NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, May 12, 2010

APA YANG AKU MAHU?..


Salam,,selamat pagi kepada yg baru bangun tidur,,pagi ini saya tidak ke kelas, kenapa? Kerana jiwa saya masih kacau, sejak dari tahun lepas lagi bulan April dan Mei membuatkan hidup saya tunggang-langgang, kacau-bilau,,saya tidak tahu mengapa mesti 2 bulan ini yg menjadikan hidup saya tidak menentu,,saya fikir kisah lama tidak akan berulang rupanya ia masih mahu diungkit, diperkisahkan semula,,saya sayang keluarga saya, saya tidak mahu semuanya rosak kerana saya,,saya tahu, abang dan makcik saya akan marah sebab itu saya tidak akan berpatah balik,,tapi saya memerlukan masa, masa untuk bersendiri, masa untuk berfikir, masa untuk muhasabah diri saya semula,,saya tahu kekurangan diri ini kerana itulah saya tidak boleh berundur apatah lagi mengalah tidak sekali,,kepada kamu, dia, dan awak, saya minta maaf banyak-banyak,,saya tahu saya tidak sempurna untuk kalian,,saya tahu saya banyak menyakiti hati mereka-mereka di sekeliling saya,,saya cuba untuk berubah, saya cuba menjadi seperti yg dia mahu, dia sangat memahami, terlalu baik untuk saya,,saya akan hargai setiap peluang yg ada,,jangan abaikan saya, jangan tinggalkan saya, jangan lupakan saya, saya sayang dia,,dia tahu siapa yg saya maksudkan,,

Ya Allah, aku insan yg lemah, selemah-lemah ummat,,bantulah aku untuk meneruskan hidup ini, berikan aku petunjukMu, tunjukkan aku jalan kebenaran,,tabahkan hatiku, kuatkan imanku, jadikan aku sekuat dan setabah Sumayyah dalam mengharungi ranjau hidup ini,,Kau sentiasa ada untuk aku meminta Ya Allah, cuma aku yg terkadang terleka dan terlalai mengingatiMu, ampuni aku Ya Allah, aku hanya mahu keredhaan dan keampunanMu agar aku tidak terlalai lagi,,

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

2 comments:

jiji said...

sungguh mulia cek adeq ni..
erm sape yg dimasudkan 2??cora ker?

::KEGIRANGAN DUA CAHAYA:: said...

yap, hang cora..sy tidak mulia kerana junjungan mulia-rasulullah saja yg mulia...