Assalamualaikum...
Hari ni seharian aku menghabiskan masa di Nilai, macam tak pernah meronggeng dekat Nilai jer (padahal duduk dekat sini jer)...actually, aku ada JPJ Test pagi tadi dekat Akademi Memandu Nilai tu, dan tak tahulah apa nasib badan susah nak lulus...kadang kadang aku ada terfikir nak beli lesen terbang jer sebab dah geram sangat dengan test tu...duit beratus ratus habis tapi lesennya tak dapat gak...hangin seyhhh wa hari ni...
Disebabkan hangin, dari pagi aku tak makan sampailah pukul 3 petang, tu pun sebab perut dah nyanyi rock n roll kalau tak memang aku tak nak makan langsung...lepas dah puas membuta (sebab pagi tadi tak sempat membuta gara gara dapat sesi 1 JPJ Test), barulah aku makan nasi...itu pun kena jadi tong sampah menghabiskan semua lauk yang ada... ='(
.:: Suasana dan keadaan calon ketika menunggu giliran ::.
.:: Pak Cik JPJ yang sentiasa serius (dalam bulatan), susah nak tengok dia senyum ::.
.:: First time aku dapat sesi 1, ingatkan lucky rupanya tak juga ::.
Petang atau malam ni, nak ke KLIA pula menjemput kepulangan insan tersayang...sudah setahun ndak ketemu, rindu nak gaduh, tumbuk, marah marah dia... =)
"Cepatlah sampai gemuk, aku dah bosan dok dalam hotel ni...nak lepak KLIA awal sangat"... =.="
Sebenarnya, aku dok lepak jer dalam Hotel Nilai ni...walaupun dah 3 tahun dok Nilai tapi baru sekarang nak tidur hotel ni...before this tidur hotel yang dekat Nilai Square tu jer...hotel ni pun okey what kalau setakat nak stay for few hours jer macam kami ni - musafir...tempat makan@cafe disediakan, WiFi pun ada, makanan pun boleh delivery (macam macam makanan ada - western and malay), hotel bersih dan selesa...lepas ni boleh datang lagi sementara nak ke KLIA tu sebab jaraknya pun lebih kurang 20-30 minit sahaja... =)
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
No comments:
Post a Comment