NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, April 20, 2010

CUKUP SAMPAI DI SINI...

Selepas membaca suatu kisah mengenai ber’couple’ itu haram, hatiku berbelah bahagi. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Adakah aku patut melepaskan semua perasaan cinta kepada insan yang bernama kekasih? Bagaimana aku boleh meneruskan hidup ini tanpa cinta kepada lelaki? Sesungguhnya fitrah wanita dijadikan untuk disayangi tetapi kasih sayang yang diredhai adalah kasih sayang yang halal di sisi Allah s.w.t. Aku sedar, aku sudah banyak terjebak dengan mainan perasaanku sendiri. Aku sudah terjebak ke lembah maksiat (maksiat tangan, kaki, hati, mata, mulut, telinga) sejak aku mengenal cinta. Namun, seperti bait-bait lagu Insyaallah daripada Maher Zain yang berbunyi,

“Setiap masa apabila kamu merasakan kamu tidak boleh melakukannya,

kamu terasa seperti kehilangan, kamu keseorangan,

hanya kelihatan kegelapan malam yang menyelubungi,

kamu terasa lemah sehingga tidak dapat memilih jalan mana yang harus dituju,…

… setiap masa apabila kamu melakukan kesilapan,

Kamu rasa kamu tidak boleh bertaubat dan ianya sudah terlambat,

Kamu keliru sehinggakan membuat keputusan yang salah,

Menghantui minda dan hati kamu penuh dengan perasaan malu,

Jangan berserah dan berputus harap, kerana Allah sentiasa berada di sisi…”

Lagu ini memang banyak memberi kesan dalam hidup aku. Lagu ini juga telah memberikan aku kekuatan untuk meninggalkan seseorang. Maafkan aku kerana terpaksa membuat keputusan ini. Aku tidak mahu derhaka lagi kepada Maha Penciptaku. Biarlah apa yang kamu mahu perkatakan kerana Dia lebih mengetahui daripada semuanya. Bukan mudah untuk aku melepaskan kamu, melepaskan tugu cinta kita, tapi sedarlah bahawa jodoh, pertemuan, ajal, maut, semuanya ditentukan Allah dan jika jodoh kita dipertemu dan di permudahkan, insya allah kita akan bersatu jua nanti. Berdoalah semoga hari yang dinantikan itu tiba dan kita dapat bertemu semula. Hati ini tetap menyayangimu. Jangan pernah meragui kasih sayangku selama ini. Walaupun banyak dugaan yang kita tempuhi, selalu bertengkar, tapi kamu tetap yang ku sayang. Aku akan tetap pegang pada kata-kataku. Segalanya ku serahkan pada Dia kerana Dia Maha Mengetahui. Betapa berat hati ini untuk melepaskanmu, tetapi kerana Dia aku terpaksa juga melepaskanmu. Aku mahu mencari keredhaanNya dalam hidup ini kerana itulah tujuan asal kita semua dijadikan di dunia ini-untuk mencari keredhaanNya yang hakiki untuk hidup bahagia di Taman-taman SyurgaNya kelak. Insya allah.

P/S: Ketahuilah kamu bahawa semasa aku sedang menaip entry ini, hatiku pilu sekali..tangan seakan-akan kaku untuk menaip tapi aku terpaksa..peganglah pada janjiku, kerana semuanya di tangan Ya Rabbi..semoga kamu terus dengan kehidupan seperti biasa walaupun tanpa aku disisi..

satu hadis mengatakan...

"jika seseorang hamba Allah menahan keinginannye dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"


your sincerely,
fara,,

4 comments:

EaSt said...

alhamdulillah..bersyukur krane dberi kesedaran ini.. =)

smoga anda kuat berpegang padenya, jgn hangat2 taik ayam je...

may ALLAH bless u..;)

Fatin Ruslin said...

berchenta selepas kahwen itu lebih baik apeee... ;)

::KEGIRANGAN DUA CAHAYA:: said...

KAK IS: Insya allah sy akan cuba ke arah kebaikan..

FATIN: Mcm cerita Adam Maya ke? heheheh..just joke. mungkin tiada cinta untukku lagi..

EaSt said...

haish..mne bleh 'tiade cinta utk ku lg'...

tuhan tu maha adil, msti ade ssuatu yg lbih baik die nk kurniakan kt kite slps die dh tarik ssuatu yg xde la bgus sgt utk kite...

yakin la pdaNYA..insyaallah..

p/s: cinta kpde ALLAH, Rasul n ibubapa juga adalah cinta :)