NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 30, 2011

THE END OF JUNE...

Assalamualaikum...

Hari ni 30 Jun adalah penutup untuk bulan Jun dan setengah tahun sudah kita berada dalam tahun 2011...tak lama lagi masuk 2012 dan umur pun semakin meningkat...
Bulan Jun ni macam macam perkara berlaku dalam hidup aku...suka dan duka semuanya ada menjadi perencah menyedapkan lagi hidup aku...
Apa apa pun, ku harap pujaan hatiku sentiasa baik baik saja, semoga hidupnya makin indah, gembira, ceria, dan bahagia tanpa aku disisi... =)

Hari ni aku di JB, esok lusa ak tahu lagi ke mana destinasi tujuan hati...so, kenalah manfaatkan setiap masa yang ada di sini untuk dihabiskan dalam bilikku syurgaku...walaupun taklah seindah mana tapi di sinilah bilik yang paling best, sedap, dan syok untuk menanam tahi mata... =D

Sedangkan 3 tahun pun aku dah sedih nak tinggalkan, inikan pula yang dah dekat 6 tahun aku duduki...lepas ni tak tahu lagi bila boleh balik JB lagi, sebab masa aku akan dihabiskan di Selangor pula...macam macam hal lagi kena settlekan dan uruskan...nasib baik assistant aku dah balik so, bolehlah buli dia habis habisan...that's all for today, see you next time guys~

.:: My old and new HK collections ::.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, June 28, 2011

NILAI...

Assalamualaikum...

Hari ni seharian aku menghabiskan masa di Nilai, macam tak pernah meronggeng dekat Nilai jer (padahal duduk dekat sini jer)...actually, aku ada JPJ Test pagi tadi dekat Akademi Memandu Nilai tu, dan tak tahulah apa nasib badan susah nak lulus...kadang kadang aku ada terfikir nak beli lesen terbang jer sebab dah geram sangat dengan test tu...duit beratus ratus habis tapi lesennya tak dapat gak...hangin seyhhh wa hari ni...

Disebabkan hangin, dari pagi aku tak makan sampailah pukul 3 petang, tu pun sebab perut dah nyanyi rock n roll kalau tak memang aku tak nak makan langsung...lepas dah puas membuta (sebab pagi tadi tak sempat membuta gara gara dapat sesi 1 JPJ Test), barulah aku makan nasi...itu pun kena jadi tong sampah menghabiskan semua lauk yang ada... ='(


.:: Suasana dan keadaan calon ketika menunggu giliran ::.


.:: Pak Cik JPJ yang sentiasa serius (dalam bulatan), susah nak tengok dia senyum ::.



.:: First time aku dapat sesi 1, ingatkan lucky rupanya tak juga ::.

Petang atau malam ni, nak ke KLIA pula menjemput kepulangan insan tersayang...sudah setahun ndak ketemu, rindu nak gaduh, tumbuk, marah marah dia... =)


"Cepatlah sampai gemuk, aku dah bosan dok dalam hotel ni...nak lepak KLIA awal sangat"... =.="


Sebenarnya, aku dok lepak jer dalam Hotel Nilai ni...walaupun dah 3 tahun dok Nilai tapi baru sekarang nak tidur hotel ni...before this tidur hotel yang dekat Nilai Square tu jer...hotel ni pun okey what kalau setakat nak stay for few hours jer macam kami ni - musafir...tempat makan@cafe disediakan, WiFi pun ada, makanan pun boleh delivery (macam macam makanan ada - western and malay), hotel bersih dan selesa...lepas ni boleh datang lagi sementara nak ke KLIA tu sebab jaraknya pun lebih kurang 20-30 minit sahaja... =)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, June 27, 2011

REMEMBER THIS...

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang, TETAPI ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang...



Dari Hati Nuraniku, fara,,

Sunday, June 26, 2011

KISAH SEMALAM...

Assalamualaikum...

Semalam - aku berada di Kolej kediaman SI03-0402...untuk kali terakhir aku turun naik hostel tu lebih 10 kali...sangat penat, memang makin up lar muscle aku ni...so, jangan tegur kalau nampak muscle and mantop macam lelaki...terima kasih kepada mereka yang membantu mengangkat barang semalam - NUR KHAIRUL dan AHMAD MUSLIM serta MR. DEVIL and MISS DEVIL... =)
Muslim and Nur jangan lupa jumpa akak dua minggu lagi...

Kepada sesiapa yang aku tak sempat jumpa semalam, sorry for everything...semoga bertemu lagi kalau dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, dan dipertemukan jodohnya...

Kepada yang sentiasa dalam hati dan ingatan aku, aku rindu korang sesangat terutamanya AWAK, DIA dan KAMU...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, June 25, 2011

CERITA HARI INI...

Assalamualaikum...

Cerita hari ini adalah mengenai

,,

,,

,,

,,

,,

,,

,,

,,

,,

AIR MATA...





Air mata yang tumpah kerana persahabatan,,
Air mata yang tumpah kerana kasih sayang,,
Air mata yang tumpah kerana kenangan,,
Air mata yang tumpah kerana percintaan,,

Tapi air mata aku tumpah kerana rasa sayang, kasih dan cinta aku pada persahabatan yang terjalin sejak 3 tahun lepas...
sukar untuk dilupakan apatah lagi diputuskan...
mengalirnya tanpa dipaksa, dengan rela sebak mencengkam dada...
kerana rasa ini...
aku kuat, tabah menjalani hidup berkelana...
terima kasih sahabat, teman, kawan, rakan, taulan...
kerana adanya kalian...
aku berjaya menamatkan pengajianku...
kerana adanya group yang memahami dan membantu...

REMEMBER THIS - W2F2 will last forever...


.::NURINDAH-NUR AFIZA-HILLIHAYATUL AIN-CHE NURAZUREEN-FARAH ZUNNURAIN::.

P/S: Hujan yg membasahi bumi Legenda pagi tadi seakan tidak merelakan perpisahan ini...tapi kita terpaksa berpisah kerana kehendak takdir...dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan...do keep in touch...will love you all forever~




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, June 24, 2011

HARI TERAKHIR...

Assalamualaikum...

Terasa seperti mahu aku skip hari ni...hari terakhir aku berada di kolej ini sebelum pulang ke kediaman keluarga pada esok hari...
tersangatlah sedih, sayu, sebak, bila dipeluk, dicium oleh teman teman...
3 tahun bersama, berkenalan dalam satu orientasi, belajar dalam satu kelas, berumah tangga dalam satu rumah, rekrut dalam satu batch, semuanya dilakukan bersama...
masing masing terpisah dengan keluarga, semua keputusan harus dibuat sendiri tanpa keluarga disisi...
semuanya dikongsi bersama, suka duka dilalui dan dikongsi bersama walaupun tiada sebarang pertalian darah...
hanya saudara seagama menjadi penguat silaturrahim...
sungguh perit, sungguh pedih perpisahan ini...
hanya air mata dapat meluahkan segalanya...
diharap perhubungan yang terjalin akan kekal salamanya dengan adanya Facebook, telefon, email, YM, Skype, dan lain lain lagi...
Semoga kalian semua berjaya dalam segala bidang yang diceburi, semoga berbahagia disisi keluarga dan insan tersayang...

I WILL MISS YOU GUYS...WHEREVER WE ARE, THE MEMORIES WILL REMAINS...



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, June 22, 2011

HARI KE-3...

 Assalamualaikum...


Selamat menyambut kemerdekaan buat rakan rakanku HND in Business...kemerdekaan apa? Kemerdekaan daripada HND course...tamatlah sudah semuanya selama 3 tahun di sini setelah berakhirnya paper terakhir semester akhir ini (banyak sangat akhirnya)...


Malam ni jamuan kelas akan diadakan...meriah sungguh dengan kehadiran lecturers dan rakan rakan sekelas...semuanya happy dan enjoy...aku pun happy dan enjoy...rasa sedih, terharu sebab dah nak habis study di sini...macam macam hal kita tempuh selama 3 tahun di sini...gaduh mulut, gosip belakang, marah marah sayang, semuanya ada...tapi still bersama di akhirnya... =D





Apa apa pun thanks atas hadiah hadiah korang...macam macam adakan...jangan ambil hati dengan semua tu, kitorang pun tak tahu apa yang korang akan dapat, semuanya ikut luck masing masing...macam mana pun, aku minta maaf kalau ada kekurangan dalam pengurusan hadiah tadi...aku dan kembar kembarku sudah cuba buat yang termampu...terima kasih sekali lagi... =)


P/S: Kepada Monster D, terima kasih atas buku tu...sangat bermakna dan berharga... =)
Sorry kalau aku guna nama tu sebab aku suka dengan nama Monster D tu... =)

Dari Hati Nuraniku, fara,,

Tuesday, June 21, 2011

HARI KE-4...

Assalamualaikum...

Hari ni tak ada pape yang menarik...malam ni masak agar agar untuk jamuan esok malam...
Mood: Study...esok final and last paper for this semester...good luck semua H4 HND in Business... =D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, June 20, 2011

HARI KE-5...

Assalamualaikum~


PAGI: Yeahhh!! Akhirnya, berjaya juga aku menjawab first paper untuk final exam ni...alhamdulillah, semuanya okey okey saja...hopefully boleh skor subjek itu - Financial Systems and Auditing (FSA) bukan F.S.A.S okey, yang tu lain maknanya... =D

PETANG: Kami budak kelas H4 HND in Business akan mengadakan sesi fotografi bertemakan PICNIC!! Memang gempak, dok bergambar di tengah panas terik mentari, cair semua make up mak nyahhh...walaupun berjemur hanya 1 jam, tapi kulit tetap hangus terbakar, memang sensitif okey...namun, demi hasil gambar yang memuaskan, layankan saja photographers tu semua...inilah masanya untuk meraikan sem terakhir kita di kolej ni, betul tak kawan kawan?? 

MALAM: Aku dan kembar kembarku diamanahkan untuk menguruskan hadiah for the class party...walaupun hadiahnya tak seberapa tetapi makna disebaliknya sangat mendalam...so, kitorang pergi Giant Nilai menaiki BKG-for the last time...selesai beli hadiah dan bungkus semua, barulah kitorang mengemas barang barang rumah dan keluar makan angin ambil angin...saja nak tengok suasana malam dalam hostel ni, macam biasalah court dan taman dipenuhi dengan junior junior...dan sekali lagi, kes histeria mengambil tempat di sana...

Makanya aku dengan Zureen tak jadi lepak lelama dekat sana...so kitorang pergi ke rumah Aina...pabila gossip crew bertemu, macam macam hot news keluar...yelah, bila lagi nak buat ketupat, masa inilah untuk kami habiskan...dan aku hanya tidur pada jam 5 pagi... =)

P/S: Itu adalah beberapa aksi rakan rakan sekelas aku dalam sesi fotografi tersebut...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, June 19, 2011

HARI KE-6...

Assalamualaikum~

Hari keenam sebelum meninggalkan kehidupan dan dunia di hostel...sayulah pula malam malam gini, nak study pun terbantut...rasa nak keluar, pusing 1 hostel, tengok junior junior lepak and borak borak sambil makan ice cream atau membeli belah di kedai belakang sebab lepas ni dah tak rasa semua ni lagi...

Imagine.....
Bila aku duduk dalam hostel, aku boleh melupakan segala kisah duka dan suka aku dengan DIA, tapi bila aku duduk rumah family aku, on the spot semua kenangan dengan DIA akan terimbau kembali...terutama sekali pabila berada di Shah Alam-tempat kami pernah memadu kasih dahulu... ='(

Imagine.....
Macam mana hidup aku bila dah tak ada junior junior di sekeliling, kawan kawan mencurah perasaan, dan duduk sengsorang dekat rumah tanpa sebarang kerja...mestilah aku akan ingat semua tentang DIA...dan juga akan merindui zaman kolej aku...3 tahun berlalu dengan pantas, kalau dulu nak sangat cepat habis belajar and berambus dari sini tapi hari ni, aku nak cakap... 

"I DON'T WANT TO MOVE OUT!" ='(

Tapi aku kena terima hakikat, semuanya bermula pasti akan berakhir...so, hidup baru perlu dibina dan diteruskan...by the way, aku telah selamat berada di kolej ni pukul 7 p.m. tadi...dan mungkin sekarang ni sedang bersuka ria study (walhal dok online and membuta saja)...tapi sungguh, aku tak nak sia siakan masa aku yang tinggal 6 hari ni...aku kena habiskan dengan bermanfaat... =D

P/S: Tadi ada abang teksi ni minta nombor telefon, tapi dia ingat senang ke aku nak bagi dekat orang yang aku tak suka? Walaupun handsome and gorgeous sekalipun, aku takkan mudah dipengaruhi...(ayat poyo!)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, June 18, 2011

HARI KE-7...

Assalamualaikum~

Hari ni aku menghabiskan masa dengan family walaupun next week sudah pulang kembali untuk terus duduk dengan my beloved family...by the way, before balik ke Shah Alam tadi, sempat jugalah aku merasa agar agar pisang bercoklat yang aku masak pukul 1 pagi tadi...lepas tu masuk tidur pukul 3 pagi and lastly aku hanya boleh tidur pukul 5 pagi...tu pun setelah bersusah payah pusing kiri kanan untuk tidur...serba tak kena rasanya...then, pukul 8 pagi mummy dah kejut suruh bangun and lepas tu langsung tak boleh tidur dah...poor me...mesti dalam kepala banyak berfikir sampaikan tak boleh nak tidur...

Tapi bila dah bangun pagi terus happy sebab parent ku akan datang menjemput dan mengangkut half of my belongings to Shah Alam...lepas tu dapat pula bertemu awak, dan terpaksa menghalau awak balik...so sorry yer sebab tak ada masa tadi nak borak borak...walaupun hanya tinggal seminggu di kolej tapi, saya masih berada di Selangor dan Negeri Sembilan-Selangor hanyalah bersempadan...anytime boleh jumpa... =)

Petang tadi macam biasa pergi melawat U.M dan Port Klang...malam ni pula akan ke Uptown untuk melawat bokbong... =D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, June 17, 2011

HARI KE-8...

Salam readers~

Hari ini adalah hari Jumaat...so kepada para lelaki sekalian, silalah ke masjid masjid yang berhampiran yer...
Tinggal seminggu lagi masa untuk dihabiskan di sini...tolak esok and Ahad, tinggal 6 hari saja aku di sini...haiyakkk!! Manyak sidih lorr...macam mana nak berpisah ni, 3 tahun bersama...sedangkan couple 6, 7 bulan bila clash pun menangis macam orang hilang anak, inikan pula dah 3 tahun bersama...macam manalah gamaknya ya??

Hari ni, aku dan kembar ku bertiga telah berusaha dengan titik peluh kami untuk mencari nafkah yang HALAL demi untuk jamuan terakhir kelas kami...bukan apa, kalau boleh kami nak sesuatu usaha kami tu yang menampakkan hasil dengan hasil tangan kami sendiri...oleh yang demikian, setelah berpenat lelah mengemas buku buku dan kertas yang sudah tidak digunakan lagi, makanya tadi kami telah menghantarnya ke recycle...we must love our nature, therefore we must take a good care of it...so, recycle is one of the most important thing we MUST DO! Itupun kalau korang semua nak tengok anak cucu cicit piat piut korang hidup dalam dunia yang 'sihat' suatu hari nanti...kalau dunia ni dah sakit, memang kita semua pun akan sakit okey!

Dan hasil dari titik peluh kami, dapatlah RM20 untuk digunakan membeli bahan bahan masakan for the party...sangatlah bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah bagi ni...duit tu memang cukup cukup untuk semua bahan masakan tu nanti...ALHAMDULILLAH =)


Apa apa pun, layanlah lagu ni...lepas ni hari hari aku akan rindu korang semua...terutama sekali yang aku sayang, yang aku cinta, dan yang aku rindu...semoga berbahagia selalu... =D

P/S: Thanks kepada owner BKG yang sangat bermurah hati dan mempercayai kami...thanks Aqilah... =)




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, June 16, 2011

HARI KE-9...

Salam readers~

Happy Thursday...hari ni last episod Ahmad Albob dan Nora Elena...nanti mesti rindu nak tengok kegentleman Seth Tan...so romantic...malam tadi sudah spend time dengan friends ku...tak tahu bila lagi boleh ketemukan...harap harap lepas ni jangan lost contact dan kepada AWAK, KALAU KAHWIN DI SABAH NANTI JANGAN LUPA JEMPUT... =D

Hari genap setahun aku mengenalinya...tetapi hubungan yang disangka panas sampai ke petang hanyalah bertahan selama beberapa bulan...hujan yang turun di tengah hari tidak kusangka sama sekali...inilah yang ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa, aku redha...aku tetap sayangkan dia sampai bila bila...thanks sebab pernah hadir dalam hidup saya dan happykan saya...semoga awak bahagia selamanya... =|

Nothing much to say...semoga semuanya menjadi seperti yang dirancang...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, June 15, 2011

HARI KE-10...

Salam readers~

Aktiviti aku hari ni adalah mengemas barang barang yang sudah boleh dilupuskan setelah 3 tahun dalam simpanan (kekasih boleh dilupuskan tak?)... =)

Sebenarnya mood rajin ni tiba tiba datang and kitorang bersemangat nak mengemas pun bila fikir tinggal 10 hari saja lagi dan barang di rumah ni memang banyak yang perlu dikemaskan...so semuanya harus dilakukan dengan cepat sebelum family family datang mengangkut barang yang berlori lori ni (macam banyak sangat)...then petangnya, kitorang ke pasar malam, maybe yang terakhir di kolej ni...sedih pula nak tinggalkan chaw juey tiaw, air tebu, cucuk cucuk, ayam gunting, dan lain lain lagi dekat pasar malam ni...bulan Ramadha pun dah tak macam dulu, tahun ni masing masing berbuka dan bersahur bersama family tercinta... ='(

By the way, malam ni menginap di rumah Kak Indah, mahu tukar angin gitu...and malamnya kitorang keluar tengok gerhana bulan...cantikkkkk...bulan memang sentiasa cantik, kan awak? =D

Okey, till now, take care...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

LAGU KITA 2...

Lagu ni pun awak suruh saya dengar...dan saya suka...tapi SEKARANG? ='(



Dari Hati Nuraniku,fara,,

LAGU KITA...

DULU lagu ni memang aku suka dengar, liriknya memang best, ada kaitan dengan KITA... ='(




Dari Hati Nuraniku,fara,,

JEALOUS???

Salam readers~

Topik kali ini ialah jealous...korang kuat jealous tak? For sure aku memang kuat cemburu terutama sekali bila dalam perhubungan...thats why lah semua lelaki lari dari aku... =D

Tak apalah, tapi yang membuatkan aku bertambah jealous adalah dengan perempuan cantik ni...memang aku jealous sangat dengan dia ni...masa couple dulu pun, my ex suka sangat tengok dia ni...dan bila aku tengok and layan sendiri cerita yang dia berlakon, terus tak jealous dah...malah aku pun turut jatuh suka dekat dia...so cantik, so putih ini orang...memang patut pun lelaki semua suka tengok cerita tu, bukan saja jalan cerita yang best, suspense tapi pelakon pun tip top+cantik+handsome...



Mari Mar dibintangi oleh Marian Rivera sebagai Mari Mar@Bella Aldama disamping si hero kacak Dingdong Dantes sebagai Sergio...okey! Aku jatuh hati sama Sergio sudah... =)


Conclusion, saya dah tak jealous bila awak suka sangat tengok cerita Mari Mar ni...smile =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, June 14, 2011

HARI KE-11...

Salam readers yang dikasihi~

Hari ni kita semua dikejutkan dengan gempa bumi di Sumatera...dan hostel aku turut merasa gegarannya (tapi aku tak rasa pun)...apa apa pun semoga Allah memelihara kita semua dan dijauhkan daripada segala musibah...aminnn!

Hari ni aku nak minta tolong korang semua tolong LIKE gambar aku tapi before tu LIKE dulu page bawah ni:

1-  SAYA SUKA TEDDY BEAR!

Lepas tu korang LIKE pula gambar ni:

2- GAMBAR AKU~


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

JAGAKAN DIA...

Tuhan, jagakan dia, dia kekasihku, yg tetap milikku...
Aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi sepenuh hatiku...



Dari Hati Nuraniku,fara,,

Monday, June 13, 2011

HANYA SEMENTARA...

Jika ini yang sudah tercatat di atas sana, maka redha dan bersabarlah dengan setiap ujian yang diturunkan sesungguhNya orang yang diberi banyak ujian itu adalah orang yang beruntung kerana Allah ingin menguji tahap keimanan dan ketaqwaannya...

"Jika kita sukakan seseorang, jangan beritahu dia yang kita sukakannya kerana nanti Allah kurangkan rasa cinta kepadanya...tetapi sebaliknya, luahkan pada Allah beritahuNya kerana Dia Maha Mengetahui siapa jodoh kita..."

Mungkin di dunia hidup kita tidak seperti yang diimpikan tetapi di akhirat yang kekal abadi nanti lebih banyak yang kita boleh nikmati... =)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,


HARI KE-12...

Salam readers yang dikasihi~

Hari ni officiallynya aku bercerai dengan Encik Auditing...hubungan yang dibina hanya bertahan selama sebulan...itu pun macam macam dugaan dan cabaran mendatang, masa nak divorce tu pun melayang duit aku...daripada harga RM4 naik dua kali ganda harga untuk bercerai tu...hishh!! Memang menyusahkanlah dia ni...apap apa pun sangat happy setelah SINGLE AVAILABLE semula...terima kasih semua bekas pacarku - Mr. Taxation, Abang Research, Baby B.S, dan lastly, Encik Audit (dah nak macam Encik A*** plak)... =)

Dan sekarang, bolehlah aku tidur dengan damai, tenang, nyenyak dan dibuai mimpi mimpi enak...wuhuuuu!! Sedihlah pula, lepas ni dah tak ada assignments, tak pergi kedai Abang Botak, tak pergi lecturer's room...semuanya akan menjadi memori terindah sebagai student...sobss...sobbss... ='(

P/S: Kepada semua warga Kolej Universiti Linton (sama ada ITP, JATI, atau LEGENDA), selamat menjawab dan menduduki final exam untuk semester ini...jawab soalan elok elok for distinction okey! Dan kepada H4 HND in Business Study, paper kita next week so, mari enjoy dulu!! =D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, June 12, 2011

HARI KE-13...

Salam readers yang dikasihi~

Sorry lambat update...tak ada mood sebenarnya nak update awal awal...by the way, hari ni tanggal 12 June 2011 is my father's birthday...selamat ulangtahun kelahiran ke-51 daddy, I love you...tak lupa juga selamat hari bapa juga...wahhh!! Bestkan sambut birthday dan father's day serentak...sangat beruntung my father...tapi hadiahnya lambat sikitlah, tak cukup ongkos nak beli... =D

Hari ini hanya duduk di hostel dan berusaha menyiapkan Auditing (tak buat pun, aku dok telek saja assignment brief tu)...mueeheheeheee!! Then, aku dengar online radio...semua channel aku on sampai pekak sekejap telinga ni...tapi bestlah, macam macam bahasa aku dengar... =)

P/S: Kononnya hari ni nak memasak dan mengemas rumah, tapi gara gara maintenance yang datang tak tentu masa, hilang mood aku nak buat semua tu... mana taknya, setelah sebulan aku berumah tangga di ruang tamu, baru hari ni dia datang baikkan kipas dalam bilik tu...dah naik sakit tulang belakang aku ni tidur atas lantai... ='(



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, June 11, 2011

HARI KE-14...


Salam readers~

Happy weekends! Cepatnye masa ni berlalukan...dah seminggu rupanya aku tak kelik Shah Alam...mueeheheee...it's okey it's alright, next week boleh balik terus...



BTW, hari ni aku telah melapangkan kepala otak aku dengan keluar dari hostel ni...dapatlah hirup udara 'segar' yang di'wangi'kan dengan asap rokok...memang sihat hari hari dok sedut asap rokok ni kan...apa apa pun back to the story...aku keluar dengan best boyfriend A.K.A. adik beradik satu E.F...kitorang keluar tengok KL GANGSTER dekat The Mines saja...tu pun aku rasa dah penat berjalan, nasib baik tak tidur dalam panggung tu...kalau aku tidur maknanya KL Gangster tu x syok lah kan, tapi memandangkan aku berjaga sampai habis movie tu, maknanya BESTlah cerita tu...memang aksi ganas+bahasa kasar tapi aku SUKA SANGAT!

"Lu abang long ka, lu ayahanda ka ini KL wa pegang!"

Before tengok cerita tu, aku sempat melepaskan gian dekat CENDOL!! Walaupun hanya cendol biasa itu sudah cukup untuk menghilangkan keinginan yang masih tidak sempurna dengan cendol...before ni pun aku ada pergi Kajang dengan member memberku semata mata nak cari cendol, aku lupa yang dekat Taman Semarak tu ada jual cendol...apalah yang aku fikirkan sampai lupa pasal tu...tapi kalau tak pergi Kajang hari tu, tak dapat pula kawanku merasa Pulut Mangga...ada hikmah disebalik yang berlaku... =)

P/S: Hari ni perlawanan bola antara Kelantan dan Terengganu untuk merebut Piala FA...Good luck-Gomo Klate Gomo vs Peteh Ganu Peteh...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, June 10, 2011

HARI KE-15...

Salam readers~

Hari ni hari terakhir untuk ke kelas...lepas ni tak tahu lagi bila aku akan menjadi student...tapi bahang exam masih tak terasa sebabnya ada assignment lagi yang belum disubmit...oleh yang demikian, aku tak boleh prepare for the exam yet...kena cool down dulu lepas submit Auditing and after that, boleh enjoy before jawab exam... =D

Walau bagaimanapun, aku harap hari ini lebih baik daripada hari semalam...semoga segala kekurangan dapat dibaiki, dan segala kesalahan dapat dimaafi...adat dunia, setiap manusia pasti melakukan kesilapan, tiada yang sempurna melainkan Maha Pencipta Ya Rab...jangan gaduh gaduh, jangan emo emo okey...aku sayang korang... =)

P/S: Walaupun hanya "awak sihat?" itu sudah sudah cukup membuatkan aku bertambah sayang dan rindu...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, June 9, 2011

HARI KE-16...

Salam readers~

Suppose hari ni aku dah di level 5 untuk assignment Auditing tapi masih di level 1 nampak gayanya...memang nak minta extend lah dengan lecturer ni...bila banyak benda nak di settlekan sebelum tamatnya semester ini, maka beginilah jadinya, susah nak divorce dengan Mr. Auditing sedangkan yang lain semua dah tinggalkan aku...

Namun tidak mengapa sebab aku kena cari mood dulu sebelum 24 jam bersengkang mata menyiapkan Auditing...therefore, I MUST hang out to some places that will make me happy and stop thinking about THEM (walaupun always and kept thinking of THEM) ...haiyakk!! Apa macam kalu terus begini...rosak, rosak, tinggal 16 hari saja lagi masa untuk dibuang...so appreciate what you have NOW! :D

Hari ni adalah latihan terakhir Harimau Malaya untuk semester ini, dan kitorang akan buat pertandingan kawad kaki dan kawad senjata...good luck semua especially BRAVO!! YOU CAN DO IT BRAVO!! =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, June 8, 2011

HARI KE-17...

Salam readers~

Hari ni aktiviti tidaklah padat seperti semalam...at least sempatlah aku melelapkan mata yg kuyu ni sekejap tengah hari tadi...kelas hanya separuh hari, petang pula ajar budak kawad senjata...lewat petang beriadah - main bola tampar...memang sedaplahkan dah lama tak merasa penangan bola tu, tadi merah merah tangan aku main binatang tu...apa apa pun still enjoy dengan Alpha, Bravo, dan Charlie...mesti lepas ni aku akan rindukan diorang...banyak masa dihabislan dengan diorang sejak due menjak ni...kadang kadang tu, aku takut dengan perpisahan yg akan menjelma...aku tak dapat menahan empangan air mataku dari terus mengalir...semoga korang terus bersatu, gagah dan setia dengan HARIMAU MALAYA dan Rejimen 508 (AW)... ='(

P/S: Aku hanya mampu melihatnya dari jauh...itu sudah cukup untuk memberikan aku 1001 memori indah yg pernah tercipta...walaupun hanya dari jauh, aku cukup happy melihatnya gembira dan senang dengan apa yang dilakukannya...biarlah semuanya tersimpan kemas menjadi memori aku sepanjang 3 tahun di sini...
"Perasaan kasih dan sayang ini sangat banyak maksudnya dan tidak semestinya ditujukan buat kekasih hati, keluarga, tetapi juga buat teman, sahabat, dan kawan yang pernah bersama dalam setiap keadaan suka dan duka, gembira dan kecewa walaupun hanya TEMAN TAPI MESRA atau KEKASIH GELAPKU" =D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, June 7, 2011

HARI KE-18...

Salam readers~

Aktiviti hari ni adalah :
  • Menghadirkan diri ke kelas (8 am-4 pm)
  • Menghabiskan masa ragging budak Harimau Malaya - ragging lah sangat (5 pm-7 pm)
  • Kawad kaki dan kawad senjata (pukul 8 pm-12 am)


Hari ni tersangat exhausted...banyak tenaga diguna dan dihabiskan dengan berperang dan BRAVO MEMENANGI PEPERANGAN tersebut...apa apa pun sangat happy sebab semangat budak budak baru ni amatlah tinggi dan berkobar kobar... :D

P/S: Kaki sakit sebab berlari dengan kasut but yg sudah lama tidak berfungsi...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, June 6, 2011

HARI KE-19...

Salam readers~

Hari ni aku hanya nak share lagu ni dengan korang...tiba tiba aku rasa emo saja...hari ni kepala tak berapa nak ready buat assignment...sedih, rindu sangat sangat sangat...PERCAYA PADAKU~





Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, June 5, 2011

HARI KE-20...

Hari ni sama seperti semalam...dari Shah Alam ke Petaling Jaya, makan di Sungai Buloh, balik Shah Alam ambil beg baju dan naik komuter ke Batang Benar kembali ke Kolej Universiti Linton...luangkan masa sebentar bersama adik adik Harimau Malaya sebelum jam 12 tengah malam...

Mood: exhausted+happy (tengok gelagat adik adik saudara yang sedang membesar)-sedih (tengok adik adik HM bersusah payah buat senjata sendiri......

~F.S.A.S. 4ever~

P/S: Dua minggu berturut turut makan Big Mac - kenangan bersamanya masih segar dalam ingatan...every week nak makan Big Mac sebagai pengubat duka dan rindu~


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, June 4, 2011

HARI KE-21...

Location: Shah Alam-Sungai Buloh-Petaling Jaya-Shah Alam

Mood: Happy dapat makan CENDOL D.I.Y. dan WALL'S Fruit Salad Ice Cream...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, June 3, 2011

HARI KE-22...

Salam readers~

OK bah hari ni? Sudah jumaat nampak gayanya...selamat berweekends bersama yang tersayang...hari ni lokasi di Selangor, keluar sebentar dari Negeri Sembilan untuk berehat dan melupakan segala kesesakan kesusahan hati...assignments sudah disubmit 2 maka tinggalah lagi 2...tapi macam dah tak ada assignments saja rasanya, sebab masih boleh beristirehat dan bersenang lenang... :D

Jom turun uptown Shah Alam, nak meronggeng ni...bosan dekat rumah tak ada meneman, semuanya tidur... :'(
Kalau ikutkan hati, mahu saja aku drive kereta dekat bawah  tu...tapi nasib baik hati ni masih baik...(baik ke? Lu pikirlah sendiri)...

So apa apa pun, badan penat sebab berdiri sepanjang perjalanan dari B.T.S-Klang...rajin sangat nak naik public transport, mummy nak amik tak bagi... :'(
Tapi best apa, dah lama tak tengok perkembangan di sepanjang laluan komuter tu...banyak dah berubah, tak macam 12 tahun dahulu (9/9/99) first time naik komuter...tapi yang paling penting, tadi aku turun dekat Jalan Kastam - rumah lama dan tempat aku membesar...rindu sangat zaman zaman masa duduk dekat Port Klang, meriah, happy, tak macam sekarang ni - sunyi saja pekan tu... :'(

OK bah, sampai di sini saja untuk hari ni...

~F.S.A.S 4ever.........

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, June 2, 2011

HARI KE-23...

Salam readers~

Happy Thursday...cepatnya masa berlalu...terasa baru semalam aku berada dalam hari Sabtu tapi hari ni sudah Khamis...dan semakin dekat masa yang dinantikan...assignment akan di submit esok atas budi baik Mr. Alfred...so, relax sikit malam tadi dan boleh tidur dengan lama dan lena... :)

Hari ni aku nak masak puding cocktail faveret dan yang paling senang dimasak...dah lama nak buat puding ni tapi masa tak mengizinkan...so hari ni ada free, bolehlah masak memasak...mungkin ini yang terakhir buat housemates ku... :'(

P/S: Pagi pagi buta lagi dah ada orang mengganggu tidur aku...korang tau tak hari ni kelas aku start pukul 2, bukan pukul 9 pagi! So jangan kacau aku tidur! X(



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, June 1, 2011

HARI KE-24...

Salam readers~

Hari ni walaupun kepala ting-tong tapi still aku mampu ke kelas...nak tak nak aku redha saja walaupun kerja yang diberi hanya siap separuh jalan...macam biasalah, selagi tak submit assignment ni, selagi tu aku tak tenang...tidur pun 3, 4 jam saja (kononlah)...walaupun semalam tak baik untuk aku, hari ini lebih baik daripada semalam...syukuri segala nikmat dariNya... :)

Hari ni banyak menghabiskan masa dengan housemates (pergi pasar malam dan tawaf hostel) dan adik adik Harimau Malaya (Bravo group)...yelah, 3 minggu saja lagi di sini...masa ni lah nak kenal diorang semua...lepas ni entah bila akan ketemu lagi...apa apa pun, happy sangat bila ramai di sekeliling aku...thanks korang~ :D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,