allah dan jika jodoh kita dipertemu dan di permudahkan, insya allah kita akan bersatu jua nanti. Berdoalah semoga hari yang dinantikan itu tiba dan kita dapat bertemu semula. Hati ini tetap menyayangimu. Jangan pernah meragui kasih sayangku selama ini. Walaupun banyak dugaan yang kita tempuhi, selalu bertengkar, tapi kamu tetap yang ku sayang. Aku akan tetap pegang pada kata-kataku. Segalanya ku serahkan pada Dia kerana Dia Maha Mengetahui. Betapa berat hati ini untuk melepaskanmu, tetapi kerana Dia aku terpaksa juga melepaskanmu. Aku mahu mencari keredhaanNya dalam hidup ini kerana itulah tujuan asal kita semua dijadikan di dunia ini-untuk mencari keredhaanNya yang hakiki untuk hidup bahagia di Taman-taman SyurgaNya kelak. Insya allah.

P/S: Ketahuilah kamu bahawa semasa aku sedang menaip entry ini, hatiku pilu sekali..tangan seakan-akan kaku untuk menaip tapi aku terpaksa..peganglah pada janjiku, kerana semuanya di tangan Ya Rabbi..semoga kamu terus dengan kehidupan seperti biasa walaupun tanpa aku disisi..

satu hadis mengatakan...

"jika seseorang hamba Allah menahan keinginannye dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"


your sincerely,
fara,,

Sunday, April 18, 2010

KASAR?...

Salam..entry kali ni aku agak emo sikit..bukan apa, aku geram + bengang bila ada orang cakap askar wanita ni kasar + ganas..bukan seorang dua yg berkata begitu tapi sudah ramai yg aku jumpa..and yg berkata begitu bukan perempuan tapi lelaki..fine, memang pada luaran korang tengok kitorang ni agak macam kasar tapi dalaman kitorang tak macam tu..kitorang tetap wanita yg dikurniakan naluri keibuan, kelembutan dan kesopanan..

Don't judge a book by its cover..mind your mouth before saying something and don't think that all teachers or nurses are good, kindly, soft because I've seen many of them without all those criteria..mak aku kerja dekat hospital so aku dah tengok ramai nurse yg kasar dengan patient eventough aku pun pernah dilayan kasar oleh mereka..so, go to hell siapa yg tak setuju dengan kata-kata aku..sekasar-kasar aku ni taklah back stabbed and perampas..dan sekasar-kasar aku ni tahu lagi hormat orang tua and bukan hipokrit..kalau korang tak suka dengan perempuan kasar ni jangan cuba dekati dan jauhkan diri korang..aku pun tak hairan and tak kisah kalau tak kenal dengan korang..

Banyak lagi benda aku boleh buat dan belajar..tak ada masa nak layan orang yg tak tahu menilai and hargai wanita..one more thing, kalau nak cakap tu lain kali pandang-pandang..jangan nak main cakap lepas, tahulah mulut tu tak ada insurans sebab tak laku pun..huh!!


your sincerely,
fara,,

AKTIVITI HUJUNG MINGGU...

Salam..hai korang..buat apa hari ni? Aku duduk rumah saja hari ni sebab semalam dah penat berjalan 12 jam pusing-pusing KL..biasalah hobi aku memang suka berjalan tapi badan ni tetap macam ni juga..bila nak kurus pun tak tahu..semalam aku pergi lepak Times Square and KLCC saja..tengok Semerah Cinta Fidzree..oppsss..terlebih sudeh, tengok Semerah Cinta Stilleto lar, so far OK saja komen tentang citer tu..tak segempaq and sepower ngauman KL Drift..heheheh..walau apapun aku tetap suka citer drift-drift berbanding citer cinta melayu tapi still tak boleh lawan Twilight Saga lar beb..hahhahaha

And citer tentang Twilight Saga ni, semalam aku bought a new DVD of New Moon, last year dah beli yg Twilight punya so this year New Moon pula..insya allah next year Eclipse pula..happy sangat-sangat sebab dah lama aku tunggu DVD ni..actually aku nak beli wedges yg harganya RM39.90 tapi bila saja nampak DVD ni aku terus cancel to buy the wedges and beli DVD ni sebab harga sama saja, tak kurang pun..maybe next time baru beli wedges pula sebab masa pergi Melaka dulu dah beli 1..heheheh

Apa-apa pun, aku berjalan semalam bukan sia-sia semata-mata sebab aku dapat belajar banyak benda baru and jalan-jalan di KL..at least, aku boleh jadi GPS yg lebih cekap nanti (WTFish)..selepas tengok movie, kitorang terus gerak pi KLCC..aku terlupa yg this week ada PC Fair, pada hal aku yg ajak diorang pi PC Fair tu aritu..huhuhu..sampai saja di KLCC, hujan sudah lebat membasahi bumi..nak atau tak kenalah lepak dalam KLCC yg tengah sesak dengan ribuan manusia itu..food court penuh dengan orang, nak duduk pun tak ada tempat..so jalan-jalan kt Petrosains floor dulu usha-usha orang..bila dah letih baru usha food court tu balik, fuhhh...susah gila nak cari tempat duduk dekat dalam food court tu, tapi tak apa..lekkk luuu..hahahah


Lepas beberapa jam lepak KLCC, kitorang pun chow pi KL Sentral..nak buat apa? Nak baliklah yang..tak kan nak tidur KL kot, tak kuasa nyah (teringat 'awek' kat KLCC tu)..hahahah..bila dah sampai KL Sentral, komuter ke Seremban baru saja berlepas..kitorang pun duduk dalam setengah jam menunggu komuter yg seterusnya..tengah duduk-duduk tu, aku ternampak muka seseorang yg memang familiar..bila tengok sekali lagi muka dia, dia pun pandang aku balik..aku nak tegur tapi takut salah orangkan maklumlah benda dah lama..mungkin pelanduk 2 serupa..tapi dalam segan-segan aku tu, tiba-tiba masa dah nak sampai Batang Benar aku beranikan juga tanya mamat tu (kata askar)..

"Tumpang tanya, ni Usop ke?"
"Eh, a'ah..ni sape yer?"
Hehehehe..alamak betullah dia..
"Ni anak pakcik Zul."
"Oh, patutlah macam kenal tadi. Belajar kat mana?"
"Dekat Nilai. Awk?"......

Itulah serba sedikit perbualan aku dengan mamat tu..lama kot dah tak jumpa sebab tu masing-masing macam segan..lagi pun masa kecil-kecil dulu tak rapat sangat tapi sebabkan berjiran kenalah kenal gak..apa-apa pun, mamat ni sikit pun tak berubah, masih macam dulu..teringat pula kenangan masa kecil-kecil dulu di Port Klang..rindunya saat-saat bergelar kanak-kanak tu..kenangan yg tak mungkin akan berulang lagi dan hanya mampu dikenang dan disimpan menjadi kenangan abadi..hanya mereka yg pernah merasa sahaja tahu bagaimana bahagianya saat itu..Oh..rindunya..........

OKlah, aku pun dah tak ada apa-apa nak citer lagi..cuma marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Abdillah Murad @ Achik SPIN yg telah kembali ke rahmatullah semalam..semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yg beriman..setiap yg datang pasti akan kembali kepada Maha Penciptanya..salam..


your sincerely,
fara,,

Friday, April 16, 2010

WARKAH UNTUK DIA...

Kehadapan KAR. Semoga dikau berbahagia bersama A***. Aku redha dengan segala ketentuan dan takdir Ilahi. Cuma aku sedikit kesal kerana perpisahan kita bukan dengan cara yg baik. Kau yg memaksa aku buat begini. Kau yg membuatkan aku jadi terpaksa. Jika dapat diundurkan putaran dunia, aku ingin kembali ke tanggal 9 Jun 2006. Aku tidak mahu bertemu denganmu pada tanggal itu. Aku tidak mahu mengenali siapa dirimu. Tapi itulah takdir, semuanya ketentuan Yang Maha Esa. Kita boleh mengubah takdir menjadi lebih baik jika kita tahu membezakan mana yg baik dan mana yg buruk. Apa yg aku kesali, sehingga ke hari ini, aku masih tidak dapat melupakanmu walaupun hati ini sukar untuk menerima kesilapan yg kau lakukan terhadapku. Aku tidak tahu di mana silapnya hubungan kita, aku tidak tahu apa salahku hingga sanggup kau menduakan cinta kita. Tapi biarlah Allah sahaja yg membalas segalanya. Luka tak berdarah tetapi amat terasa pedihnya. Insya Allah aku akan cuba melupakan segalanya satu persatu. Akan ku cuba walaupun perit dan sukar kerana hakikatnya cinta kita sudah terkubur.




KAR, ketahuilah bahawa aku tetap menyayangimu sampai bila-bila pun. Teramat sukar untuk hati ini menerima lelaki lain walau sebaik mana sekali pun mereka kerana bayanganmu sering hadir dalam hidupku. Disebabkan itulah aku benci akan dirimu, aku benci kerana cintaku terhadapmu menjadikan aku buta pada cinta lelaki lain, menjadikan sukar untukku menerima mereka. Terlalu bodoh ku rasakan diriku tika ini, bodoh kerana tidak dapat melupakanmu.





your sincerely,
fara,,

Thursday, April 15, 2010

CINTA HATI BARU...


Wah, sudah ada cinta hati barulah..nak tahu siapa? Jeng..jeng..jeng...









SANG CORA!!! (aku saja yg panggil dia macam ni)













Selama ini ramai yg tahu bahawa aku memang anti-kucing..tapi tak tahulah kenapa, bila bersama Cora, aku tak benci sikit pun..malah aku makin sayang..tapi hanya kepada Sang Cora..







Kenapa aku sayang Sang Cora?


  1. Sebab Cora special tak macam kucing lain.


  2. Cora manja.


  3. Cora tak hyper.


  4. Cora suka buat hal sendiri tapi bila dia nak gatal2, dia dtg kat kitorang.


  5. Cora suka jadi guard kt depan bilik aku.

            6. Cora suka ikut ke mana aku pergi
                                  7. Cora peneman yg setia sebab sanggup tunggu aku abis sembahyang and buat assignment sampai dia tertidur.






                                    Sekarang, dialah cinta hati baruku..aku akan setia dengan dia walaupun dia betina..HAHAHHA





                                    your sincerely,
                                    fara,,

                                  Monday, April 12, 2010

                                  HOBI BARU...

                                  Sebenarnya hobi ni taklah baru sangat sebab sejak sekolah lagi aku memang sudah minat buat benda ni..huehehehe..apa dia?




                                  Mengumpul perfume ataupun dikenali sebagai minyak wangi..(ni sikit saja, dekat JB ada lagi)





                                  Wanita memang disukai kerana kecantikan rupa paras, peribadi, tingkah laku, dan kebijaksanaannya tetapi...apa akan terjadi sekiranya wanita tersebut tidak tahu menjaga kebersihan diri?..kebersihan berhubungkait juga dengan wangian kerana kalau anda tidak mandi pun tetapi sekadar memakai wangian sudah pasti bau itu dapat ditutup..persoalannya berapa lama?..sanggupkah anda sekadar memakai wangian tetapi tidak membersihkan diri?..terdapat seorang jiran aku dekat hostel ni yg sememangnya pengotor..aku pun tak tahulah macam mana orang lain sanggup berkawan dengan dia..nauzubillah..hanya Allah saja yg tahu cara hidup dia..




                                  Oh, tidak!..sudah jauh kau melalut Farah..kau bukan nak cerita hobi baru kau ke tadi?..alah, pasal minyak wangi tu..ooo..ya tak ya juga..back to the point..hobi aku ni disokong oleh mummy aku sebab dialah yg banyak sponsor minyak wangi utk aku..aku tak kisah berapa harga perfume tu asalkan baunye sesuai dengan citarasa aku..tapi yg paling aku suka adalah brand Avon - Women of Earth (tak pernah beli dengan makcik Avon tu OK)..perfume ni aku guna masa form 4 dulu, baunya memang menusuk kalbu..baru-baru ni pula mummy belikan perfume Cosway pula - Musk Blossom, bau yg ni pula agak keras tapi tetap best..boleh dikatakan setiap bulan mesti dapat perfume baru, tapi aku tak guna sangat..hanya certain perfume saja aku guna, yg lain tu kadang-kadang saja dan utk masa-masa tertentu saja..




                                  By the way, member kelas aku ada jual perfume juga tapi aku tak pernah beli lagi..perfume dia jual tu dari Egypt kalau tak silap..baunya pun boleh tahanlah..kalau korang berminat, trylah tanya ownernya..tu pun kalau ada stok lagi.. "Paul, ko jual perfume lagi tak?" hehehehe....

                                  your sincerely,
                                  fara,,

                                  Thursday, April 8, 2010

                                  AKHIRNYA...JB


                                  Alangkah gembira dan tenangnya diri aku setelah selamat sampai di 02-02 Blok F1..setelah sebulan lebih tidak kembali pulang ke pangkuan keluarga..pada korang sebulan tu tidak membawa erti apa-apa tapi pada aku, sebulan tu sudah cukup untuk membuatkan aku hilang mood dan tension duduk di hostel ni..aku lebih suka pulang ke rumahku yg damai, tenang, dan menghijau daripada duduk di hostel ni..lagi pun sejak dua menjak ni aku asyik bersedih dan sakit-sakit saja so mummy suruhlah balik..bila mummy sudah suruh, aku terpaksa balik dalam happy..hahahah..sebab semuanya di sponsor gitu..walaupun hanya 4 hari aku dapat berehat di rumah, itu sudah cukup untuk mengembalikan mood dan semangat aku yg hilang dek kerana seseorang, sesuatu, dan seseumpamanya..layanlah gambar-gambar ini...

                                  1. Pagi-pagi lagi sudah teman mummy pergi florist.



                                  2. Next, kembali ke Bukit Indah-Jusco dan Tesco.

                                  3. Tempat pertama kali aku dan DIA bertemu.

                                  4. Kapal-kapal yg setia menemaniku.

                                  5. Mereka-mereka yg menghiburkan dukaku.



                                  Kalau balik JB, aku lebih suka menghabiskan masa bersama pokok-pokok bunga ku, laut, dan kapal-kapal..aku boleh meluahkan segalanya kepada mereka, aku boleh menangis sepuasnya di hadapan mereka..kerana merekalah yg mengetahui kedukaanku selama 4 tahun ini..kerana merekalah juga yg menjadi saksi kesengsaraanku selama 4 tahun ini..terima kasih pokok-pokok, kapal-kapal dan lautan yg luas terbentang..terima kasih kerana setia bersamaku..sehingga kini, walaupun sudah hampir setahun perpisahan itu, aku masih tidak dapat melupakan DIA..kenapa DIA masih dalam ingatanku, mimpi-mimpiku?..sedangkan DIA sudah berbahagia bersama A**E..aku tidak mahu bermusuh dengan KAU-A**E kerana KAU tidak mengerti kesengsaraan, penderitaan dan pengorbanan aku selama 3 tahun dengannya..jika kau mengerti pasti lebih mudah kerjaku, pasti aku akan dapat hidup dengan tenang, pasti aku dapat melupakannya..tapi tidak mengapa, suatu hari nanti KAU pasti akan mengerti kerana KAU pun akan merasa apa yg aku lalui disebabkan DIA..



                                  your sincerely,
                                  fara,,

                                  Wednesday, April 7, 2010

                                  9 TAHUN...

                                  Beberapa jam saja lagi, tanggal 8 April 2010 bakal menjelma...pada tanggal itu, genaplah sudah 9 tahun pemergian bapa saudaraku..cepat sungguh masa berlalu...aku tidak akan pernah melupakan tanggal itu kerana pedih sangat detik 9 tahun lalu...hanya Allah saja yang tahu perasaan aku...kali terakhir aku berbual dengan bapa saudaraku adalah sehari sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir...ketika itu aku dan ibuku sudah mahu pulang ke Klang kerana keadaan bapa saudaraku sudah semakin pulih...

                                  namun, tidakku sangka keceriaannya dan keramahannya pada hari itu, adalah yang terakhir...keesokkanya, tepat jam 1.45 petang, dia telah pergi, dia telah pergi buat selama-lamanya...dia sudah bebas dari seksa penderitaan sakit buah pinggang yang dihidapinya selama 10 tahun...tapi, dia meninggalkan kesedihan buat aku kerana dialah satu-satunya bapa saudara (adik kandung ayah aku) aku yang masih hidup selepas pemergian pakcik beberapa tahun sebelum itu...namun, dia juga pergi meninggalkan kami, aku tidak pernah lupakan dia dan pakcik...andai aku ada kesempatan, Yasiin akan ku sedekahkan kepada mereka...kerana itulah saja tanda kasih yang dapat aku berikan...jika mahu menziarahi pusara mereka, hanya setahun sekali saja kerana jauh untuk aku lawati...

                                  Pak Co, Pak Cik, kenangan kita sekeluarga berkelah dan bercuti di Teluk Batik, bercuti di Kedah serta Taiping tidak akan Yong lupakan...hanya itulah saja detik-detik manis yang dapat Yong kenang...damailah kalian di sana...anakmu ini sentiasa menghitung hari untuk menemui kalian...

                                  your sincerely,
                                  fara,,

                                  Tuesday, April 6, 2010

                                  AKTIVITI MINGGU NI...

                                  Sepanjang 1-5 April 2010...aku dan teman-teman sibuk dengan aktiviti harian kami..apa lagi semestinya MUKA BUKU...sampaikan assignment pun kami ketepikan..bukan apa, syok sangat layan game dalam muka buku tu...terutama sekali Farmville dan Cafe World...memang gian habislah sampai sanggup bangun awal-awal pagi untuk melihat sama ada makanan di Cafe sudah masak ke belum..yang aku pula sibuk harvest tanamanku...target aku nak capai level 50 then baru aku bersara dari Farmville..huehehehe..yeke? Aku pun tak sure..



                                  Lepas dah puas layan game, barulah timbul keinsafan nak buat assignment..walaupun hanya diberikan 3 tasks, tapi kesemua task ini membuatkan aku makin gila hinggakan tersangap (mengantuk) jer tiap kali tengok soalan tu...tapi nak tak nak, aku kena buat juga sebab isnin kena submit...tapi tiap kali aku mula menaip, idea terus hilang, mood melayang-layang, and at last aku decide nak keluar hari ahad tu pergi nonton wayang...cerita apa? Cerita apa lagi bro, EVOLUSI KL DRIFT...barulah mood and semangat aku datang, nak-nak bila dengar deruman enjin skyline tu semua..fuhhh...memang gua suka, terasa sangat-sangatlah bersemangat and teruja nak meneruskan hidup dengan assignment...hahahahha..



                                  And the day after the next day (hari inilah-6 April) girlfriends aku buat surprise belated birthday party untuk aku dan Sha..memang surprise habis sebab apa? Sebab aku dan Sha dikejutkan pada pukul 7 pagi sedangkan kelas kami pada pukul 10 pagi dan 2 petang..nak tak nak aku bangun juga walaupun mamai sebab diorang dok koir lagu "Happy Birthday!"...really-really surprise..thanks sangat-sangat korang tapi kita kurang sorang lagi gegirl-Farha..walaupun dikau jauh dimata namun tetap dekat dihati kami semua...Miss you sayang.. Sempena party tu, Aca masak spaghetti, Fyza masak agar-agar and Zureen tolong hiaskan rumah dengan belon-belonan..dan kek ditempah khas dari ibu Hanis Zalikha, memang sedap..thanks all!!


                                  OKlah, hangpa layan saja gambar-gambar ni..wassalam..

                                  your sincerely,
                                  fara,,

                                  Thursday, April 1, 2010

                                  BERAKHIRNYA MAC...SELAMAT DATANG APRIL..

                                  "Selamat pagi cikgu" itu kata Upin & Ipin. Hari ini bermulanya hari baru dalam bulan baru iaitu April. Selamat datang 1 April, mesti ramai yg sibuk dok April Fool orangkan? Tak baiklah meraikan April Fool tu sebab...aku pun dah lupalah tapi ada kena mengena dengan Islam juga. OK, berbalik pada bulan Mac yang telah meninggalkan kita semua. Banyak yg telah berlaku dalam bulan ini antaranya Majlis Penubuhan Kolej Universiti Linton (tempat aku menimba ilmu), Latihan Tempatan di Batalion 1 REJ 508 (AW), lawatan ke Melaka dan Putrajaya, dan paling tidak dapat dilupakan adalah pertama kali aku menderma darah (memang dah target start umur 20 kena derma).

                                  Dan pagi tadi aku terjaga apabila tersedar dari mimpiku. Aku termimpikan dia. Dia yg telah lama pergi dari hidup aku. Tapi dalam mimpi itu, dia telah pergi selama-lamanya menyahut seruan Ilahi. Apakah tandanya ini? Aku menangis sakan dalam mimpi itu tapi tak tahulah masa tengah tidur itu aku menangis ke tidak. Ya, aku mengaku yg aku masih tidak dapat melupakannya hingga kini. Segala kenangan bersamanya masih tersemat mekar dalam ingatanku. Hubungan yg kusangka berakhir dijinjang pelamin berakhir di tengah jalan kerana adanya orang ketiga. Namun aku redha Ya Allah. Segalanya telah Kau suratkan untukku. Tetapi mengapa dia masih dalam ingatanku? Kenapa?!!

                                  Apa-apa pun, bulan Mac memang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buat aku sama ada di kem atau di kolej. Aku sangat menghargai Mac tetapi Mac terpaaksa pergi untuk memberi laluan kepada April mengukir kisahnya yg tersendiri. Semoga April ini segalanya akan berjalan dengan lancar kerana banyak aktiviti yg bakal menanti aku. Boleh dikatakan jadual aku April ini agak padat juga. Hari ini aku tak nak membebel lama-lama sebab resume aku 1 apa pun tak siap lagi. So, good luck girl! You can do it! Wassalam....





                                  your sincerely,
                                  fara,,