Assalamualaikum...
Sihat tak hari ini? Semoga korang semua sihat wal'afiat hari ni dan hari hari seterusnya. Aku sedih bila tengok orang yang aku kenal, yang aku sayang jatuh sakit. So, take care of yourselves my dearest friends.
Sebenarnya, aku nak story tentang kejadian semalam yang melanda diriku ini. Ceritanya bermula begini.....
Pada suatu pagi Selasa, dengan awan mendung berarak kelabu, aku dengan mummy gerak ke Bandar Baru Uda untuk fetch mak cik Bariah (my mum's friend). Mak cik nak belanja kami breakfast hari ni. So, kitorang pun makan makanlah di Restoran Remaja BBU. Nak dijadikan cerita, masa tengah syok kami melayan makanana tu, ada penguatkuasa dah saman kereta kelabu kesayangan aku tu. Aisehhh...selama 6 tahun duduk JB ni, first time kena saman sebab tak pamer tiket parking. Apa kes?!! So, nak tak nak kenalah bayar sebab kami tak tahu pun kawasan tu kena pamer tiket parking, tak perasan pun sebarang notis di situ.
Luckily, mak cik B nak bayarkan. Tapi kesian dekat dia sebab dia pun tak tahu menahu yang kena pamer tiket parking dalam area tu. So, lepas makan, kitorang gerak pergi HSA pula sebab ibu ibu mahu ketemu sama teman teman mereka (dah jangkit dengan Randy Pangalila). While they all met their friends, aku pun turun ke bawah berjalan kaki ke bangunan induk (ala bangunan merah tu). Satu satunya hospital di Malaysia yang berbangunan seperti itu. Agak jauh okey aku berjalan tu. Sangat exhausted dan berpeluh. Sangat tak suka begini. Kenapa aku turun ke bawah???
Actually, aku nak derma darah. Almaklumlah, darah AB ni bukankah pemurah. Sangat suka menderma darah and aku nak jadi penderma tetap once every 3 months sama macam my dad. Dengan muka excited nak derma darah, dah siap isi borang apa semua, aku pun diperiksa.
"What?? Tak boleh derma darah sebab bacaan darah tak cecah 12.5. Ala, 12.4 saja kot, sikit jer lagi tu, bolehlah akak baik. Saya datang jauh jauh semata mata nak derma darah dekat JB ni tau."
"Sorry yer dik, lain kali boleh datang lagi"
"Tapi kenapa darah saya tak capai sasaran tu?"
"Maybe sebab adik penat atau faktor pemakanan"
Aisehhh...aku dah agak dah. Penat kot aku berjalan jauh jauh tu. Menyesal pula aku jalan kaki. Kalau tahu jadi macam ni, aku drive saja turun ke bawah tu (phewwiittt! Dah ada P). Tak apalah, buka rezeki aku hari ni. Then, aku jumpa my mom balik. Dia suruh aku ambilkan ubat dia dekat farmasi sebab dia tak sihat. Aku pun dengan muka selamba and cool, pergilah ambil ubat tu. Dalam hati ni ada rasa yang sangat tak sedap, risau semacam. You know what? Bila kau dah masuk kereta, my mom ask,
"Ada nampak budak tu tadi?"
"Hah! Siapa?"
Oh my, rupanya mak aku terserempak dengan ex boy aku. Kenapalah aku tak perasan ek. Aku nak tengok muka dia, nak tahu keadaan dia. Aku risau bila mak aku kata, muka dia pucat apa semua. ='(
Ya Allah, Kau panjangkan usianya. Kau sihatkan dia seperti sedia kala. Berilah dia peluang untuk hidup bahagia selepas ini.
Lepas melawat HSA, kami ke Majlis Bndaraya JB pula sebab nak bayar saman tu. Dapat 50% diskaun okey sebab bayar less than 14 days. Dah melawat and pusing JB, kami gerak ke Plaza Angsana pula for lunch. Tapi masa banyak dihabiskan dekat Cosway lah pula. Adeshh...layan sajalah ibu ibu ku ini. Disebabkan my mom tak selera nak makan, mak cik B belikan dia roti and for me, aku beli Prosperity yang aku idamkan sejak dua menjak ni. Then, hantar mak cik B balik ke rumah dia and we go back to PTP.
Sehinggalah aku sampai di rumah, cuaca tak hujan. Masih panas terik walaupun pagi tadi awan mendung berarak kelabu. =)
Dari Hati Nuraniku,
fara,,